Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Thursday, January 29, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI-SIRI 01/2009











Kursus yg dijalankan pada 29/01/2009, hari pertama bagi sessi pertama 2009. Apa yg berlaku pada hari pertama ialah kursus akan dimulakan seawal 9 pagi. Saya akan memberi penerangan berkenaan susunatur kedai, penerangan mengenai mesin dan peralatan yg terdapat dikedai dan cara penjagaan, penerangan mengenai bahan habis guna seperti sabun dan chemical (sessi saya takde gambar sebab jurugambar tgh sibuk bercakap...sorry). Selepas tea-break, peserta akan dilepaskan kepada tenagan pengajar, Pn Zamnah bagi penerangan bermula dgn khidmat kaunter/khidmat pelanggaan. Selepas itu peserta akan dibawa ke bahagian operasi bagi penerangan bg proses-proses. Dan sebelum mengakhiri kursus pada hari pertama, peserta akan membuat beberapa proses yg telah diajar. Hari ke-2, peserta akan melakukan semua proses yang telah diajar seperti khidmat kaunter/khidmat pelanggan, proses pemeriksaan berperingkat, proses basuhan, proses mengosok dan pembungkusan. Hari ke-3 lebih kepada perbincangan berkaitan pemilihan lokasi, pemasaran, asas perakaunan dan masaalah-masaalah yg sering dihadapi oleh beberapa pengusaha kedai dobi disamping case study (hari ke-3 tak de gambar coz i bz bercakap...sorry again). CHECK OUT MY BLOG FOR LATEST INFO ON MY COURSE.

*Dari gambar u can see semua peserta diwajibkan melakukan semua proses yg telah ditunjukkan....NO MERCY!!

cheers,

Tuesday, January 27, 2009

SEMBANG DOBI-SOALAN DR PEMINAT (WOOH HOO!!) DAN PENGALAMAN SAYA DLM BUSINESS

‘Berapa cost kursus tu?adakah selepas kursus tu, u blh bantu I dr semua aspect if I plan nk bukak kedai dobi n I’m zero knowledge psl dobi ni.
Ape pendapat u lah Laila honestly betul ke pilihan I yg tepat klu I nak bukak perniagaan dobi ni. I plan future nk berenti kerja tp I kena belajar n penuhi ilmu dulu.’


Ramai yang kata kursus I mahal, its RM600. Tapi bagi I, apa yg I bagi masa kursus terlalu banyak. 1st day more on teori where I will explain about everything pasal mesin dan benda2 yg ada kat kedai dobi tu. Tenaga pengajar Pn Zamnah will take over and start frm khidmat kaunter (macam mana u nak layan pelanggan and all that ) sampai la proses-proses basuh, kering n gosok.

Hari ke-2, samaada you suka ke tidak, you kena buat. And I akan tegur kalau peserta tak buat. Bagi I, u pay me and I have to make sure apa yg I cuba sampaikan u all dapat.

Hari ke-3 lebih kepada perbincangan. Kat sini I akan bagi semua idea macam mana nak carik business, apa yg u kena buat. Bagi I, I akan buka jalan and u have to do it. Lepas tu I akan cerita semua pengalaman yg I sendiri hadapi (8 tahun beb, I think u pun boleh tau apa yg I alami kalau ckp pasal pelanggan nie). I akan cerita and u take it as a lesson so bila terjadi benda yg sama, senang u all nak handle.

Bukan nak kata I dah terlalu bagus dalam industry ni. I still refer kat my boss kalau ada benda yg I tak tau. Inshaallah I will guide u. And to be frank with u, since I advertise my hp no dalam MFA forum, ramai yg call minta pendapat, mengadu nasib and all that. Yang minta pendapat ok la I bagi pendapat, but yg mengadu nasib tu, I seriously tak tau nak cakap apa. Paling banyak I suruh…sabar je la.

Dan selalu cakap juga I tak wakil mana2 syarikat or product. Bagi I, I akan cerita semua pasal dobi dan u buat keputusan sendiri service macam mana nak bg kat pelanggan.

I like ur question ‘Ape pendapat u lah Laila honestly betul ke pilihan I yg tepat klu I nak bukak perniagaan dobi ni.’ Kalau tuhan bg I rezeki lebih lg kat I (modal nk buka dobi bukan sikit. Selalu I ckp saingan semakin hebat. Kalau nk buat, samaada setanding dgn pesaing atau lebih skit dr dorang) Dobi will be my 1st choice. 1st sebab I rasa pengetahuan yg I ada dlm industry ni boleh membantu (dan inshaallah I akan cuba bantu yg lain) dan yg ke-2 I tau mana I nk tuju kalau I ada masaalah. My boss (En Zulkiffli) will help me in anyway he can. He will come out with a lot of ideas to guide me (walaupun kekadang I tak dengar..hehe) dan I akan cuba berikan sebagaimana my boss guide me to all of u. I sebenarnya dh buat beberapa business. I pernah ada butik, I ada produk kecantikkan sendiri dan I pernah ada restaurant (lepas ni kalau sapa dtg kat I ckp business restorant senang, I akan rejam dgn batu). 1st takde pengetahuan dan ke-2 tak de org membimbing I (tak de knowledge n experience langsung). Sakit sbb duit dh keluar pastu business tak jadi. Dan tercetusnya idea nk organize kursus praktikal dobi ni selepas I keluar dr biz restaurant. Sbb I tgk, tanpa latihan praktikal u tak tau samaada u tahan atau tidak. Knp I ckp tau, masa I kat restaurant dulu pekerja tak dtg, I kena turun padang. Tercangang-bangang. Mana nak kena beli barang, turun padang ambik order (nampak senang, tp kalau tak de system susah). Kalau dobi pekerja tak dtg I boleh gosok, kalau drive tk dtg I buat sendiri buat ‘pick-up delivery’. Tp ramai tk nampak apa yg I cuba sampaikan. They are more concern abt my charges (RM600) dr ribuan ringgit yg bakal dorang invest dlm business, which I cant say anything much. I dh buat banyak kesilapan dlm business and I hope I stop doing the same mistake n kalau boleh I nk guide supaya org tak buat the same mistake…BUAT BUSINESS TANPA PENGETAHUAN. Sakit oooooo. Now alhamdullilah I love and enjoy with what am doing. And inshaallah I akan cuba bantu yg lain

cheers

SEMBANG DOBI-PENGASAS RANGKAIAN DR CLEAN CONCEPT SHOP




Berikut adalah serba sedikit mengenail EN Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas rangkaian ‘Dr Clean Concept Shop’

ZULKIFFLI MOHD RADZI
Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan pengkhususan di dalam bidang Kewangan (MBA Finance dari University of Hull, United Kingdom) dan mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam bidang pasaran kewangan. Disamping bertugas di beberapa institusi-institusi kewangan beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan di di syarikat-syarikat awam dan antarabangsa serta badan berkanun.

Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan pada tahun 1995 melalui pembukaan pusat dobi dan cucian kering di Kuala Lumpur selepas mendapat latihan secara formal dari International Fabricare Institute yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Penglibatan beliau di dalam bidang perniagaan merangkumi semua aspek-aspek perniagaan dobi dari cucian basah, cucian kering termasuk peruncitan dan komersil hingga ke bidang khidmat nasihat. Beliau telah di lantik sebagai mentor bagi Program PROSPER yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB) dan pakar–runding dan penceramah bagi kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) serta IPPT Johor. Hasil dari usahasama dengan PUNB, beliau telah mengasaskan rangkaian dobi dan cucian kering yang dinamakan Dr Clean yang berjumlah 38 pusat dobi dan cucian kering di seluruh Semenanjung Malaysia. Usaha-usaha tersebut telah dapat meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang dobi dan cucian kering yang dimonopoli oleh kaum Cina di Malaysia.

Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang dobi & cucian kering, peruncitan dan komersil, termasuk pemasaran serta aspek-aspek pengurusan perniagaan dapat dimanafaatkan dan menyumbang kearah melahirkan usahawan-usahawan baru dalam bidang dobi dan cucian kering khususnya dan peruncitan dan komersil amnya.

Kami sedang merangka satu kursus khas yang akan dikendalikan oleh En Zulkiffli. Beliau akan memberi penerangan secara lebih mendalam berkaitan dobi runcit dan dobi komersial. Seringkali dinyatakan kepada peserta kursus bahawa industri ini mempunyai cabang yang besar dan disini kami ingin membuka minda bakal usahawan didalam mengharungi erti perniagaan sebenar industri dobi tanah air.


cheers

SEMBANG DOBI-FABRIK DAN KEKOTORAN/KEROSAKKAN

Enjoy your reading!!..

Kotoran khusus. Kotoran disebabkan oleh darah, dakwat, gincu bibir, pengilat kuku, dan ubat yang memerlukan perhatian khas dari pekerja bahagian kotoran. Harus diingat tidak semua kotoran boleh ditanggalkan: oleh itu jangan memberi sebarang jaminan kepada pelanggan.

Kotoran yang sukar dilihat. Kebanyakan kotoran jenis ini berpunca dari tumpahan makanan, minyak dan minuman. Biasanya kotoran akan menyerap dan tidak dapat dilihat. Kemudian, akan kelihatan tanda kekuningan atau perang disebabkan oleh kandungan gula atau proses oksidasi minuman, makanan atau minyak. Mengenalpasti kotoran ini semasa proses pencucian boleh meningkatkan peluang untuk ianya dihilangkan, oleh itu tanyalah pelanggan sekiranya dia mengetahui mengenai kotoran ini.

Luntur. Fabrik dan warnanya boleh luntur oleh alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi, colognes, bahan pencuci rambut dan bahan kimia yang terdapat di deodoran dan bahan pengawal peluh. Sesetengah fabrik akan membentuk tompokan apabila terkena sebarang lembapan. Periksa pakaian disekitar tengkuk, bahu, di ketiak dan sepanjang garisan pinggang. Beritahu pelanggan mengenai pakaian yang luntur dan catatkan dalam invois.

Kerosakan disebabkan cuaca. Kombinasi kelembapan, cahaya, haba, asap dan kabus boleh menyebabkan pakaian bertukar warna menjadi kuning dan rosak. Pendedahan yang terlalu lama terhadap unsur-unsur lembapan apatah lagi kelembapan yang keterlaluan, boleh menyebabkan kulapuk. Pemeluwapan dan hujan boleh menyebabkan tompokan pada pakaian. Berhati-hatilah dengan tanda-tanda ini, khususnya apabila memeriksa kain kegunaan rumah.

Mengecut. Pengecutan fabrik selalunya berlaku pada pakaian yang pernah dibasuh sedangkan ia sepatutnya dicuci kering. Pelanggan selalunya memikirkan yang cucian kering akan dapat memulihkan semula kerosakan yang disebabkan oleh basuhan tadi tetapi selalunya ia tidak berkesan. Pastikan anda memeriksa lapisan jahitan yang tidak bersesuaian dengan pakaian dan fabrik yang keras atau

Kot. Kebanyakan kot mengandungi gentian getah yang terletak diantara bahagian luar dan dalaman fabrik. Semakin lama, gentian ini akan rosak & hancur. Kerana inilah kain gentian ini sukar untuk dicuci. Belajar untuk mengenali gentian ini & perkara yang menyebabkan kehancuran gentian ini & pemisahan lapisan-lapisan tersebut. Patuhi polisi syarikat berkenaan penerimaan pakaian jenis ini.

Velvet. Velvet merupakan fabrik yang sangat sensitif yang boleh renyuk sekiranya tekanan dikenakan di bahagian yang lembap. Air, pepeluhan dan sebarang tumpahan boleh menyebabkan kerosakan kepada fabric. Sekiranya tekanan dilakukan, pemulihan semula tidak akan berjaya. Acetat velvet cenderung untuk berubah bentuk. Sekiranya anda mejumpai keadaan ini beritahu pelanggan dan catatkan di dalam invois.

*Kajian adalah hasil usaha En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas rangkaian Dr Clean Concept Shop.
**Kami akan merangka 1 kursus khas yang akan dikendalikan oleh En Zulkiffli Mohd Radzi, yang akan memberi penerangan lebih mendalam mengenai dobi runcit dan dobi komersial.

Monday, January 26, 2009

SEMBANG DOBI – MY FIRST TRIBUNAL CASE

This is my first tribunal case yang melibatkan seorang selebriti. 1st dia hantar baju ok la tak de complain. Kali ke-2 dia hantar, she said baju yang dihantar untuk cuci busuk. Dia bising macam nak rak and my staff panggil I (selalu pelanggan yang ada kerenah tersendiri saya yang handle) so saya cakap tak pe saya sendiri akan basuh. So saya sendiri letakkan baju tu dalam mesin basuh, lepas tu saya sendiri keluarkan dan masukkan pulak dalam dryer dan bila dah kering saya lipat and packkan dia. Habis. Siap kerja. Masa dia datang collect baju, I was not around. My staff yang layan dia pula kebetulan tak berapa sihat, lepas bagi baju tu kat dia terus pekerja masuk ke bahagian operasi. Selalunya bila pelanggan ambil baju, dia kena check dan kira depan kita lepas tu baru keluar. Tak sampai beberapa minit pelanggan tu bising kata baju dia rosak?!!!. Kali ni riuh giler cakap baju dia koyak!! Siap maki hanum semua pekerja saya. My staff call me cerita what happen, I cakap tunggu I masuk office dulu sebab I tak paham dan I nak tengok baju dia yang rosak tu. So once I balik office and tgk baju dia. Yang dikatakan koyak tu betul2 di tengah baju dan bukan koyak, tapi nampak macam dicucuk dengan benda tajam. I call her ask her to come to the shop. I cakap baju dia I yang handle and masa packing takde semua nie. And kesan tu pula kesan baru. Selalunya baju yang koyak kalau kita basuh ia akan menjadi berbulu (rongga benang nampak longgar) tapi yang nie tak. So dia bising and maki i. I malas nak cakap banyak (coz am a tempered person too at that time) I cakap bawak resit pembelian I akan bayar. So she came the following day bawa price tag baju. Satu harga RM129, 1 lagi harga RM99. I paid (kena potong gaji la kan!). And I told my staff jangan mabil lagi baju dia (sebagai pengusaha kita berhak untuk menolak). Tapi masa kejadian tu berlaku my supervisor tak de kat kedai. Si selebriti ni datang lagi kali ni hantar baju kurung and my supervisor layan dia. Kali ni dia hantar baju kurung untuk cucian biasa. My supervisor dah advise kata tak boleh basuh biasa sebab kaler akan turun. She said dia dah basuh kat umah kaler tak turun. My supervisor malas nak layan sangat ambil je la. Masaalahnya bila dia ambil dia tak tulis belakang resit yang kaler akan jatuh dan minta pelanggan tandatanga. True enuf, baju tu dari hitam jadi biru!. I think u guyz can imagine la apa yang akan terjadikan. I told my staff let me handle this. She came and memekak. I bawak keluar baldi. Depan2 dia I celup sebahagian kecil baju tu, kaler jatuh (air sahaja tanpa sabun) and I ask her ‘macam mana you kata kaler tak jatuh bila basuh sendiri, ni I rendam, tak gonyoh pun’. She said she don’t care, baju dia dah rosak and dia nak ganti rugi. I said am not going to pay. She said dia akan bawa pergi tribunal. I said go ahead. Seminggu lepas tu dapat suruh suruh pi tribunal so me and my boss pi la. Nak dijadikan cerita I buka balik claim dia sebelum ni (jangan cucuk I next time) I bawak p klcc baju yang I bayar sebelum nie to check the actually price of the cloths yg I bagi rosak. Sales girl tu cakap baju ni dah tak de coz tahun lepas dan harga yang sebenarnye RM49.90 dan RM79!. Masa kat tribunal tu pun 1 hal. Bila time dengar case kami, mangkuk ni citer la what happen to the judge and dia nak minta ganti rugi sebanyak RM1000. Judge pandang muka boss I and tanpa mendengar penjelasan dari kami terus tanya ‘kamu nak bayar?’. Bila bosi nak buka mulut explain pasal everything judge tu boleh cakap ‘alah bayar je la’…boleh??! My bos dengan keras hati…TAK, SAYA TAK NAK BAYAR. Lama judge tu membebel my boss tetap tak nak bayar. Lama pastu bos I kata ok la kalau nak bayar tapi kami nak RESIT PEMBELIAN. Ok skg nie u all piker, mula si mangkuk ni cakap dia beli baju tu kat Indonesia sebab tu dia tak boleh produce resit, pastu we ask for tailoring resit, tup-tup dia cakap baju tu org kasi, pastu baju tu dah lama. Pastu judge tu cakap be fair to us la coz we all nak bayar so dia kena produce resit. Dia minta time sampai kul 2. Pukul 2 dia masuk balik dia produce resit tailor!!.. Resit tu tarikh 2002 kejadian ni berlaku 2005. Last-last kami kena bayar saguhati RM400. Masa dah abis tu I kene tunggu luar court. I terserempak dengan dia, I cakap pasal baju yang dia claim tu. I said ‘tag harga yg you kasi tak sama dgn harga sebenar baju tu, I check dengan butik they give me the actually price’ (ni depan2 semua org ni I cakap). She said ‘kenapa sekarang you baru nak cakap, kenapa tak dari dulu lagi?’ so I answer back ‘sebab masa tu I tak kuasa nak layan perangai @#$% you, lagi pun I tak sangka selibriti macam you buat kerja macam ni untuk sara hidup. For you information gaji I kena potong sebab kes tipu u ni. Dunia akhirat I tak halal kan!!’. Merah muka dia, terus dia blah. Dah tu lepas daripada kes tu dia datang kedai lagi nak hantar baju. I cakap i ada hak tak nak ambil baju dia. Koser la!!

