Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Sunday, August 23, 2009

SAYA IKHLAS AND I LOVE WITH WHAT AM DOING

Baru-baru ni saya ada terima email daripada seorang hamba Allah yang mengatakan ‘Kenapa saya jadi consultant untuk dobi sedangkan saya sendiri takde kedai dobi?. Nak makan duit orang ke?. Bukan itu saja. Kadang-kadang ada yang call, bila saya cakap tempat kursus tu bukan saya punya, mereka macam kurang percaya dengan kursus yang saya anjurkan.

Janganlah kata saya macam bagus nak ajar orang tapi saya sendiri tak de kedai dobi. Memang saya takde kedai dobi. Tapi saya ada pengalaman didalam industry ini berkat didikkan dari pengasas rangkaian Dr Clean Concept Shop, En Zulkiffli Mohd Radzi dan bertahun pengalaman lain dalam business lain. Saya rasa inshaallah saya boleh membantu mereka yang berminat. Sepanjang dibawah beliau, banyak perkara yang diajar seperti pentingnya akaun, pentingnya pemasaran dan sebagainya yang berkaitan dengan industry ini dan inilah yang ingin saya kongsi bersama anda semua.

Saya ikhlas, siapa yang suka boleh baca, yang mana tak yakin..saya tak paksa. Bagi saya, apa yang saya tulis adalah dari pengalaman saya untuk menjadi renungan bersama dan yang mana boleh tu jadikan sebagai pengajaran. Kalau saya hanya nak ambil duit orang, saya tak rasa saya nak bersusah payah jumpa orang. But like I said, I love with what am doing. So setakat nak jumpa and explain pasal dobi ni memang saya tak kisah. Bagi saya penting untuk semua mendapatkan maklumat yang secukupnya memandangkan nak set-up dobi ni bukan puluhan ringgit tetapi puluh ribu.

Saya boleh dikatakan antara mereka-mereka yang berani mengambil risiko dalam perniagaan (maklumlah tak kawin lagi (heim..heim…) pastu tinggal dengan mak, so kira selamatlakan. tak payah nak pikir pasal sewa ke hape ke kalau duit dah abis. Tapi yang lain?? Bila dah kena macam-macam….bukan senang nak carik duit tapi sekali petik jari duit boleh hilang dalam sekelip mata.

Dan dah lama juga saya tak up-date blog ni. Bukan takde cerita…banyak. Ramai yang nak mula berniaga hujung-hujung tahun ni, jadi banyaklah soalan-soalan yang diajukan. Inshaallah saya akan buat write-up tentang soalan-soalan itu untuk dikongsi bersama. Dan dengan banyak sangat yang masih lagi confuse pasal dobi ini (pasal jenis basuhan, pasal marketing dll) membuatkan saya lebih bersemangat untuk membuat jelajah peringkat zon bagi memberi penerangan kepada mereka yang betul-betul berminat sebelum menceburi dunia perniagaan ini.

Tuesday, August 11, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI (LATIHAN AMALI) SESSI 08/2009

Tarikh:
7hb – 9hb Ogos 2009
Tempat:
Dr Clean, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Peserta Kursus:
Maslinda Zainal Ariffin, Zarina Mustafa dan Azrin Zulkharnain
(Minta maaf banyak-banyak. Saya tidak dapat sertakan gambar kursus pada kali ini sebab saya tiada pada hari ke-2 kursus atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Inshaallah untuk kursus akan datang saya akan sertakan gambar)

TARIKH KURSUS YANG BERIKUTNYA:
29hb – 31hb Oktober 2009