Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Monday, March 2, 2009

SEMBANG DOBI-BOLEH UNTUNG KE BUSINESS DOBI NI

Ramai yg tanya boleh idup ke business dobi ni kalau setakat cuci baju, termasuk sorang peserta saya utk kursus yg baru lepas. I pun tak tau macam mana nak cakap, baca kat bawah ni dn pikir-pikir la sendiri;

Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan;
Cucian Biasa
Cucian Kering/Aqua
Cucian Kulit
Housewhole Item
Cucian Permaidani
Pengeringan
Gosok
Pick-up Delivery
Kaunter Kutipan

Kepada siapa perkhidmatan ini boleh ditawarkan;
Penduduk setempat
Kedai dobi yang tidak mempunyai mesin cucian kering/aqua
Butik/kedai jahit
Spa/restoran/klinik (basuhan linen)
Pusat Latihan (basuhan linen)
Institusi Pengajian (basuhan jubah)
Hotel/resort (basuhan linen)
Sektor Koperat (uniform)
Studio Pengambaran
Syarikat Pengiklanan
Stesen TV
Istana
Tender Kerajaan
*basuhan linen yg dimaksudkan disini adalah sarung bantal, alas meja, tuala, cadar dll

Selalu saya tekankan kepada peserta sebagai seorang usahawan kita mesti kreatif, tau macam mana nak mempelbagaikan perniagaan. Sebagai contoh buka 1 kedai sebagai base. Kalau boleh lengkap dengan mesin cucian kering/aqua, kalau tak boleh tak pe. Lepas tu buka kaunter kutipan. Sekarang ni di condo diwajibkan mempunyai dobi, so kalau ada peluang ambil buka kaunter kutipan aje. Caj bayaran basuhan pulak bergantung untuk cucian kering/aqua macam biasa la tapi kalau utk cucian biasa lain skit. Kalau condo tu high-end caj perkilo tapi kalau very high-end condo kita caj per pc. Bergantung pada kawasan. Lepas tu kat shopping centre. Skg ni kalau p tesco atau giant mesti nampak dobi kat situ. Buka kaunter kutipan je. Kalau yg dapat kat condo lagi bagus. Macam yg saya cakap be creative. Dah alang-alang dobi kalau boleh buat home-cleaning service and car wash. Perniagaan dobi ni, kita memalaskan pelanggan, so kalau dapat sedia kan perkhidmatan macam tu kat condo sure pelanggan datang. Adalah lain-lain idea I kasi lagi kat peserta kursus.

Tu yg saya cakap dgn peserta saya sorang tu, kalau semat dalam ati nak untung RM15,000 sebulan tapi duduk kat kerusi boss tanpa buat apa-apa, buat ape business pun tk untung. Kena kerja kuat la...tu je ah nak citer…bye

Arios