Sebab tu saya selalu cakap dgn peserta kena pandai handle customer.

cheers

SEMBANG DOBI-FABRIK

Pertama sekali kenapa pelanggan hantar baju untuk cucian kering adalah kerana untuk menjaga fabrik (dalam ertikata lain menjaga jangka hayat fabrik). Selalunya pakaian yang dihantar untuk dry clening nie dia nampak shining.

Ni ada 1 kes. Pelanggan datang kedai bawak baju. Bukan 1 tapi dekat 1 almari. I tengok baju tu basah. Di nak minta buat dry clean. I Tanya la apa jadi. He told me tangki umah pecah (tak tau la umah dia macam mana kan) so semua baju tu kena air. I tengok baju tu semua jenama. Melinda Looi la, Chanel la, Dior pun ada. I told him saya boleh buat dry clean tapi confirm baju tu boleh rosak and ada yang akan koyak. Dia Tanya..ye ke? I jawab YES SEBAB BAJU NI DAH KENA AIR AND KALAU I BUAT DRY CLEAN FABRIK AKAN REPUT, SURE KOYAK. Dia pandang je muka I, lepas pilih 2 jaket dan 3 dress. I open a resit and kat belakang resit tu I tulis ‘BAJU KENA AIR, CUCI DRY CLEAN, BAJU BERKEMUNGKINAN AKAN KOYAK’ minta dia tandatangan. So saya pun mula la buat semua proses. Pertama sekali keringkan baju tu dalam dryer (baju kena kering kalau nak buat dry clean). Lepas tu I start proses dry clean. Memang betul keluar dari mesin dry clean tu, lining jaket macam kena cakar harimau. Koyak habis hancur. Dress pun ada certain part yang koyak. Bila pelanggan datang nak ambil baju, terdiam dia tengok baju tu, dia tak boleh nak kata apa la kan sebab I dah bagitau apa akan terjadi kat baju tu masa dia hantar. NASIB BAIK MAK DAH INFORM AND TULIS BELAKANG RESIT KALAU TIDAK?!!!

Pastu lagi 1 kes. Pelanggan lelaki datang kat I mengadu, seluar dia ada bulu-bulu (hehehe..). Dia kata dia hantar kat sini (kedai dobi tempat I kerja la) untuk dry clean and seluar dia jadi rosak macam tu and as usual la minta ganti rugi. I told him bagi tempoh 2 hari I nak check what actually happen. So I check with my staff. Staff saya cakap memang rosak tu memang dah ada masa dia hantar. Saya cakap la kalau dah ada kenapa tak inform pelanggan dan tulis belakang resit yang seluar ni memang dah rosak. So saya check balik seluar tu, tetiba rasa macam ada yang tak kena. Tagging (proses tagging bagi dry cleaning atau handwash) seluar tu macam bercampur. Saya check rekod. Ghupanya!!!....3 kali hantar for cuci biasa 1 dry cleaning. Pastu pikir macam mana nak explain kat pelanggan. So I refer to my boss (En Zul) and he explain kat I what actually happen. I call that customer minta dia datang kedai. Bila dia datang i tanya sebelum ni hantar cuci biasakan, dia jawab yea. So I told him…’selalunya seluar kerja kita tak galakkan cuci biasa kerana secara amnya ianya boleh merosakkan fabrik. And tehcnicaly bila you dah basuh dengan air lepas tu nak buat dry clean, fabrik akan rosak sebab walaupun seluar yang uyou hantar tu kering tapi kuantiti air masih ada dalam fabrik dan ianya boleh mereputkan kain. Nasib baik tak koyak’ lebih kurang macam tu la I cakap kat customer. Sekarang you all boleh bayangkan macam mana muka customer tu??

Kebanyakkan peserta yang hadiri kursus saya berkata proses permeriksaan berperingkat dan rekod semua ni melambatkan kerja. Memang melambatkan tetapi bila ada masaalah ianya banyak membantu.

regards,

SEMBANG DOBI-UCAPAN TERIMA KASIH

Saya mula menganjurkan kursus pengurusan kedai dobi (latihan amali) pada bulan April 2008 selepas saya sendiri melakukan kesilapan di dunia perniagaan. Saya telah menceburi beberapa bidang perniagaan seperti butik, produk kecantikkan dan juga restoran. Dunia perniagaan bukanlah 1 bidang yang mudah. Disini ingin saya nyatakan minat, modal dan melihat dari segi keuntungan bukan sahaja tidak mencukupi. Pengetahuan merupakan aspek penting dan latihan praktikal adalah cabaran sebenar bagi menguji ketahanan fizikal seseorang bakal usahawan sebelum membuat pelaburan yang besar didalam perniagaan.

Kepada En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas rangkaian ‘Dr Clean Concept Shop’ terima kasih diatas bimbingan dan tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberikan.

Dan kepada peserta yang mengikuti kursus saya sepanjang tahun 2008, terima kasih saya ucapkan diatas kepercayaan yang diberikan;

APRIL
Anizah Mohd Noh (Seremban) dan Wan Samsul Bahari Wan Hamzah (KL)

JUNE
Rohaizah Mohd Yusof (Perak), Norazlina Mohd Arshad (KL), Noorazema Abdul Wahid (Johor)

AUGUST
Rusliza Zakarian, Saiful Mohairan Ismail (Johor), Zulkipli Aziz (Seremban)

OCTOBER
Mohd Zazali Abdul Rahman (KL), Rozita Awang Ngah (KL), Tn Hj Ahmad Abdul Rashid (KL), Umiaziene Suchi (KL)

DECEMBER
Nurin Amani Md Ramli (KL), Moh Seng Samsuri, Ruhaidah Kassim (Sabah), Tn Hj Morni Hj Julai (Sarawak, Pn Hj Ramlah Hj Hamdan (Sarawak), Zurina Razak (KL), Mohd Anuar Ahmad (KL), Aznita Yaacob (KL), Ahmad Tarmimi Bokari (Johor), Siti Dagar (Sabah).

Saya juga sedang merangka 1 kursus khas bagi industri ini yang akan di kendalikan oleh pengasas ‘Dr Clean Concept Shop’, En Zulkiffli Mohd Radzi bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam bagi industri ini. Beliau juga akan berkongsi pengalamannya sepanjang penglibatan beliau menceburi dunia perniagaan ini sehingga tertubuhnya ‘Dr Clean Concept Shop’. So check-out my blog from time to time.

Regards,

Sunday, January 25, 2009

SENARAI PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR BAGI MENGIKUTI KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI (LATIHAN AMALI ) 2009

JANUARI (KL, 29-31/Jan)
1. Norhalizah Mohd (Johor)
2. Zanorrain Said (Johor)
3. Afifah Husain (Seremban)
4. Basariyati Ahmad (PJ)
5. Azlinda Mohd Shah (Klang)
6. Sahira Mohd Ramli (Semenyih)
7. Syahril Taufik (T’ganu)
8. Nur Marina Moktar (T’ganu)
9. ----TAMAT---
10.

FEBRUARY (KL, 26-28/Feb)
1. Wan Hamzah Wan Badaruddin (Perak)
2. Baragath Nisha Amir Hamzah (Beranang)
3. Ooi Wee Chuan (Johor Bahru)
4. Faizul Rahman Mohamed Iliyas (KL)
5. Nor Khairani Alwi (JB)
6. Zulkiflee Hamzah (JB)
7. Chuah Gin Boon (Klang)
8. Abdul Rahim Hashim (Johor)
9. Kamarulzaman Mahsud (Johor)
10.Mahatir Adenan (Sarawak)
11.-TAMAT-
12.

MARCH (JOHOR, 19-21/Mar)
1. Dahlia Asyikin Iskhak (Johor)
2. Norulsukri Ithnin (Johor)
3. -DIBATALKAN-
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

APRIL (KL, 23-25/Apr)
1. Ridzuan Husin (KL)
2. Halilah Mohd Shaili (Kajang)
3. Wan Hasniza Wan Ismail (Shah Alam)
4. Mohd Syaril Izam Ibrahim (Shah Alam)
5. Wan Zaleha Wan Badaruddin (Johor)
6. Mashytah Roslan (Johor)
7. Farhan Fayummi Abdullah (Ipoh)
8. Wan Sharifah Wan Ab Rahman (Selayang)
9. -TAMAT-
10.
11.
12.

MAY (T’GANU, 21-23/May)
1. -DIBATALKAN-
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

JUNE (KL, 25-27/Jun)
1. Mohd Khairi Ab Malik (Selangor)
2. Emy Nur Ain Kamaruddin (KL)
3. Azlan Ab Karim (Melaka)
4. Ahmad Bokhar Khalid (Pulau Pinang)
5. Mohammed Arman Abdul Ghouse (Johor)
6. Kharmar Sukarno (Sabah)
7. Noor Syhdiah Bian (Sabah)
8. Mohamad Naim Idris (Bangi)
9. Mohd Sharif Abd Hamid (Shah Alam)
10. Rohana Yusoff (Sg Buloh)
11. Zatul Iradah Yusof (KL)
12. Siti Aishah Yusof (KL)
13. Wan Nurul Saadah (KL)
-TAMAT-

JULY
(KL, 10-12/Jul)
1. Jamilah Jamsuri (Selangor)
2. Noraini Hj Shaar (Penang)
3. Elya Tumin (Selangor)
4. Nortasneem Ghazali (Selangor)
5. Nor Ikhsan Zulkifli (Selangor)
6. --TAMAT--
7.
8.
9.
10.
11.
12.

(KL, 23-25/Jul)
1. --DIBATALKAN--
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

AUGUST (KL, 7-9/Aug)
1. Zarinah Mustafa (KL)
2. Maslinda Zainal Ariffin (KL)
3. Azlin Zulkharnain (KL)
4. --TAMAT--
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

OCTOBER (KL, 29-31/Oct)
1. Norhisyammuddin Mohd Ismail (KL)
2. Ida Syahidah Ibrahim (Selangor)
3. Zaidatul Nor Abas (Selangor)
4. Kasmiati Kadir (Sabah)
5. Md Firdaush Abd Warith (Selangor)
6. Zahiruddin Mansor (Selangor)
7. Amirul Amree Abd Shahid (kedah)
8. --TAMAT--
9.
10.
11.
12.

NOVEMBER (KL, 19-21/Nov)
1. Nur Katrina Afida Sulaiman (Sarawak)
2. Radipah Sulaiman (Sarawak)
3. Noraihan Mohamad (Kedah)
4. Masiah Wahidin (Selangor)
5. Hazmawati Zamzuri (Selangor)
6. Muhamad Arif Akmal Mohd Arof (Selangor)
7. -TAMAT-
8.
9.
10.
11.
12.

DECEMBER (KL, 10-12/Dec)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

JADUAL KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI (LATIHAN AMALI) 2009

Lokasi: cawangan Dr Clean, Tmn Melawati, Kuala Lumpur
29-31/Jan, 26-28/Feb, 23-25/Apr, 25-27/Jun, 10-12 Jul,7-9 Ogos, 29-31/Oct, 19-21/Nov dan 10-12/Dec

Yuran:
RM600.00 (tanpa pengindapan)
(bagi yang ingin pengidapan, hotel yang terdekat adalah Melawati Inn dan no talifon akan diberikan. Peserta diminta berhubung terus dengan pihak hotel)

Tarikh/Lokasi: Mengikut Zon
DIBATALKAN

Yuran:
-N/A-

Jangkamasa/Jadual;
Kursus akan dijalankan selama 2 ½ hari. Kursus akan dijalankan Dr Clean Taman Melawati, Kuala Lumpur

Hari Pertama
Peserta akan dibawa melawat di bahagian operasi, saya akan memberi penerangan mengenai susunatur kedai, penerangan mengenai mesin dan peralatan dan cara penjagaan, penerangan mengenai bahan habisguna.

Selepas itu saya akan memulakan dengan khidmat kaunter/khidmat pelanggan, Disini peserta akan diberi penerangan dan tunjukajar berkenaan proses-proses yg perlu dilakukan selepas menerima pakaian dr pelanggan. Antara proses-proses yg diterangkan ialah proses pemeriksaan berperingkat, proses pengasingan, proses ‘tagging/label’, proses basuhan, proses pengeringan dan proses penghabisan (gosok)

Hari ke-2
Hands-On. Peserta akan melakukan semua proses yg telah diterangkan pada hari pertama. Sekiranya terdapat pelanggan datang ke kedai, peserta akan diminta untuk melakukan semua proses bermula dr khidmat kaunter/khidmat pelanggan.

