Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Saturday, February 26, 2011

KURSUS ASAS DOBI, TMN MELAWATI, KL ~ 26 FEB 2011

cakap pasal handwash masa nih..

cakap pasal dry clean masa nih...


gigil la gak masa nak gosok fabrik ni...takpe practice make perfect...

fabrik ni lg bukan gigil tangan ke...ketor seluruh tubuh nak gosok yang ni...



untuk gambar selebihnya boleh layari MukaBuku kami di SembangDobi...

Friday, February 25, 2011

ALHAMDULILLAH TO ALL...

Takde berita yang mengembirakan selain dari menerima panggilan talifon dari bekas peserta kursus memaklumkan dapat kontrak membasuh. Mungkin masa bagi talk orang ingat saya hanya membuat cerita pasal marketing. Its not. Saya hanya cakap benda yang logik dan yang mampu dibuat oleh semua...cuma nak kena suntik sikit kata-kata peransang untuk buat marketing. 3 peserta dapat kontrak untuk basuh jubah di Pahang (3500 jubah), di PJ (2750 jubah) dan di Johor (1800 jubah). Minta cik laila turun yea tolong basuh...akak ko dah lama pencen dlm membasuh ni dik non...buat la sendiri yea. Ada peserta yang dapat kontrak dengan TV3. Ada peserta yang dapat basuh langsir rumah bunglow kat Damansara, kata nya Cik Laila, langsir dia sekeping 18kg dan ada berkeping2. Macam mana ni...basuh je la nak buat macam mana. That is veeeery good guyz. Very...very...good.
.
Untuk peserta yang lain, dont give-up. I gv you a lots and a lots of idea and a complete marketing tools. Make use of it. Gunakan sepenuhnya. Mungkin ada idea yang diberi tu macam tak masuk dek akal but kita tak pernah tau rezeki kita macam mana. So GO OUT AND DO LOTS AND LOTS OF MARKETING....tak rugi mana pun...
.

Tuesday, February 22, 2011

KURSUS ASAS DOBI - SKUDAI, JOHOR (19 FEB 2011)


Gigil juga la bagi yang pertama kali buat khidmat kaunter...:D

Ni kena minum susu banyak-banyak nih. kalau tidak...bongkok sebelum usia...:D


Antara perkara yang perlu buat apabila menghadiri kursus praktikal - MENGGOSOK!!
Ini bukan peserta, ni pekerja kedai kat FR Bubbles yea...

Thursday, February 17, 2011

KENAPA AKAK SLOW SKG NIE?

Mungkin ramai yang perasan akak lately jarang up-date blog nie. Sampai ada yang call minta up-datekan blog nie. Katanye bila baca blog ni bersemangant nak berniaga...katanye. Bukan x nak up-date. Sebeanrnya for the past few month akak dah start keje. Am attached with outdoor advertising company (yg buat billbooard kat tepi2 jalan/highway tuh la). So nak kene adjust time dan banyak bende baru nak kene belajar. Maklum la dari stock market, pastu masuk dobi bertahun2 tetiba masuk advertising plak dah. Pastu plak dh masuk umor-umor senja ni nk pick-up bende baru macam budak baru nak belajar abc la kan...lombab ajo. But its fun. Alhamdullillah am working with a very nice boss yang mana beliau memberi kelonggaran untuk akak meneruskan kursus yang sediaada. So abit tired la.
.
What happen was...my business yg buat kursus ni agak slow last year. tak yah nak salahkan sesape la. salahkan diri sendiri...tak buat marketingkan...padan muka akak. So when someone offer me, i think its a nice offer at that time and siap buat deal dgn boss yang akak still nak buat kursus. Now bile dah ada kerja and sambil buat kursus..alhamdullillah la balik and the kursus ni pun alhamdullillah makin baik skit skg nie selepas buat marketing balik. Sebab tu saya selalu pesan kepada peserta bila nak ceburi dunia berniaga ni, tak kira apa jenis perniagaan you minfd and fizikal kene jaga. Duit boleh carik. Business slow amil apa offer yang datang dan dalam masa yang sama monitor business yang ada. Memang penat la. Bohong la kalau cakap tak penat. But its all for yourself. Nanti akak sambung balik. Am going to Johor today untuk kursus sehari di sana.....daaaaa
.
*sure ada yg perasan ada titik titik kat setiap perenggan. amende la gamaknye titik tu. tu nak buat space. try tukar itam tak boleh tu yang keluar titik putih tu. abaikan je la

Wednesday, February 16, 2011

KURSUS PRAKTIKAL SIRI KE-3 2011




Saya rasa dalam banyak-banyak kursus yang telah dijalankan. Ini merupakan yang paling penat sekali. Tak tau la kenapa. Saya balik rumah terus pengsan...tidur baik punye. Mungkin sebab masa hari kursus tak banyak baju yang hendak digosok tapi ada cadar yang perlu digosok. saya bagi peserta guna mesin 'utlitity press' ni. Mesin ni kalau guna...panaaaaaaas 1 kedai. Abg Yassin (frm Sabah) sampai keluar dr operation carik air-cond. Kavita (frm Taiping) sampai keluar beli air sejuk. Dan rata-rata peserta kali ni kata balik rumah terus pengsan sbb penat dan panas!!...well you pay me darling so i kene dera semua org...
.



