Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Monday, July 27, 2009

KEDAI DOBI GBE

Salam

Seorang lagi peserta kursus telah membuka kedai dobi;

Nama Perniagaan : Kedai Dobi GBE

Alamat Perniagaan : A-0-3, Condo 900, Jalan Golf & Country Resort
Bandar Darul Aman, 06000, Jitra, KEDAH

Pemilik : En Ahmad Bokhar

Bagi yang duduk dikawasan-kawasan yang sewaktu dengannya boleh la hantar baju kat situ.
SUPPORT OUR PEOPLE! SUPPORT LAUNDRY BUSINESS!!
(utk gambo, kita tunggu Abg Bokhar email kat saya)

Friday, July 24, 2009

Monday, July 20, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI (LATIHAN AMALI)

ATAS SEBAB SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN KURSUS BAGI 23 - 25 JULAI TELAH DIBATALKAN. KURSUS TERDEKAT ADALAH PADA 7 - 9 OGOS 2009, JUMAAT - AHAD, BERTEMPAT DI TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR.

HARAP MAKLUM.

Thursday, July 16, 2009

CARA EKSPRESS NIAGA DOBI

Saya tertarik dengan 1 artikal yang ditulis oleh saudara Haniff (juga merupkan salah seorang consultant bagi industry ini) didalam 1 forum berkenaan dengan pengambilalihan perniagaan dobi sediaada. More or less seperti apa yang selalu saya berikan kepada peserta kursus dobi saya. Dan ada juga peserta kursus dobi saya telah mengalami kes-kes seperti ini. Kepada mereka diluarsana yang berminat untuk mengambilalih perniagaan yang sediaada lakukan kajiselidik sebelum mengambilalih. Jadikan artikal dibawah ini sebagai panduan.

Beli DOBI - Cara Ekspress Niaga Dobi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

2 bulan lepas saya berjumpa dengan kompetitor dobi yang ingin menjual kedai dobinya. Agak terkejut juga bila kompetitor buat tawaran beli kedai dobinya yang selang satu kedai dari kedai dobi saya. Cuma bezanya sahabat saya tu berbangsa Cina dan sudah 3 tahun niaga dikedai tu.

Alasannya, tiada orang yang nak menguruskannya (Kedai diuruskan oleh sahabat saya dan makciknya) sebab makciknya kurang sihat. Tawarannya RM45,000.00 . Iaitu termasuk semua rak baju,almari, 2 dryer Model Elektrolux -30paun, 4 washer Model Toshiba 13kg, 1 steam iron model ITALY-tangki besar yang boleh tampung 2 steam iron sekali gus dan sewa kedainya sekali. Tapi melihat kepada kedai, saya lebih berminat dengan Dryer dan Steam ironnya sahaja. Anda tau berapa harga yang di tawarkan? RM30,000.00. Dipendekkan cerite, saya cakap saya pikir dulu.


Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum beli Dobi, walaupun ia cara ekspress untuk anda memulakan perniagaan dobi ni. Anda perlu kaji selidik beberapa perkara untuk memastikan kenapa perniagaan itu nak dijual.

1. Anda perlu ingat, setiap mesin atau peralatan mempunyai susut nilai tertentu.Contohnya 15% setahun,Ia sebenarnya akan menentukan harga logik jualan. Keadaan dan kualiti mesin juga amat penting untuk menentukan harga mesin - dah tentu ‘on running condition’.

2. Jumlah jualan yang dibuat. Anda boleh periksa dari rekod jualan, penggunaan air - bil air, bil elektrik, resit gas, resit belian sabun. Dari maklumat ini anda boleh buat anggaran jumlah basuhan yang dibuat dalam sehari, seminggu atau sebulan. Seterusnya berapa sales sebulan dan anggaran net profit yang diperolehi.

3. Pastikan baju,toto yang ade dikedai tu, milik pelanggan dan bukan milik tokey kedai yang sengaja diletak atur untuk buat-buat banyak baju.

4. Cubalah guna servis kedai tu, bagus ke tidak, busuk ke wangi, cepat ke lambat, hilang baju ke tidak.

5. Customers base berapa ramai. Cuba buat purata pelanggan sehari dari maklumat buku resit yang diberi.

6. Cuba buat anggaran kos tambahan yang anda perlu anda laburkan jika keadaan kedai tu perlu anda cantikkan atau tukar konsep. Contohnya nak kena beli mesin baru ke, atau tambah iron ke atau nak kena cat kedai atau buat kaunter baru ke….

7. BELI MESIN DAN PERNIAGAAN SAHAJA, BUKANNYA SYARIKAT. JADI TUKARLAH NAMA KEDAI. Bukan apa, takut nanti kedai tu ade berhutang dengan along,bank dan tuntutan dari pelanggan yang hilang baju.

Sebenarnya bukan mudah untuk beli kedai Dobi, kena selidik dulu, kite taknak nanti yang dibeli bukannya emas tapi kaca pada harga emas.

Tuesday, July 14, 2009

FAHAMI LABEL BASUHAN ADALAH PENTING

Soalan diatas diajukan kepada saya didalam Malaysia Franchise Association;

Edz (ID=19872) - 22 Apr 2009, 1:07am
saya pengusaha dobi sudah 3 tahun...dan baru2 ini saya ada hantar baju pelanggan jenis kurang pasti mcm kain wedding..bersulam emas penuh...cara basuhan aqua cleaning tapi baju dan kain tersebut mengecut sebyk 2 inci...bagaimana tu?? dan pihak dobi tersebut tidak bertanggungjawab...bolehkah baju mengecut menggunakan aqua cleaning??


Edz (ID=19872) - 22 Apr 2009, 1:21am
adakah solvent aqua cleaning boleh terkena tangan jika cth handwash jika manik terlalu byk dan sensitif cth sari wed india dan apakah ianya dibilas air mcm detergent biasa? apakah perbezaan solvent aqua cleaning dgn detergent yg biasa digunakan..dan jika cucian biasa utk baju turun warna saya difahamkan terdepat detergent (sour) utk menghalang fabric dr turun warna...dimana boleh saya dapatkan kerna supplier saya tiada sour detergent tersebut..tq


Laila Mukhtar Management-0196190075 (ID=8062) - 14 Jul 2009, 10:24pm
Dalam erti kata lain SARI la tu. Ok pakaian/fabrik daripada India ni memang sensitive dan tidak boleh kena air langsung. Dan digalakkan membuat dry cleaning. Kalau dah jadi macam tu memang pengusaha perlu bertanggungjawab, kerana sebagai pengusaha kita perlu tahu jenis fabrik dan cara basuhan. Jika tidak pasti cara basuhan boleh tanya kepada pelanggan.


Laila Mukhtar Management-0196190075 (ID=8062) - 14 Jul 2009, 11:00pm
Disini Edz, dah confuse yea. Solvent dan aqua cleaning adalah 2 perkara yang berbeza. Solvent adalah chemical yang digunakan bagi dry cleaning. Basuhan tidak boleh dibuat secara manual kerana boleh menyebabkan kulit badan sakit dan berkemungkinan sukar bernafas kerana bau solvent tersebut terlalu kuat. Untuk aqua pula basuhan memerlukan 3 jenis bahan iaitu sabun dan softner yang khas untuk cucian aqua dan juga sejenis bahan yang dipanggil anticolor (kegunaannya adalah untuk mengelak dari warna turun). Seelok eloknya saya cadangkan bila pelanggan hantar pakaian periksa label basuhan dan ikut arah label basuhan.

Friday, July 10, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI SESSI 07/2009











KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI SESSI 07/2009
Tarikh: 10hb - 12hb Julai 2009
Tempat: Dr Clean, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Peserta Kursus:
Jamilah Jamsuri, Noraini Hj Shaar, Elya Tumin, Nortasneem Ghazali, Nor Ikhsan Zulkifli

TARIKH KURSUS YANG BERIKUTNYA:
23hb - 25hb Julai 2009
-WASALAM-

Tuesday, July 7, 2009

Sembang Santai SembangDobi

Hampir 2 tahun menjadi consultant bagi industri ini. Rata-rata yang menelefon saya adalah mereka;
1) yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan ini,
2) mereka yang ingin mengumpul maklumat dan ingin tahu mengenai dunia perniagaan ini (saya faham kerana ingin menceburi dunia perniagaan ini, sejumlah modal diperlukan dan mendapat maklumat yang secukupnya adalah penting).

Tidak kurang juga yang bermasaalah seperti;
1) Mesin dah beli tapi tak begitu arif tentang pengendalian
2) Jualan tak bagus,
3) Kecewa sebab beli mesinyang salah,
4) Bila berdepan dengan pelanggan,
5) Baju hilang, luntur & baju rosak
6) Tenaga pekerja
7) Urusan dengan bank (pinjaman dan pembukaan akaun)

Kini Laila Mukhtar Management sedang mengumpul maklumat bagi mereka yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan dobi ini. Kami didalam perancangan menjelajah negeri (peringkat zon: Melaka, Kuantan, Ipoh dan Kuala Lumpur) didalam memberi penerangan kepada mereka yang berminat.

Perbincangan 1 hari ini akan menyentuh topik mengenai halatuju industri dobi, perkara asas yang perlu diketahui seperti pemilihan lokasi yang sesuai, pemilihan konsep yang boleh diguna pakai, pemilihan mesin dan peralatan yang sesuai, operasi harian, asas pemasaran, asas perakaunan dan pentadbiran am dan juga perbincangan am yang berkaitan.

Kursus akan diadakan selama 1 hari (hari sabtu) dan bayaran yang dikenakan adalah RM100.
Kepada yang berminat boleh beri nama penuh dan contact no di blog ini atau email kepada lailamukhtar.management@gmail.com atau sms nama penuh (cth SSSD nama penuh) ke 019-6190075. Kami ingin melihat sambutan yang diterima. Sekiranya ok, kami akan memaklumkan tarikh dan barulah bayaran boleh dibuat. InsyaAllah kami merancang untuk menjalankan kursus ini selepas hari raya.

So kawan-kawan war-warkan SEMBANG SANTAI SEMBANG DOBI!

WE WORK HARD & PLAY HARD TO HELP YOU!!

Sunday, July 5, 2009

AHAKZ....

When I want to start my consultation co’ banyak suara-suara sumbang yang kata ‘boleh ke? Apa yang kau tau pun? Kau sendiri buat business pun tak pernahnya jadi lagi nak guide orang’. Kecuali seorang…’La, you been in this line for years. You yourself have experience how difficult it is to start a business and you fail. Use your expertise and experience to guide others so they don’t do the mistake like what you did. Do it with your full heart and others will come to you’.
And with this acknowledgement from my participant (the attachment…thanks Abang Bokhar) saya tau saya dah sampaikan apa yang perlu saya sampaikan. Mungkin saya belum lagi memberikan yang terbaik, but I will try to improve my skill, my knowledge and my experience to share with others. Kepada yang diluar sana yang masih lagi ragu-ragu untuk berniaga sendiri. tak kira apa jua perniagaan. Kalau kita yakin, kita buat sepenuh hati, kita usaha, kita ikhlas. Inshaallah the business will be there for you.

Saya masih lagi berusaha untuk menjadikan SembangDobi ini sebagai platform untuk semua membincangkan mengenai industry dobi ini. Saya nak semua menggunakan blog ini sebagai tempat berbincang tentang masaalah-masaalah yang ditempuhi atau apa sahaja supaya yang lain akan menjadikannya sebagai rujukkan. Mungkin ada perkara baru yang tak saya tempuhi tetapi pengusaha lain temputhi, Jadi boleh menjadikannya sebagai panduan usahawan baru.
Kepada semua peserta yang menghadiri kursus saya, kepada my follower dan kepada semua yang support me kat luar sana…I love you guyz to much…I loooooooooooooooove you so much and thank you so much for the support.

Wednesday, July 1, 2009

GET READY TO GET BUSY GUYS!!

Bulan bz bagi pengusaha kedai dobi hampir tiba. Selalu saya beritahu kepada peserta bahawa bulan yang paling sibuk bagi kedai dobi bermula dari bulan penghujung Julai atau Ogos sehinggalah ke pertengahan bulan February. Kenapa? Sebab masa tu la bulan puasa, orang nak sambut raya, lepas tu depavali, lepas tu raya haji, lepas tu cuti sekolah (ramai orang kawin daa), lepas tu krismas, lepas tu cuti hujung tahun, lepas tu raya cina. Jadi gunakan kesempatan ini untuk membuat promosi untuk menarik pelanggan datang kekedai.

Time ini la pelanggan sibuk nak cuci langsir, cuci baju baru, cuci baju winter jacket, cuci songket, cuci karpet, cuci cadar katil, cuci sarung kusyen, cuci baju orang kawin. Silap-silap cuci travelling bag pun ada.

So make use of this period guys. Pasang banner/banting depan kedai (oh…jangan lupa minta lesen majlis perbandaran dulu tau, kang pasang petang sok pagi ilang). Ok?!!

All the best to all!!

PENGUMUMAN BAGI PESERTA KURSUS YANG TELAH MEMBUKA KEDAI DOBI

Disini saya ingin meminta kerjasama peserta yang pernah mengikuti kursus anjuran LMM dan telah membuka perniagaan ini untuk menghantar gambar permis perniagaan anda beRserta nama dan alamat kedai, no telefon kedai, jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan nama penuh pengusaha.

Apa yang akan berlaku ialah saya akan membuka 1 l blog bagi peserta yang telah membuka perniagaan ini. Dan sekiranya terdapat panggilan yang bertanya dimana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dobi di negeri/kawasan mereka. Saya akan minta mereka merujuk kepada blog tersebut. Saya juga akan menggunakan cara saya yang tersendiri untuk memasarkan perkhidmatan anda disektor koperat mahupun swasta. Emailkan gambar anda ke lailamukhtar.management@hotmail.com

Contoh gambar yang diperlukan, sila rujuk laman web tertera;
http://sembangdobi.blogspot.com/2009/05/kedai-dobi-ola-nz-laundry.html

Inshaallah saya juga berhasrat untuk menjadikan LMM sebagai platform bagi pengusaha kedai dobi berkenalan sesama kita dan bagi membincangkan masaalah-masaalah yang dihadapi sesama usahawan dengan menganjurkan perjumpaan bagi mereka yang berminat. Nantikan tarikhnya.

STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) BAGI PERNIAGAAN DOBI

Standard Operation Procedure (SOP) adalah panduan penting bagi setiap organisasi bagi memastikan kelancaran perjalanan sebuah syarikat atau perniagaan. Tidak terkecuali dengan perniagaan dobi. Mempunyai sistem yang berkesan akan dapat mengurangkan perbelanjaan dari segi kos operasi mahupun tenaga kerja. Disini Laila Mukhtar Management telah mengeluarkan 1 standard operasi yang boleh digunapakai oleh bakal usahawan sebagai panduan. SOP ini akan diberikan kepada peserta yang menghadiri kursus anjuran pihak kami.

Ada yang bertanya jumlah pekerja yang diperlukan bagi sebuah kedai dobi. Dan dari pengalaman saya selama 8 tahun sebagai ketua operasi disalah sebuah kedai dobi di Kuala Lumpur, dengan purata RM30,000 jualan bagi sebulan, saya hanya mempunyai 2 orang pekerja am dan seorang supervisor.

Dan ada juga peserta yang mengatakan tanpa sistem yang diberikan semasa hari kursus, segala hasil jualan berkemungkinan akan digunakan untuk membayar gantirugi kepada pelanggan.
Banyak perkara akan dibincangkan semasa hari kursus. Kepada yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan ini, digalakkan menghadiri kursus yang ditawarkan.