Hari ke-3
Lebih kepada perbincangan mengenai pemilihan lokasi, pentadbiran am (sebelum/selepas memulakan perniagaan), pemilihan konsept/system yg boleh diguna pakai, asas perakaunan, pemasaran/promosi. Perbincangan mengenai masaalah yg sering dihadapi oleh pengusaha kedai dobi.

Dihari kursus peserta akan diberi nota lengkap yg boleh digunakan sebagai panduan, CD yg mengandungi contoh kertas kerja rancangan perniagaan (dibawah skim PROSPER), gambarajah susunatur kedai, contoh resit yg boleh diguna pakai, asas-asas perakaunan, contoh profil syarikat yg boleh diguna pakai, contoh flyers,beberapa senarai harga bg dobi komersial dan juga sijil penyertaan.

Kursus yg dijalankan akan mengikut sistem yg telah dirangka oleh ‘Dr Clean Concept Shop’. ‘Dr Clean Concept Shop’ telah merangka 1 sistem/standard didalam usaha meminimumkan kos operasi bg usahawan. Sistem ini telah diguna pakai tidak hanya oleh cawangan Dr Clean seluruh Malaysia, tetapi juga oleh pengusaha kedai dobi yg mengikuti kursus ini.

*Kepada yg berminat digalakkan mendaftar awal kerana tempat terhad kepada 12 peserta shj bagi 1 sessi.
**Kepada yg ingin sertai kursus ini sila pilih tarikh kursus berdasarkan kekosongan
***Kepada yang telah mendaftar pastikan nama anda terdapat didalam senarai peserta yang telah mendaftar,
****Walaupun kursus yang dijalankan mengikut sistem dan piawaian Dr Clean Concept Shop, peserta tidak terikat dengan Dr Clean Concept Shop.



regards,

SEMBANG DOBI-DRY CLEANING vs AQUA WASH

Berikut adalah soalan yg sy terima dr Saudara Zian Zaidi frm Kuching (I think..) utk dikongsi bersama;

SOLVENT
1. Solvent jenis powder tidak baik utk kesihatan berbanding minyak.
J: 1st time saya tau ada solvent dalam bentuk powder. Walau apa pun, detergent yang berbentuk liquid lebih jimat berbanding serbuk. Memang terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ‘dry cleaning’ boleh mendatangkan cancer. Akan tetapi chances untuk cancer adalah 0.001%.

2. Solvent adalah yg terbaik cucian kering kerana semua jenis kain dpt dicuci.
J: Bagi cucian kering chemical yang digunakan untuk basuhan adalah Solvent. Solvent adalah petroleum base chemical yang mana ianya boleh digunakan untuk semua jenis fabrik kecuali barangan kulit, fabrik yang mempunya campuran plastik (macam sticker pada pakaian). Selain itu juga cuba elakkan mengambil pakaian yang mempunyai lebih daripada 2 fabrik ataupun barangan tiruan.

3. Detergent utk cucian kering solvent dpt lasting for more than 1 year.
J: Betul. Solvent boleh bertahan selama 1 tahun sehingga 1 tahun 2 bulan (bergantung kepada jualan)

4. Maintenance utk cucian kering solvent yg murah & kurang berbanding dgn Aqua.
Betul. Ini kerana solvent yang digunakan boleh dikitar semula berbanding cucian aqua yang mana chemical dan air akan dibuang terus bagi setiap kali cucian.

5. Aqua bukan cucian kering kerana menggunakan air bercampur dgn chemical.
J: Betul. Aqua bukan lah cucian kering kerana ianya menggunakan campuran air dan chemical. Untuk pengetahuan saudari aqua juga dikenali sebagai wet cleaning, lagoon wash, ozon wash.

AQUA
1. Aqua ialah jenis cucian "islamic" yg mana kotorannya dibuang terus berbanding dg Solvent recycle.
J: Can I choose not to answer this….hahah. Ok bagi cucian aqua chemical dan air akan dibuang terus bagi setiap basuhan berbanding cucian kering yang mana minyak atau solvent akan dikitar semula. Akan tetapi minyak atau solvent yang digunakan akan di masak sebelum digunakan semula dimana ianya akan melalui beberapa proses. Andaikata selepas 1 basuhan minyak menjadi kotor, minyak akan dihantar kebelakang (this is technical kalau u attend my course I akan tunjukkan belakang mesin dry clean tu nanti) dimasak dalam beberapa peringkat dan selepas proses ini, minyak akan menjadi bersih seperti minyak yang baru. Tapi kalau masih lagi was-was, mungkin boleh offer aqua wash.

2. Aqua adalah yg terbaik kerana semua jenis cucian dpt dicuci.(2 in 1)
J: Tidak semua pakaian boleh dibuat cucian aqua. Secara teknikalnya mengapa pelanggan menghantar baju untuk cucian kering ialah untuk menjaga fabrik dan jangka hayat fabrik. Jika dilihat setiap baju yang dihantar bagi basuhan cucian kering akan mempunyai ‘shining’ dan jangka hayat fabrik tahan lebih lama. Bagi aqua basuhan masih menggunakan air dan tidak semua fabrik boleh dibasuh mengunakan air terutamanya designer brand, thai silk, jaket dan lain-lain. Dan apabila air digunakan ‘shining’ pada pakaian kurang.

*Si samping itu apabila membeli mesin cucian kering atau pun mesin aqua, 1 lagi mesin yangmesti ada adalah ‘spotting table’. Mesin ini digunakan sebagai pre-wash/treatment bagi kedua dua cucian. Selalunya apa yang berlaku apabila pelanggan menghantar pakaian untuk cucian kering kita akan membuat beberapa peringkat pemeriksaan. Yang itu kenal pasti kotoran dan untuk mengetahui sama ada fabrik luntur atau pun tidak. Jika pakaian mempunyai kotoran. ‘Spotting machine’ akan digunakan untuk membersihkan kekotoran tersebut sebelum membuat basuhan sepenuhnya. Jika terdapat lunturan warna pakaian akan di asingkan mengikut warna cerah dan gelap.

3. Detergent utk Aqua dpt bertahan tuk 3-6 bulan
J: Detergent bagi aqua mampu bertahan selama sebulan ke sebulan setengah (bergantung kepada jualan)

LANJUTAN DR SOALAN

1. Jika saya membeli mesin Aqua, perlukah saya memiliki mesin jenis Solvent?
J: Solvent adalah sejenis chemical yg digunakan bg proses dry cleaning. Dan solvent ni sebenarnya minyak (petroleum base chemical). Bg aqua dia ada chemical dia yg tersendiri. Kita tak guna solvent utk basuhan aqua.

2. Pandangan & pengalaman peribadi telus ikhlas, which machine do u prefer ? Why ?
J: Saya akan meletakkan diri saya sebagai seorang pengusaha. Bagi saya terdapat kebaikkan dan keburukkan bg kedua-dua jenis mesin. Jika dilihat dr segi harga, mesin aqua jauh lebih murah berbanding mesin dry clean. Tapi selalu saya tekankan kepada bakal usahawaan bahawa kita berniaga bukan untuk 2 3 tahun, kalau boleh utk selamanya.

Jadi jika dilihat dari segi kos operasi, cuaian aqua adalah jauh lebih tinggi berbanding cucian kering. Sebagai contoh kos bagi meyiapkan sepasang baju kurung yg dihantar utk dry cleaning adalah RM3.60 (kos termasuk solvent, api, tenaga kerja, hanger dan plastic membungkus) sementara bg cucian aqua kos boleh mencapai 3 kali ganda.

Friday, January 23, 2009

SEMBANG DOBI-SEMBANG KOSONG

Ni ada 1 citer lg. Am so excited with this blog. Banyak benda I nak citer sebenarnya so take it as a free lesson for you guys.

This happen to 1 of my regular customer. Seminggu dia hantar baju 2 3 kali la juga. So 1 day dia komplen kat my staff kata 2 baju dia ilang. Dah masuk hari ke-4 baru berita baju ilang tu sampai kat I. So as usual I have to face the customer (nasib hensem). He told me what happen and I told him bg tempoh 2 hari cari baju tu. I check all the rekod (kalau org antar dry cleaning selalu nya buat rekod sbb baju yg dihantar tu mahal…nak tau proses2 lain join my kursus nanti I citer panjang lebar lg). I tgk dlm rekod tak de baju yg dia ckp tu. Tanya staff dorang ckp memang tak de. After 2 days, I citer kat customer tu and show all the record. Dia still kata ada hantar. I kata tak de, dia kata ada. Last2 dia minta ganti rugi. I ckp record tak de so I tak boleh bayar suka2. Dia nk juga suruh beli yg baju yg sama (he dnt want money). I ckp ok la but give me time. I just play with time. Lepas seminggu tgk rekod dia ada hantar baju tp tak tanya plak pasal ganti rugi tu. Masuk minggu ke-2 pun dia tak tanya so saya tanya la staff apa jadi ‘OOOO DIA SUDAH JUMPA BAJU NYA, ADA DI BAWAH KATIL’…ada kaaaa???.

Lepas dr incident tu jgk la dia terus jd kawan, and not just kawan but 1 of my best friend. Selalu dtg kedai minta utang dulu….HANG INGAT BOSS AKU BUAT CHARITY!! BAYOR!.

Cheers,

Thursday, January 22, 2009

SEMBANG DOBI-KHIDMAT PELANGGAN/KHIDMAT KAUNTER

Salam,

Now I nak bercerita pasal 1 kes. Kes yg saya sendiri hadapi. Me as a customer. 1 day I went to this 1 laundry shop (no name to be mention here) nak hantar baju kurung for dry cleaning. I masuk kedai tu sorang pun tak de, semua bz buat kerja kat dalam and the best part is loceng pun tak de nak tekan. So dekat 5 minit juga la I melangut kat situ. Pada hal pekerja dia kehulu kehilir nih. Tak tau la sebab I chantekz and ‘chomelz’ sangat ke sampai dorang tak nampak. After 5 min baru la sorang pekerja dia perasan I tengah berdiri. So she came (without a smiling face), ambil baju dan buka resit. Once done I just walk out without say thank you (nk ckp tq kena ikhlas). 3 days after that I came back to collect my baju kurung and the same thing happen. Berdiri dekat 5 minit baru the same girl keluar and again with no smile on her face. Ambil resit frm me, collect my baju kurung from inside and bring it to me. Show me the resit for the payment. So masa nak bayar sempat juga la I beramah mesra dgn pekerja tu, I said to her…’GIRL AM PAYING YOU WITH MY MONEY HERE, CAN YOU PLEASE SMILE COZ MY MONEY IS ACTUALY FOR YOUR SALARY’. Baru la dia senyum (mcm kena paksa). Lepas that incident I pergi juga la lg sekali dua and the same thing happen. Lepas tu koser la kan nak pegi dh. Eh aku bayar its not free service.

So what am trying to say here is, kebanyakkan usahawan kurang memberi penekanan di khidmat pelanggan/khidmat kaunter. Seperti yg selalu saya tekankan pelanggan sekarang semakin bijak. You treat them well they will be loyal to you, but kalau kita layan dia macam endah tak endah they will never come back. Kalau dpt pelanggan macam I tak pe coz I tak reti nak control mulut, tak puas hati cakap terus. Kalau yg jenis tak komplen tau-tau tak hantar baju dah and the worst kalau yg sampai kan kat org lain ‘ko jangan pergi kedai tu, service tah apa-apa’ macam mana? Sebab tu selalu saya ckp pd peserta kursus saya kalau boleh ambil 2 pekerja. Sorang pekerja am (tukang gosok or buat kerja-kerja kat belakang) dan sorang supervisor. Supervisor ni juga la yg jaga kaunter. So bila nk ambil supervisor ambil lah yg manis, ramah, tau macam mana nak layan pelanggan dan tahu macam mana nak selesaikan masaalah ketika berhadapan dgn pelanggan. Buat baik dgn pelanggan ni penting sbb kadang2 kita tak tau mungkin bila ada masalah pelanggan sejuk skit bila kita selalu baik dgn dia. Masa saya kerja dulu ada 4 5 pelanggan kalau dtg kedai nak saya sendiri yg layan (macam eerrkk..perlu ke PA founder Dr Clean layan pelanggan??!!) tp saya buat juga sbb seronok bekerja. Its all abt you doing thing with fun at the same time.

Banyak pengalaman yg saya hadapi sepanjang berkhidmat dgn Dr Clean. Baik dengan pekerja dan juga pengalaman. Sampai tak tau nak kategorikan yg mana nak nangis yg mana nak gelak. So keep on check for my latest story utk menjadi panduan bersama.

cheers

SEMBANG DOBI-MODAL PERMULAAN




Soalan pertama yang akan ditanya oleh semua ialah…berapa modal nak mulakan business dobi nie??. Bukan niat untuk mematikan semangat berniaga pada semua. Bagi saya dunia perniagaan ini semakin sengit dan pelanggan pula semakin bijak. They are willing to pay the price if the service is good, the place is nice and have that friendly environment. Dah tak boleh nak buka kedai dobi yang macam dulu-dulu lagi. Letak mesin 2 3 biji lepas tu letak 1 kaunter. Things have change extremely nowdays.

Sebenarnya modal bagi memulakan perniagaan ini bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan kepada pelanggan. Dan perniagaan dobi ini sendiri terbahagi kepada 2 cabang iaitu Dobi Runcit atau Dobi Komersial. Disini perbincangan berkenaan dengan modal permulaan adalah lebih kepada dobi runcit. So tarik nafas dalam-dalam…

Bagi dobi runcit cabang perniagaan terbahagi kepada 3 iaitu;
I) Dobi Biasa
II) Dobi Aqua
III) Dobi Cucian Kering @ Dry Cleaning

Dan berikut adalah anggaran kos projek bagi setiap cabang perniagaan;

Anggaran kos projek bagi perniagaan Dobi Biasa;
*Mesin dan Peralatan
RM50,000
Pengubahsuaian/Renovation
RM30,000
**Modal Pusingan
RM15,000
Jumlah Anggaran
RM95,000


*Anggaran bagi 2 washer, 2 dryer dan 2 set of iron.
**Modal pusingan bagi tempoh 3 bulan sekiranya tiada jualan (bayaran bagi sewa kedai, api/air, upah pekerja dan belian barangan habisguna)

Anggaran kos projek bagi Dobi Aqua;
*Mesin dan peralatan
RM95,900
Pengubahsuaian/Renovation
RM30,000
**Modal Pusingan
RM20,000
Jumlah Anggaran
RM145,900


*Anggaran bagi 1 washer, 1 aqua machine, 1 spotting table, 2 dryer and 2 set of iron.
**Modal pusingan bagi tempoh 3 bulan sekiranya tiada jualan (bayaran bagi sewa kedai, api/air, upah pekerja dan belian barangan habisguna)

Anggaran kos projek bagi Dobi Cucian Kering;
*Mesin dan Peralatan
RM160,000
Pengubahsuaian/Renovation
RM40,000
**Modal Pusingan
RM20,000
Jumlah Anggaran
RM220,000


*Anggaran bagi 2 washer, 2 dryer, 1 dry cleaning, 1 spotting and 2 set of iron.
**Modal pusingan bagi tempoh 3 bulan sekiranya tiada jualan (bayaran bagi sewa kedai, api/air, upah pekerja dan belian barangan habisguna)

(Rasanya ada yang dah berhenti bernafas sekejap nih..). Apapun ingat ini cuma anggaran. Mungkin ada diantara bakal usahawan boleh mendapat harga-harga tersebut pada kadar yang murah. Walau apapun lakukan kajian terlebih dahulu terutamanya bagi mesin dan peralatan sebelum membuat sebarang pembelian. Pastikan mesin dan peralatan yang ingin dibeli adalah untuk kegunaan industri. Ini kerana kita nak buat business jadi mesin untuk kegunaan industry direka mengikut keperluan industry dimana mesin akan digunakan bagi tempoh yang lama bagi satu hari. Juga pastikan ‘after sales service’ sekiranya mesin rosak berapa lama jangkamasa yang diambil untuk dibaiki dan sebagainya.

