Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Monday, March 30, 2009

SEMBANG DOBI-FAHAMI BETUL-BETUL SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PELABURAN

Ada seorang hmmmm....macam mana saya nak tulis. Dia bukan peserta kursus saya. Dari mula dia nak buka kedai dobi dia dah mula call saya tanya itu dan ini. Dia pergi kursus tempat lain (sebab saya punya kursus mahal kot...tak pe saya tak kisah) skg dah buka kedai masih lagi call saya....i ok je, setakat jawab call apa la sangat kan. Sebelum dia buka kedai, dia ada call tanya pasal wet-cleaning, rupanya dia dah confuse dry-cleaning and wet-cleaning. Ok la saya explain balik. Baru-baru ni dia call tanya caj untuk wet-cleaning. Saya cakap sama macam dry cleaning. I rasa dia macam tak puas hati dgn jawapan i, tak salah sebab kos operasi tinggi dan caj bayaran sama macam dry cleaning. Pastu dia tanya pasal wet-cleaning yang basuh pakai sabun lembut...last-last maaaaak jugak yg confuse.

Last-last i explain balik lagi sekali. Macam ni anak-anak, cikgu nak bercakap utk kesekian kalinya. Selain dari basuhan biasa terdapat juga 2 jenis basuhan yg lain iaitu DRY CLEAN and WET CLEANING. Wet cleaning ni juga dikenali sebagai Aqua wash, Lagoon cleaning atau yg lebih famous 2-in-1 cleaning (tak tau la kenapakan). Ok, jika dilihat dari segi harga mesin, mesin dry clean harga dia mahal. Jauh lebih mahal dari mesin aqua. Utk dry clean harga boleh mencecah sehingga RM100K, sementara harga bagi mesin Aqua dalam RM30K-RM38K. Ok. Untuk bahan cuci pula, bagi dry clean ianya menggunakan petroleum base chemical yg di panggil SOLVENT. Harga bagi 1 drum dalam anggaran RM1350 dan boleh digunakkan untuk tempoh setahun 3 bulan (bergantung pada sales) dan utk cucian aqua pula ianya menggunakan detergent dan softener nya yg sendiri disamping itu juga perlu menggunakan anticolor dan harga bagi ketiga-tiga bahan ini boleh mencecah sehingga RM1500 (tak silap saya) dan boleh bertahan selama 2 ke 3 bulan bergantung kepada jualan. Lagi 1 yg saya nak kasi tau kalau kita beli mesin dry clean atau pun mesin aqua. Kita kena beli spotting table. Spotting table ni di gunakan bagi proses pre-wash dimana kotoran akan dihilangkan.

Lagi 1 saya nak beritahu, kalau pegi, cuba famahi apa yangcuba disampaikan oleh tenaga pengajar. Fahami proses-proses yang diterangkan dan praktikkan bila buka kedai. Bukan apa, proses-proses yang diajar tu mungkin remeh dan melambatkan kerja tapi andai kata terjadi sesuatu yang tidak diingin boleh detect. So boleh tau siapa sebenarnya yang salah, kita ke pekerja kita ke? Or pelanggan. Lagi pun proses-proses tu mula-mula memang Nampak macam remeh tapi bila dah praktikkan selalu ok punye...

Untuk En Lukman, inshaallah jika ada kelapangan or bila saya tersesat kat Kuantan, saya akan datang tengok kedai

Tu je la mak nak citer......WASSALAM!!

Thursday, March 26, 2009

Citer ni tak de kena mengena dgn dobi, but am very up-set with what happen. Saya tau ada diantara orang-orang diluar sana cuba call saya, tapi saya tak jawab. Tapi saya akan cuba call balik. Let me tell you guys what i did. Saya sebenarnya masih lagi bekerja sebagai pembantu peribadi bagi pengasas rangkaian 'Dr Clean Concept Shop', sekarang beliau telah menjadi franchisor bagi rangkai restoran "Mama Chops Papa Grill', walaupun macam tu my boss masih lagi memberi kebenaran utk saya menjalankan kursus pengurusan kedai dobi. So u call boleh bayangkan kerja saya bertambah dan so far i tidak mengganggu perjalanan kursus yg saya buat. So bersabar bile u all call and saya tak jawab. Boleh hantar email jugak.

