Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Monday, March 30, 2009

SEMBANG DOBI-FAHAMI BETUL-BETUL SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PELABURAN

Ada seorang hmmmm....macam mana saya nak tulis. Dia bukan peserta kursus saya. Dari mula dia nak buka kedai dobi dia dah mula call saya tanya itu dan ini. Dia pergi kursus tempat lain (sebab saya punya kursus mahal kot...tak pe saya tak kisah) skg dah buka kedai masih lagi call saya....i ok je, setakat jawab call apa la sangat kan. Sebelum dia buka kedai, dia ada call tanya pasal wet-cleaning, rupanya dia dah confuse dry-cleaning and wet-cleaning. Ok la saya explain balik. Baru-baru ni dia call tanya caj untuk wet-cleaning. Saya cakap sama macam dry cleaning. I rasa dia macam tak puas hati dgn jawapan i, tak salah sebab kos operasi tinggi dan caj bayaran sama macam dry cleaning. Pastu dia tanya pasal wet-cleaning yang basuh pakai sabun lembut...last-last maaaaak jugak yg confuse.

Last-last i explain balik lagi sekali. Macam ni anak-anak, cikgu nak bercakap utk kesekian kalinya. Selain dari basuhan biasa terdapat juga 2 jenis basuhan yg lain iaitu DRY CLEAN and WET CLEANING. Wet cleaning ni juga dikenali sebagai Aqua wash, Lagoon cleaning atau yg lebih famous 2-in-1 cleaning (tak tau la kenapakan). Ok, jika dilihat dari segi harga mesin, mesin dry clean harga dia mahal. Jauh lebih mahal dari mesin aqua. Utk dry clean harga boleh mencecah sehingga RM100K, sementara harga bagi mesin Aqua dalam RM30K-RM38K. Ok. Untuk bahan cuci pula, bagi dry clean ianya menggunakan petroleum base chemical yg di panggil SOLVENT. Harga bagi 1 drum dalam anggaran RM1350 dan boleh digunakkan untuk tempoh setahun 3 bulan (bergantung pada sales) dan utk cucian aqua pula ianya menggunakan detergent dan softener nya yg sendiri disamping itu juga perlu menggunakan anticolor dan harga bagi ketiga-tiga bahan ini boleh mencecah sehingga RM1500 (tak silap saya) dan boleh bertahan selama 2 ke 3 bulan bergantung kepada jualan. Lagi 1 yg saya nak kasi tau kalau kita beli mesin dry clean atau pun mesin aqua. Kita kena beli spotting table. Spotting table ni di gunakan bagi proses pre-wash dimana kotoran akan dihilangkan.

Lagi 1 saya nak beritahu, kalau pegi, cuba famahi apa yangcuba disampaikan oleh tenaga pengajar. Fahami proses-proses yang diterangkan dan praktikkan bila buka kedai. Bukan apa, proses-proses yang diajar tu mungkin remeh dan melambatkan kerja tapi andai kata terjadi sesuatu yang tidak diingin boleh detect. So boleh tau siapa sebenarnya yang salah, kita ke pekerja kita ke? Or pelanggan. Lagi pun proses-proses tu mula-mula memang Nampak macam remeh tapi bila dah praktikkan selalu ok punye...

Untuk En Lukman, inshaallah jika ada kelapangan or bila saya tersesat kat Kuantan, saya akan datang tengok kedai

Tu je la mak nak citer......WASSALAM!!