AKAK YANG MENJADI MANGSA KEADAAN


Tak tau la nak bagitau macam mana lagi kursus yang akak anjurkan ni. KURSUS SAYA ADALAH KURSUS PRAKTIKAL. SAYA BUAT DI KEDAI DOBI. KURSUS SAYA SECARA AMNYA DISUKAI RAMAI KERANA AIANYA KURSUS PRAKTIKAL, TETAPI SELEPAS 3 @ 4 JAM KURSUS SAYA TIDAK DISUKAI RAMAI KERANA...YOU GUYS PAY ME TO GET TORTURE!!....(anda membayar untuk didera!!)...wakakak. Seriously macam saya cakap bila pegi kursus...dengar dan terus kene buat..memang penat tapi mudah nak faham. Actualy banyak saya saya berikan semasa kursus 1) u get knowledge 2) u get experience 3) banyak yang telah ditambah untuk diberikan kepada peserta apabile dah buka perniagaan ini kelak. Macam apa yang kami ajar telah kami bukukan sebab faham tak ramai yang hadir kursus akan terus buka dobi. Dobi ni mengambil masa yang lama utk planning jadi bila bende2 yang diajar dibukukan senang utk bakal usawahan buat rujukkan kelak. Dan bende yang dibukukan pulak telah di ringkaskan menjadi carta kerja harian ni pun untuk memudahkan usahawan. So renung-renungkan lah
.

Saturday, February 5, 2011

KES PENIPUAN-MANGSA MINTA SAYA WAR-WARKAN




Ini adalah antara kes penipuan yang telah terjadi tahun lepas. Mangsa telah meminta saya mengwar warkan agar tidak terkena kepada bakal usahawan yang lain. Seringkali saya sarankan kepada bakal usahawan agar membuat research yang secukupnya agar tidak tertipu.
.
Lakukan pelabuaran yang kecil seperti memghadiri kursus yang dianjurkan, tidak kiralah oleh saya ataupun syarikat consultant yang lain. Apapun pastikan peserta tidak terikat dengan sebarang perjanjian apabila menghadiri kursus yang dihadiri. In this case mangsa telah kerugian bukan sahaja puluhan ribu tetapi ratusan ribu denga pakej yang ditawarkan. I went to their shop dan lihat apa yang diberikan tidak kurang dari RM40k.
.
Its very sad sebab bila saya berjumpa dengan usahawan tersebut he feel so demotivated. Dia nak pulangkan semua mesin-mesin tersebut. But i told him kalau berenti berniagapun you still have to pay the loan. So dari dok merintih dengan apa yang dah terjadi. Gunakan sahaja apa yang ada untuk tarik balik duit yang dah keluar. Memang susah, saya tak nafikan. But life has to go on. I motivate him and give him alot of idea in this business (coz i love to motivate people and he still want to make it in this business). Alhamdullilah the business ada menunjukkan peningkatan walaupun dijalankan dalam keadaan seadanya.
.
Sama kes macam di Sabah, nak tutup business, i told the guy "p bank buat muka sedih cakap, business saya tak bagus boleh tak saya tak nak bayar loan'. Silap hari bulan tak boleh kuar mesia baru tau. So jangan putus ada, there must be away to settle and handle the situation. I've been there and I've done that. Just remember 1 thing do not give up and always cry to HIM, ask from HIM...HE will listen to you. Saya tak malu untuk menceritakan kepada semua, theres 1 time saya menagis teresak-esak and talk to HIM coz macam dah penat but i dont want to give up. Alhamdullilah things getting better bit by bit.
.
So to those out there yang berminat untuk berniaga, tidak kiralah dalam apa juga jenis perniagaan, but in this blog we are about laundry business. Laundry business is good. Service line is good. Memang banyak kedai dobi yang dah buka sekarang nie, but if you have a right marketing plan, right tools, right equipments...you will be safe. Jadi jangan kedekut untuk membuat sebarang pelaburan kecil untuk mendapatkan ilmu. Kalau dulu saya memang tak kan berenjak dengan yuran kursus saya, but now i create a 1 day course untuk mereka yang berminat and it still the same training. This is all i can do to people yang berminat. I cannot help you in-terms of money, but let me help you in-terms if my knowledge and experience in this business line.
.

Friday, February 4, 2011

KURSUS DOBI DI UTARA DAN SABAH

Salam,
SembangDobi akan berada di Sintok, KEDAH pada 2 & 3 April ini untuk kursus Bengkel Kemahiran Dobi anjuran Uniutama Management Sdn Bhd. Kepada yang berminat untuk menghadiri kursus di utara tanah air ini sila hubungi En Ehsan di talian 017 5047707.
.
SembangDobi juga akan menganjurkan kursus Sehari Dobi di Kota Kinabalu, SABAH pada bulan Mei ini bertempat di Warisan Esa laundry, KK. Tarikh akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi.