Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, July 28, 2010

KURSUS PRAKTIKAL PENGURUSAN KEDAI DOBI - SKUDAI, JOHOR







Kursus Praktikal Pengurusan Kedai Dobi bagi zon selatan telah diadakan di FR Bubbles Laundry & Dry Cleaning Centre Skudai, Johor pada 16 - 18 Julai 2010. Seramai 4 orang peserta telah menghadiri kursus yang diadakan. Ini merupakan kali pertaman LMM mengadakan kursus di luar Kuala Lumpur. Inshaallah kursus akan diadakan sekali lagi pada 5 -5 November 2010.
*gambar bawah sekali ni bukan kes dera yea. Peserta sedang membuat handwash.

Kursus Praktikal Pengurusan Kedai Dobi








Salam, lama rasanya tak up-date blog ni. Minta maaf banyak2 sbb skg masa agak terhad. Disamping kursus praktikal yang dijalankan, pihak LMM sedang merangka beberapa kursus keusahawanan yang bakal diadakan selepas hari raya ini. Kami akan maklumkan kepada semua nanti yee...
Salam.

*Gambar ini adalah gabungan bagi 3 kursus praktikal dobi yang dijalankan di Tmn Melawati, KL

Wednesday, July 14, 2010

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI BAGI GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU)

Laila Mukhtar Management telah diminta untuk mengajurkan kursus khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kursus yang bakal diadakan ini akan dirombak module pengajaran mengikut keperluan mereka but my promise i will still give apa yang mereka perlu tau mengenai industri dobi sebelum menceburi dunia perniagaan ini...Inshaallah.

Kalau ada sesiapa dikalangan kawan-kawan yang yang kurang upaya dan berminat untuk menghadiri kursus ini sila emailkan butiran lanjut for my record.

Salam.