Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Monday, June 14, 2010

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI ZON SELATAN

Lokasi:
FR Bubble Laundry & Dry Cleaning Centre
Taman Nusa Jaya, Skudai, JOHOR

Tarikh:
16 - 18 Julai 2010

Yuran Kursus:
RM650 seorang

Kepada yang berminat sila email ke lailamukhtar.management@hotmail.com atau hubungi talian 019-6190075.


Salam.

Friday, June 11, 2010

KURSUS PRAKTIKAL PENGURUSAN KEDAI DOBI ~ DOBI KOMERSIAL





Kursus telah diadakan pada 29 - 31 Mei 2010 di Pusat Latihan Dobi, Sintok anjuran Uniutaman Management Sdn Bhd. Kursus yang dijalankan adalah lebih kepada dobi komersial. Kali ni, selain dari bekerja di pusat dobi peserta juga telah membuat kerja luar untuk penghantaran ke hotel berdekatan. Walaupun kursus ini lebih kepada dobi komersial, peserta juga akan didedahkan mengenai dobi runcit dimana lawatan ke Dr Clean, Arau. This is a very good package kerana peserta tidak hanya didedahkan mengenai dobi runcit tetapi juga dobi komersial.

Kursus akan diadakan sekali lagi pada bulan Oktober 2010. Bagi mereka yang tinggal di utara dan berminat untuk menceburi dunia perniagaan dobi ini digalakkan menghadiri kursus ini. Selalu saya terangkan bagi peserta luar dari Lembah Klang. Sales tidak hanya boleh diharapkan dari pelanggan yang datang kekedau atau sekitar kawasan premis perniagaan tetapi kena lebih banyak ke komersial jadi kursus anjuran Uniutaman ini dapat membuka minda peserta bagi kedua-dua cabang perniagaan ini.
Salam.

Sunday, June 6, 2010

LMM MASIH MENGANJURKAN KURSUS KE??

Ramai yang bertanya kepada saya samaada saya masih menganjurkan kursus. Jawapannya adalah YA SAYA MASIH MENGANJURKAN KURSUS. Cuma kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kursus yang diadakan di KL, kursus yang diadakan di luar KL, ada yang minta jumpa saya personaly dan disamping itu saya juga agak sibuk dengan business baru saya. Banyak perkara yang hendak diceritakan, gambar kursus yang hendak di upload kan. Cuma masa tidak memihak kepada saya.

Kini saya didalam perbincangan untuk mengadakan kursus bagi mereka yang berminat dengan bidang photography. Tenaga pengajar merupakan seorang photography professional dan saya masih lagi didalam perbincangan.

Inshaallah juga terdapat kelapangan, saya akan cuba untuk update my Sembang Dobi blog. Untuk semua terima kasih dengan sokongan yang diberikan kepada Laila Mukhtar Management.

Love you all....

Salam.