Seperti yang saya nyatakan tadi perniagaan dobi merupakan perniagaan yang berdaya saing dan pelanggan pulak semakin bijak. Kalau nak berniaga buat betul-betul not half past 6 work.

cheers

PERKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN DOBI

Sebelum menceburi dunia perniagaan dobi, beberapa perkara perlu diambil kira oleh bakal usahawan. Antara faktor-faktor yg perlu dilihat adalah;

PENUBUHAN SYARIKAT.
Bakal usahawan perlu mendapatkan maklumat secukupnya sebelum menubuhkan sesebuah syarikat. Seringkali diberitahu mengapa ramai yang memilih untuk menubuhkan syarikat enterprise adalah kerana ianya mudah, tidak perlu menghantar akaun syarikat kepada ssm dan sebagainya. Dapatkan maklumat yang secukupnya daripada agensi-agensi yang dilantik sebagai wakil ssm, dan buat keputusan yang terbaik bergantung kepada keupayaan sendiri.

PEMILIHAN JENIS PERNIAGAAN SAMAADA FRANCAIS ATAUPUN SENDIRI.
Bagi yang ingin menceburi perniagaan francais, banyak perkara yang perlu ditimbangkan bergantung kepada keupayaan. Bagi perniagaan francais beberapa faktor perlu di ambil kira seperti yuran bayaran yang dikenakan (yuran francais, yuran pengiklanan, yuran pentadbiran, yuran latihan, royalty bulanan dan lain-lain caj). Dapatkan maklumat secukupnya dan buat keputusan bergantung kepada keupayaan diri.

SEBELUM MEMBELI PERNIAGAAN DOBI YANG TELAH BEROPERASI.
Mengapa hendak menjual perniagaan dobi yang sediaada? Nak balik kampung, tiada siapa yang hendak menjaga, berpindah ke negeri lain (alasan yang selalu diberikan dan jangan terkejut 2 3 bulan berikutnya masih berada di KL). Sebelum membeli sesuai perniagaan dobi buat kaji selidik mengapa pengusaha hendak menjual perniagaan tersebut. Cuba hantar pakaian ke kedai berkenaan dan lihat sekiranya terdapat kekurangan dari segi khidmat pelanggan (seperti yang telah saya terangkan terlebih daulu, khidmat pelanggan memainkan peranan yang penting didalam setiap organisasi) dan cuba bertanya kepada jiran sebelah tentang perjalanan perniagaan dikawasan tersebut. Setelah berpuas hati, buat kaji selidik bagi mesin dan peralatan yang sedia ada seperti keadaan sesebuah mesin tersebut dan jangkamasa penggunaan mesin. Disamping itu juga bakal usahawan berhak untuk memeriksa rekod jualan dan rekod untung rugi perniagaan sebelum membuat pembelian, ini untuk melihat perjalanan perniagaan tersebut. Buat kajian sebaik mungkin dan buat keputusan atas keupayaan diri.

PEMILIHAN KONSEP PERNIAGAAN.
Seringkali ditanya oleh bakal usahawan berkenaan konsep yang ingin dijalankan. Seringkali juga saya nyatakan kepada mereka fikirkan akan logiknya. Sebagai contoh kepada yang ingin membuka perniagaan yang berkonsepkan ‘Café Laundry’dan ‘self service laundry’. Di negara barat terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan ‘café laundry’ dan ‘self service laundry’. Disini saya memaklumkan kepada bakal usahawan, di negara barat sebab mengapa pelanggan menghantar pakaian ke kedai dobi adalah kerana;

1) setiap unit rumah dikawasan bandar contohnya kondominium , mereka tidak disediakan tempat menyidai pakaian,

2) gaya hidup dinegara barat amat berbeza dengan gaya hidup kita di Malaysia.

Walauapapun konsep yang ingin dibuat pastikan ianya sesuai dengan keadaan kita di Malaysia. Tidak semua konsep yang dijalankan diluar negara dapat dijalankan di Malaysia atas beberapa faktor. Saya pernah diminta oleh beberapa syarikat yang ingin memasarkan konsep perniagaan mereka kepada peserta kursus saya, memikirkan yang ianya hanya memihak kepada saya (dari segi komisyen) tetapi tidak kepada peserta saya, jadi saya menolak.

PEMILIHAN TAPAK DAN LOKASI.
Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah 20’ x 60’, kepadatan penduduk tidak kurang dari 10,000 orang, 50% daripadanya adalah bumiputera dan berpendapatan sederhana dan tinggi.

SUSUN ATUR PREMIS PERNIAGAAN.
Susun atur memainkan peranan penting bagi sebuah premis perniagaan. Susun atur yang baik akan memudahkan aliran kerja dan dapat menjimatkan masa disamping premis akan menjadi lebih teratur dan bersistematik.

PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN
Pada masakini terdapat pelbagai jenama bagi mesin dan peralatan bagi perniagaan dobi dan cucian kering dengan pelbagai harga. Bakal usahawan dinasihat untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian. Disini ingin saya maklumkan kepada bakal usahawan bahawa harga bagi mesin dan peralatan perniagaan bukanlah murah, ini kerana ianya direka khas untuk kegunaan industri. Saya sering ditanya pelbagai pihak sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan mesin basuh seperti yang digunakan dirumah tetapi mempunyai kapasiti yang besar (harga lebih murah berbanding mesin basuh untuk perniagaan dobi). Disini saya ingin memaklumkan kepada bakal usahawan bahawa mesin basuh seperti itu di reka hanya untuk kegunaan rumah dimana basuhan hanya dilakukan sehari sekali, seminggu 1 atau 2 kali. Manakala bagi perniagaan dobi, mesin basuh akan mula ber operasi seawal 8 pagi sehingga selewat 8 malam. Bagi yang ingin menawarkan perkhidmatan yang lengkap dengan cucian kering ataupun cucian akua, dapatkan pengentahuan yang lengkap akan perbezaan diantara cucian kering dan cucian akua, tidak hanya mengenai keburukkan dan kebaikkan bagi kedua-dua cucian dari segi basuhan tetapi juga dari segi kos operasi dan fabrik. Juga pastikan mesin dan peralatan yang diberikan bukan yang direka sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan (bakal usahawan), ini kerana saya pernah ditawarkan untuk menjadi wakil jualan bagi beberapa buah syarikat yang meminta saya memasarkan produk rekaan mereka sendiri tetapi saya tolak.

