Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Saturday, September 12, 2009

STEP 2-PENUBUHAN SYARIKAT/PERNIAGAAN

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya mabil dari website SSM untuk panduan bersama berhubung penubuhan syarikat;

GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERBADANKAN SYARIKAT TEMPATAN
Syarikat berhad dengan saham boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.) atau syarikat awam (Berhad atau Bhd.). Keperluan asas untuk memperbadankan syarikat ialah:

i. Sekurang-kurangnya 2 pengasas

ii. Sekurang-kurangnya dua orang pengarah; dan

iii. Setiausaha syarikat yang terdiri daripada:
a. Ahli badan professional yang telah ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; atau
b. Individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Kedua-dua pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau alamat kediaman hanya di Malaysia.

PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut:

i. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

ii. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20 rakan kongsi.

SYARAT-SYARAT BAGI PENUBUHAN SYARIKAT/PERNIAGAAN
a. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.

b. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

c. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.

*Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SSM
**Perbincangan yang lebih terperinci mengenai perbezaan bagi pernubuhan syarikat dan penubuhan perniagaan dari segi pentadbiran am dan perakaunan akan diberi pada hari terakhir kursus.


Enjoy reading