Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terima kasih kerana sentiasa bersama blog Sembang Dobi. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Sekiranya ada yang terkasar bahasa dan tersilap kata (biase la manusia) minta maaf banyak-banyak. Love you guys...

Salam..

Saturday, September 12, 2009

STEP 2-PENUBUHAN SYARIKAT/PERNIAGAAN

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya mabil dari website SSM untuk panduan bersama berhubung penubuhan syarikat;

GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERBADANKAN SYARIKAT TEMPATAN
Syarikat berhad dengan saham boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.) atau syarikat awam (Berhad atau Bhd.). Keperluan asas untuk memperbadankan syarikat ialah:

i. Sekurang-kurangnya 2 pengasas

ii. Sekurang-kurangnya dua orang pengarah; dan

iii. Setiausaha syarikat yang terdiri daripada:
a. Ahli badan professional yang telah ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; atau
b. Individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Kedua-dua pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau alamat kediaman hanya di Malaysia.

PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut:

i. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

ii. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20 rakan kongsi.

SYARAT-SYARAT BAGI PENUBUHAN SYARIKAT/PERNIAGAAN
a. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.

b. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

c. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.

*Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SSM
**Perbincangan yang lebih terperinci mengenai perbezaan bagi pernubuhan syarikat dan penubuhan perniagaan dari segi pentadbiran am dan perakaunan akan diberi pada hari terakhir kursus.


Enjoy reading

Friday, September 11, 2009

STEP 1: KETAHUI JENIS PERNIAGAAN YANG INGIN DIJALANKAN

I’ve been thru a lot and lots of experience in business;

Memulakan perniagaan dengan berpegang faktor minat,
Memulakan perniagaan dengan melihat dari segi keuntungan,
Memulakan perniagaan tanpa aturan yang betul,
Tidak ada pengetahuan yang lengkap,
Tidak mempunyai sistem pentadbiran yang betul,
Tidak mempunyai sistem perakaunan yang betul,
Tidak mempunyai modal yang cukup,
Hubungan yang tidak baik dengan partnership, dan
Terlalu bergantung harapan pada sumber kewangan yang lain.

But now, alhamdullilah after I start my consultation. I know this is what I like. I love to talk, I love to share my experience in business and I have experience in laundry industry. And alhamdullilah juga kali ni ramai yang membantu. So now I just want to share my experience and knowledge to guide people who have interest to set-up esp laundry business. So enjoyzz….


LANGKAH PERTAMA: KETAHUI JENIS PERNIAGAAN YANG INGIN DIJALANKAN

Ramai diantara kita yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu apa perniagaan yang hendak dijalankan. Memulakan perniagaan tidak hanya bergantung kepada minat.

Perniagaan pertama yang saya jalankan adalah perniagaan butik. Kenapa?? Kerana saya suka fesyen. Tanpa memikirkan setelah menceburi perniagaan butik, kita perlu sentiasa peka dengan fesyen terkini, kita perlu tahu kehendak pelanggan setempat, kita perlu tahu kuantiti yang diperlukan supaya tidak terdapat lebihan stok dan sebagainya. Plus problem with partnership.

Perniagaan ke-2 yang saya ceburi adalah produk kecantikkan. It failed because the person yang tarik I masuk just need a downline. No one guide me what to do.

Perniagaan yang ke-3 yang saya ceburi, yang telah membuka mata saya bagi setiap aspek perniagaan, yang telah mengajar saya yang perniagaan ini tidak hanya bergantung kepada minat semata-mata adala perniagaan restoran. I learn a lot from here and I take whatever mistake I did in this business to my consultation so I don’t do the same mistake. I will be a good business if you have knowledge in the business. Nampak mudah dan pulangan yang baik. Tetapi tanpa modal, latihan yang secukupnya, it will be damn tiring and the stress I got from here is like a boom.

Jadi tidak kira apa jua perniagaan yang diceburi pastikan kita dapat pengetahuan yang secukupnya. Buat kajiselidik sebanyak yang mungkin. Ramai yang talifon saya minta khidmat nasihat nak buka dobi ni bila ditanya…bulan depan nak buka. It might look easy but buat kaji selidik betul-betul dalam semua aspek. Ingat bila kita dah mula membeli mesin dah peralatan it will be cost for us. Nak mula business ni modal bukan sedikit tetapi…sakit jantung jugak la.

Apapun mencuburi dunia perniagaan yang mengikut trend amat tidak saya galakkan…nak tau contohnya dan sebabnya kena email saya…

Lagi satu berfikirlah secara bijak...melabur RM10 pulangan RM500 dalam masa seminggu. ada ke?? Tak paham...tak paham...

Salam.

Tuesday, September 1, 2009

GAMBAR KURSUS

Peserta yang menghadiri kursus anjuran laila mukhtar management boleh tgk gambar masing-masing di Facebook SembangDobi

WHY

Ada 2 3 yang hantar sms kat saya, tanya lama tak up-date blog. I have lots and lots of idea, but I don’t know where to start (hiemm…macam biasek dengarkan alas an ni). Antara topic yang nak dibincangkan or to share with you guys out there are;

a) Business plan
b) Konsep perniagaan
c) Mengapa memilih franchise
d) Perbezaan diantara washer dan washer extractor
e) Penggunaan mesin industrial
f) Pekerja
g) Waktu operasi

See..berderet topic nak tulis yang ikut turutan, masaalahnya tak tau nak susun ayat bagi topic a and b tapi topic c dah ada. Susah nak tulis ni sebenarnya. So now I just write yang dah siap je. So enjoyzzz…SEBENARNYA SAYA LAGI SUKA BERCAKAP SEBAB BANYAK BENDA NAK BAGITAU. TENAGA PENGAJAR YANG LAGI SORANG SELALU MARAH SAYA...LAILA KALAU DAH START BERCAKAP LUPA DIRI LA. SAMPAI ORANG TAK MAKAN (MASA BREAK). DAN KEBANYAKKAN PESERTA LAGI SUKA SAYA BERCAKAP SEBAB SENANG NAK FAHAM...jadi bukan salah i...