*Kebelakangan ini saya sering menjadi tempat rujukkan bagi usahawan yang baru menceburi perniagaan dobi yang menawarkan perkhidmatan cucian kering. Selepas menceritakan masaalah yang di hadapi dan membuat saya sendiri keliru.

1) Soalan : Basuhan yang dibuat ‘dry cleaning’ ke ‘aqua wash’?
Jawapan: Dry Cleaning (….ok)

2) S : Guna mesin dry clean?
J : Yea…mesin dry cleaning 2in1(…okkk)

3) S : Basuh pakai solvent atau air dan chemical?
J : Air (…okkkkkk)

Ternyata apa yang cuba disampaikan dari mula adalah cucian akua (aqua wash/wetcleaning)

Disini saya ingin menasihatkan bakal usahawan, perniagaan dobi adalah satu perniagaan yang berdaya saing. Sila dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan peralatan sebelum memulakan perniagaan dobi. Dapatkan kebaikkan dan keburukkan dalam segala aspek tidak hanya pada kos mesin tersebut tetapi juga kos operasi.

SIMPANKIRA DAN PENGURUSAN AM

Selalu saya tekankan kepada para peserta yang menghadiri kursus yang saya anjurkan, simpankira dan pentadbiran am memainkan peranan yang penting bagi setiap organisasi. Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi, dengan adanya system perakaunan dan rekod-rekod yang betul kita boleh ‘keep track’ rekod jualan dan dengan adanya rekod-rekod yang tertentu kita dapat memastikan tiada penipuan dilakukan oleh pekerja. Perlu diingatkan bahawa perniagaan ini adalah perniagaan pembayaran secara tunai.

PEMASARAN
Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Pemasaran ialah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna, dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang bankrup kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah. Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas, dan tugas peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keperluan pengguna dengan sebaik mungkin. Justeru itu kosep pemasaran ialah “perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna” supaya boleh mendapat keuntungan

PENETAPAN HARGA
Stratergy penetapan harga terbahagi kepada;

1-Stragegi Melebihi Harga Pasaran.
*Lazimnya sasaran lebih kepada kelas atasan, mengikut jenama atau pun bagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan.

2-Strategi Mengikut Harga Pasaran.
*Bersaing berdasarkan kualiti, perkhidmatan ‘complimentary’ dan keadaan premis perniagaan.

3-Strategi Harga Bawah Pasaran @ ‘Loss Leader’
*Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan,membuatkan perkhidmatan pesaing sebagai perkhidmatan mahal.

4-Penetapan Harga Secara Psikologi seperti Bata

TENDER
Kebelakangan ini ramai pihak ymenhghubungi saya bagi mendapatkan senarai harga bagi merebut tender-tender yang dikeluarkan bagi pihak kerajaan mahupun swasta. Dan ada segelintir daripadanya ingin merebut tender tanpa apa-apa persiapan seperti mempunyai premis perniagaan. Dan sering kali juga saya menasihatkan peserta yang menghadiri kursus anjuran saya, BUKA PERNIAGAAN, JALANKAN PERNIAGAAN DAN SELEPAS BERPUAS HATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN BARULAH REBUT TENDER-TENDER YANG DITAWARKAN. JUGA DAPATKAN PENGETAHUAN YANG SECUKUPNYA TERUTAMANYA CARA MEMBUAT KERTAS KERJA SEBELUM MELETAKKAN SEBARANG HARGA BAGI MEREBUT TENDER. FAHAMI PERJALANAN PERNIAGAAN INI DENGAN BETUL.

WAKIL KHIDMAT PELANGGAN
Kebanyakkan pengusaha dilihat kurang memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Perlu diingatkan bahawa kakitangan yang di tempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan mencerminkan imej sesebuah organisas. Antara ciri-ciri wakil khidmat pelanggan ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan pelanggan. Walaupun hanya perniagaan dobi tetapi ingat IMEJ ADALAH SEGALANYA.

PENGETAHUAN DAN LATIHAN AMALI (PRACTICAL TRAINING)
Pengetahuan merupakan aspek penting bagi setiap bakal usahawan dan juga usahawan sediada. Bagi mereka yang baru ingin menceburi dunia perniagaan ini saya galakkan menghadiri kursus yang dianjurkan. Kursus yang dianjurkan akan memberi pendedahan yang secukupnya tidak hanya dari segi teori tetapi yang lebih mengutamakan latihan amali (ketahui cara-cara proses basuhan, proses pengeringan dan proses penghabisan/gosok yang betul kerana setiap apa yang dilakukan merupakan kos kepada pengusaha sbg cth: setiap gosokkan hanya 3 minit dan kosnya ialah RM0.60 dan setiap penambahan adalah RM0.20 seminit). Tidak hanya mementingkan perjalanan operasi perniagaan tetapi juga mengambil kira aspek pemasaran, simpan kira dan pentadbiran am.Dan tidak hanya menitik beratkan 1 jenis basuhan (cucian kering ataupun cucian akua) tetapi memberi pendedahan berkenaan kepada kedua-dua jenis basuhan agar bakal usahawan dapat menentukan sendiri jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan (perlu diberi perhatian kerana margin untuk kedua-dua jenis basuhan ini adalah tinggi berbanding basuhan biasa). Secara peribadinya saya ingin nyatakan disini bahawa modal dan minat sahaja tidak mencukupi bagi menceburi dunia perniagaan. Latihan dari segi fizikal juga perlu untuk bakal usahawan didalam persiapan sebelum melakukan pelaburan yang besar. LAKUKAN PELABURAN YANG KECIL (MENGHADIRI KURSUS) SEBELUM MELAKUKAN PELABURAN YANG BESAR (PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN).

Setiap maklumat kaji selidik adalah ehsan daripada En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas 'Dr Clean Concept Shop' sepanjang penglibatan beliau didalam dunia perniagaan ini selama hampir 20 tahun.

Disini saya menggalakkan bakal ushawan agar menghadiri kursus yg dianjurkan bagi mendapat pendedahan yg secukupnya. Kepada yg berminat boleh hubungi terus ditalian 0196190075

SEMBANG DOBI

Idea untuk adakan blog SEMBANG DOBI tercetus selepas mendapat banyak maklum balas daripada bakal usahawan yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan dobi. Setiap kali orang hantar email kat saya, saya balas kat dia sorang je. Pastu ada lagi yg hantar email, saya balas kat dia sorang je. Pastu pikir-pikir balik, buat blog lagi senang so semua org yg minat dengan perniagaan kedai dobi ni boleh baca sebagai panduan bersama.

Untuk pengetahuan semua saya tak de kedai dobi, tapi saya dah 8 tahun (on n off…bila bosan berenti, bila tak de duit join balik co’ ni dan sehingga kini) bekerja sebagai pembantu peribadi, ketua operasi dan juga project manager bg Dr Clean dibawah bimbingan En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas ‘Dr Clean Concept Shop’ (check out this blog from time to time, I will tell you more abt Zulkiffli Mohd Radzi).

Dr Clean merupakan 1 konsep perniagaan yg direka khas oleh En Zulkiffli dibawah Creative Pearl (M) Sdn Bhd, bagi membantu usahawan menceburi dunia perniagaan ini. Sehingga kini beliau telah membimbing hampir 38 usahawan dobi dan cucian kering di seluruh Malaysia (oh!!..its going to be 39…Dr Clean will be in Tawau, Sabah!..yehaa!!).

Kini Laila Mukhtar Management dengan kerjasama Creative Pearl (M) Sdn Bhd dan beberapa cawangan Dr Clean seluruh Malaysia menganjurkan kursus lengkap bagi membantu bakal usahawan mendalami erti perniagaan ini sebelum menceburi dunia perniagaan yg berdaya saing ini. Enjoy reading…

cheers