Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Thursday, June 9, 2011


WELCOME TO MY BLOG
Bagi mereka yang baru melayari blog ini sila baca keseluruhan topik yang terdapat didalam blog ini. Banyak info yang boleh didapati di sini.

Ini blog pertama Akak. Tapi sekarang Akak up-date cerita kat blog BisikBisik. So lepas habis siri jelajah kat sini sudi-sudikan lah ke BisikBisik yea...

Kursus untuk 2016 dah abis. Tunggu 2017 yea.

Disebabkan banyak sangat komen-komen dari Mr Brown, Miss Teatcher, Cik Suli Susiwo, Puan Fauziah Ebraham and ada pulak hamba ALLAH yang percaya pada Mr Brown ni akak terpaksa mendisable ruangan mengomen.

Untuk pertanyaan sila email Akak. Akak xnak bersekongkol dengan Mr Brown ni. Akak tau brownies je.

Lagi 1 kalau nak berwhatsapp tolooooonglah jangan guna 'aq''jeew''ktnew''itew''gitew''sylha'. Akak dh 40 ko letih nk mengulang baca soalan.

Selepas lama menyepi kini Akak kembali dengan KURSUS DOBI HANDS-ON.  Ramai yang bertanya Akak apa kebendanya HANDS-ON ni. Ok kursus anjuran Laila Mukhtar Management adalah kursus praktikal dimana ianya dijalankan di kedai dobi CaptainKleen di Taman Melawati, KL. Praktikal disini bermaksud selepas penerangan mengenai operasi harian kedai dobi diberikan peserta akan melakukan semula semua kerja rutin tu yea. Bermula dari buka resit untuk pelanggan, bawa masuk baju pelanggan ke bahagian operasi untuk proses basuhan, pengeringan dan gosok. Bagusnya kalau kata pelanggan datang ke kedai dengan drama-drama mereka (pernah berlaku sewaktu kursus) peserta akan tengok sendiri bagaimana kakitangan menyelesaikan masalah tersebut. This is normal.

Bagus sangat ke kursus anjuran Akak ni?
Kalau tanya Akak jawapannya bagus la kan. Takkan nak burukkan diri sendiriye dak?. Apapun Inshaallah dari yang taktau langsung pasal dobi akan terbuka mindanya mengenai business dobi ni. Dari tak tau macam mana nak mula bukak business (bagi yang tak pernah berniaga) Inshaallah akan tau dari A sampai Z kerana kursus Akak termasuk semua. Bermula dari macam mana nak buka syarikat, nak pilih lokasi, nak pilih konsep, ank pilih mesin, pentadbiran am syarikat,akaun syarikat, marketing dan pekerja semua tu akan Akak sentuh.

Jadi bagi Akak sesiapa yang betul-betul berminat tu sila buat sedikit pelaburan dengan menghadiri kursus yang dianjurkan.  Jangan lokek. Berniaga ni kena fahamkan betul-betul sebelum nakmelabur yea. Dan didalam keadaan ekonomi yang tidak menentuni please plan your business very well. Yang mana dah buka tu please manage your business very well.

Akak mengalami masaalah dengan masa untuk membalas email kebelakangan ini. Berwassup sampai berasap adalah pilihan yang terbaik...

Kursus Dobi Hands-On ~ 3rd September 2016

Latihan Praktikal Proses Basuhan Biasa

Latihan Praktikal Proses Cucian Kering

Latihan Praktikal Proses Penghabisan (Melipat dan Membungkus)

Thursday, May 19, 2011

AKAK-AKAK JANGAN JADI MACAM NI YEA



Baca topik di dalam Metro nak tergelak pun ada. Nak tau kenapa?? I do this before. Akak ko sorang ni tak tau apa dah rasuk boleh berani pinjam duit kat Ah Long (sebab Ah Long nak Tolong maaa). Tapi nasih baik that Ah Long is my friend so dia tak le potong jari kaki kalau tak bayar. But pengalaman ni memang tak menarik langsung. Dok bayaq bunga aja tiap bulan sampai letih nak bayaq. Tapi alhamdullillah ada hamba Allah yang tolong settle kan. Thank you so much for helping me (i knw he readmy blog sometime). But trust me to akak akak and abang abang jangan terlalu kemaruk nak ber business sampai tahap macam nie yea.....TAK SERONOK LANGSUNG!!


*citer pasal pinjam duit kat along ni je kot akak tak pernah citer dengan peserta masa kursus...Bad...Bad...Bad....

Wednesday, May 4, 2011

FENIN...

Bermacam-macam cara yang dibuat oleh usahawan dobi didalam menarik pelanggan datang ke kedai.

Akak p kedai dobi kawan akak kat Sunway sbb dia complen kenapa bagi akak dobi ni bagus. Lots of thing make me surprise.

1) Mesin basuh 13kg basuh baju 4kg?? Why? "Sbb takde mesin kapasity kecil. Industrial mesin yg kecil pun mahal baik ambil besar terus". Ok fine. There is alternative kalau tak mampu nak beli yang industrial kan?.

2) 13kg machine basuh basuh 4kg yg kotoran melampau letak 5 senduk sabun dan 7 senduk softener. Why? "Kotor sangat, kalau letak sabun sikit, tak hilang nanti". Suhu ni untuk apa? kenapa kat 30 shj?. "Entah. Memang tak pernah berubah pun sejak beli dulu". Org kalau reka sesuatu benda bukan untuk suka suka. Ada kegunaannya. Main la dengan suhu. Bukan main hentam letak sabun 100 senduk.

Belum lagi akak jerit pasal gosok, pasal packing...sampai kuar la bahasa bahasa pondan yang akak belajar....last last..."Bila suruh join kursus tak nak, pastu salah kan aku la kan?!"....

Any business, its not as easy as what you see. Apa jenis business pun kalau ada orang buat kursus p la. That is investment maaaa....aduyai...

Tuesday, April 26, 2011

IF ONLY....

If only....kita tahu akan kepentingan marketing n promotion,

If only....kita tahu akan kepentingan account and report,

If only....kita tahu akan kepentingan hala tuju syarikat,

If only....kita tahu akan kepentingan TIDAK PERLU ADA PERKATAAN PENAT DIDALAM PERNIAGAAN,

inshaallah things will go smooth....

"ada tak buat rekod jualan (daily & monthly basis)?. Saya ada bagi masa kursus."

"TAKDE MASA NAK BUAT, penat asyik dengan kerja-kerja office"

If only....kita tahu yang duit penat lelah kerja telah dilaburkan didlm perniagaan....there will be no IF ONLY....

Sunday, April 24, 2011

DO YOU HAVE A BUSINESS CARD?

Ini adalah salah satu cara marketing yang termudah, pun ada juga yang pandang ringan....