Pagi-pagi buta ari ni saya sudah dapat 1 sms. Hamba allah ni call saya tak jawab, pastu bile saya call dia pulak tak jawab. so dia anto sms...'U ALL ADA BT KURSUS DOBI KA KURSUS PELACURAN, BENTI BT BISNES LAH LG BGS'. Apa nie?? kalau sape yg paham, bile kita buat business kita kena sabar. Kalau setakat saya tak jawab call, org boleh hantar sms macam ni, kalau pelanggan kasi masaalah macam mana??...nak suruh pelanggan jadi pelacur??. Pikir la.

Monday, March 2, 2009

SEMBANG DOBI-BOLEH UNTUNG KE BUSINESS DOBI NI

Ramai yg tanya boleh idup ke business dobi ni kalau setakat cuci baju, termasuk sorang peserta saya utk kursus yg baru lepas. I pun tak tau macam mana nak cakap, baca kat bawah ni dn pikir-pikir la sendiri;

Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan;
Cucian Biasa
Cucian Kering/Aqua
Cucian Kulit
Housewhole Item
Cucian Permaidani
Pengeringan
Gosok
Pick-up Delivery
Kaunter Kutipan

Kepada siapa perkhidmatan ini boleh ditawarkan;
Penduduk setempat
Kedai dobi yang tidak mempunyai mesin cucian kering/aqua
Butik/kedai jahit
Spa/restoran/klinik (basuhan linen)
Pusat Latihan (basuhan linen)
Institusi Pengajian (basuhan jubah)
Hotel/resort (basuhan linen)
Sektor Koperat (uniform)
Studio Pengambaran
Syarikat Pengiklanan
Stesen TV
Istana
Tender Kerajaan
*basuhan linen yg dimaksudkan disini adalah sarung bantal, alas meja, tuala, cadar dll

Selalu saya tekankan kepada peserta sebagai seorang usahawan kita mesti kreatif, tau macam mana nak mempelbagaikan perniagaan. Sebagai contoh buka 1 kedai sebagai base. Kalau boleh lengkap dengan mesin cucian kering/aqua, kalau tak boleh tak pe. Lepas tu buka kaunter kutipan. Sekarang ni di condo diwajibkan mempunyai dobi, so kalau ada peluang ambil buka kaunter kutipan aje. Caj bayaran basuhan pulak bergantung untuk cucian kering/aqua macam biasa la tapi kalau utk cucian biasa lain skit. Kalau condo tu high-end caj perkilo tapi kalau very high-end condo kita caj per pc. Bergantung pada kawasan. Lepas tu kat shopping centre. Skg ni kalau p tesco atau giant mesti nampak dobi kat situ. Buka kaunter kutipan je. Kalau yg dapat kat condo lagi bagus. Macam yg saya cakap be creative. Dah alang-alang dobi kalau boleh buat home-cleaning service and car wash. Perniagaan dobi ni, kita memalaskan pelanggan, so kalau dapat sedia kan perkhidmatan macam tu kat condo sure pelanggan datang. Adalah lain-lain idea I kasi lagi kat peserta kursus.

Tu yg saya cakap dgn peserta saya sorang tu, kalau semat dalam ati nak untung RM15,000 sebulan tapi duduk kat kerusi boss tanpa buat apa-apa, buat ape business pun tk untung. Kena kerja kuat la...tu je ah nak citer…bye

Arios

SEMBANG DOBI - KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI SIRI 02/2009

Kursus pengurusan kedai dobi siri 02/2009 baru je tamat sabtu lepas. Sorry guyz i cant put any picture here coz tak dapat ambik gambo. Am not feeling well masa kursus aritu. Nasib baik tenaga pengajar, Pn Zamnah ganti, my session only on saturday masa hari terakhir untuk terangkan mengenai pemilihan lokasi, pemasaran, dll. Ishaallah next kursus i ambik gambo chantekz-chantekz.

Arios