Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Monday, December 27, 2010

COMPANY ACCOUNT

Kekadang bila bagi talk to peserta ada juga yangterlepas pandang. Bukan apa, ingat semua tahu akan kepentingannya so saya tak le menyentuh. Ini berkenaan COMPANY ACCOUNT. 4 5 peserta bertanyakan perlu ke? bila saya menyentuh pasal ini. Memang perlu. 1st it will look professional and we are serious in the business. Bukan tak boleh nak pakai personel account tapi kalau kata nak ambil tender mana2 dorang nak tengok company account. Begitu juga kalau kita bekerja sendiri company account ni akan digunakan untuk minta loan ke apa ke. Ini menunjukkan samaada syarikat kita aktif atau pun tidak. Selalunya selepas buka syarikat di SSM, terus buka company account. Dan yang lain-lain tu ada terdapat didalam CD yang diberikan semasa kursus. Dalam CD tersebut ada asas perakuanan dan asas rekod yang diperlukan. Sekarang asas perakuanan dan rekod yang diperlukan ini telah diolah dengan memberi sedikit keterangan didalamnya dan cara penggunaannya. Tak kiralah syarikat yang dibuka SDN BHD atau ENTERPRISE perakuanan adalah penting.

*Salah 1 perniagaan dobi telah dipanggil oleh LHDN. Ianya syarikat enterprise. So tak kira apa jenis syarikat ditubuhkan perakaunan adalah penting....INGAT TUUUU....
.

Wednesday, December 22, 2010

HTTP://USAHAWANDOBI.BLOGSPOT.COM

Blog usahawandobi akan ditutup buat sementara waktu bagi mengemaskini tarikh kursus 2011. Mulai 2011 kursus dobi akan terbahagi didalam 2 bentuk iaitu;

Kursus Asas Dobi;
Module kursus 60% teori dan 40% praktikal akan dijalankan selama sehari (Sabtu).

Bengkel Kemahiran Dobi;
Module kursus 40% teori dan 60% praktikal akan dijalankan selama 2 hari (Jumaat & Ahad).

Kedua-dua kursus akan merangkumi semua seperti biase cuma masa praktikal bagi kursus asas adalah pendek berbanding bengkel kemahiran. Kami di LMM masih mementingkan aspek praktikal didlm kursus yg dianjurkan. Kedua-dua akan dijalankan di KL, Johor dan Terengganu.

Jika sebelum ini kami bercadang utk menjalankan kursus di Sabah dan Sarawak. nampaknya masih belom berkesampaian sbb saya masih lagi mencari kedai dobi yg boleh digunakan sbg tempat latihan. Setakat nk duduk kat dewan n dengaar akak bercerita, baca je la dalam blog nie...sbb saya lg suka buat kursus prantikal (boleh dera peserta buat kereje maaa)

NOW U CAN CHAT WITH ME...

Bagi mereka yg berminat utk berborak2 kosong dgn saya...you can do it now!!. Add me dlm facebook SembangDobi dan we chat in there from 10am - 5 pm everyday (kecuali Sabtu n Ahad n public holiday n masa akak ada kursus)

Daa...

TAMAT....

Alhamdullillah...tamat sudah kursus dobi bagi tahun 2010. And Alhamdullillah juga ini merupakan tahun ke 3 saya menganjurkan kursus praktikal dobi ini. I was over the moon with the achievement (xde org nk puji kena la puji sendiri). Banyak yang diharungi baik dan buruk, chantekz dan huduh but am still in 1 piece.

Dan 2010 was a great year for Laila Mukhtar Management, saya diberi peluang untuk membantu beberapa usahawan (kengkawan sendiri je la) utk membantu mereka menceburi dunia perniagaan. Selain membuka dobi untuk client LMM, akak membizikan diri tolong kengkawan set-up restoran, set-up butik online, set-up management office service, buat marketing strategy utk local/bumi product (tak sia-sia akak bayar pakej astro rm50 hengget sebulan untuk curi idea org luar berniaga untuk dipraktikkan). Walau apapun 1 saja nasihat mak...business x mudah, tp jangan mengaku kalah.

Sebenarnye banyak cerita yg hendak diceritakan tp takde idea mcm mana nak susun ayat. Tp utk setakat ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan keparcayaan yang diberikan kepada Laila Mukhtar Management. Inshaallah selagi saya terdaya saya akan cuba membantu bakal usahawan yg berminat utk menceburi dunia perniagaan ini. Nnt akak sambung ek....