Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, February 18, 2009

SEMBANG DOBI-HMMMM....SIRI 2

Hari ni mak nak citer pasal 1 kejadian. Mak sudah antar baju, baju sudah rosak, mak belasah pekerja dgn tokey sekali (belasah mulut je la. I tak tengking tapi suara I tegas la…sapa yang pernah kursus dgn I tau la kot). Itu pekerja sudah nangis dan tokey dia sudah takut.

Selalunya bila antar baju kat kedai dobi, yang untuk cuci biasa I akan asingkan sendiri mengikut warna cerah dan gelap, pastu I asingkan yang mana turun kaler. Untuk yang dry clean/aqua pun I asingkan. Nak senangkan pekerja tu nanti.
Lastweek I antar 2 bundut, 1 untuk cuci biasa. Dalam bundut tu adalah bundut-bundut kecik yang dh diasingkan mengikut ketereran I. Pastu lagi 1 untuk aqua wash termasuk 2 baju india yang I asingkan untuk hantar tempat lain sebab kedai tu tak de dry clean.

Masa antar tu pekerja baru, Bangladeshi ambil baju I. I told him…’baju ni jangan campur sebab turun kaler….ok kak’, I tengok dia selongkar baju tu semua pastu campurkan. I cakap lagi ‘baju tu turun kaler, jangan campur….saya tau la kakak, ini kerja saya’. Pastu tokey dia keluar tgk (sebab I banyak cakap kot). Abis semua tu, dia check pulak baju untuk basuh aqua. Masa dia kira baju, I mintak 2 baju india yang ada dalam bundut tu and the tokey ask me ‘tak nak basuh ke?’ . I cakap ‘nak buat dry clean sebab turun kaler’. Lagi pun I tau fabrik tu tak boleh kena air. But the tokey kata dia boleh basuh. Dia kata jangan risau sebab chemical yang dia guna bukan local, its from XXX country, kalau local lain…katanya and dia bla…bla..bla…lagi la pasal barang-barang dalan kedai dia. Ok la (Mak ok je…baju aku rosak ko siap…overseas marikan). So semalam I pi ambik baju tu. Pekerja pompuan and driver (driver ni jiran I). I check semua baju sebelum keluar kedai. 2 t-shirt putih I dah jadi..nak kata putih tak putih, nak kata kelabu tak kelabu but I tau ada yang tak kena. I ask the worker...apasal nie…TAK TAU. Ko giler ke ape??? (terkeluar ayat power). The tokey came out to check what happen. I told her what happen. She told me that kalau cuci biasa tak de special treatment sebab charge pun murah…per kilo. I told her I know, sebab tu masa hantar I dah asingkan warna cerah dan gelap, pastu I asingkan yang mana turun kaler, aku ajar orang pasal kedai dobi, pasal semua proses...u think I don’t know what am talking about?? (bukan nak kata pandai sangat la but I dah buat ape yang patut sebab tak nak kasi I kene darah tinggi). Muka tokey sudah berubah takut, muka I tak payah cakap la kan. Lepas tu I check baju yang antar untuk aqua. Dia perasan I tengok lama baju india I, baru dia bersuara…kaler turun sikit. Sikit?? r you colour blind or wat?? (seriously I tak tau macam mana nak explain kat you all ape jadi kat baju tu). Lama I dia termenung. Pastu driver tu tarik tangan i….’tak pe ko balik dulu nanti abang settlekan. Nanti apa-apa abang cakap kat bapak ko’. I terus ambik beg n keluar, tak cakap apa. I tinggalkan semua baju tu kat situ. Sampai umah I told my mum mulai hari ni jangan gosok baju, hantar kat kedai tu suruh dorang gosok for 1 year for free and if they refuse, let me know.

Wednesday, February 11, 2009

SEMBANG DOBI-HMMM….

Sejak menjadi consultant untuk perniagaan dobi ni macam-macam yg saya kena. Antaranya pasal budjet nak bukak kedai dobi. Dan untuk ke sekian kalinya saya nak beritahu bahawa kos projek tu adalah anggaran dan saya dah masukkan modal pusingan untuk tempoh 2 bulan.

Sorang ni tanya budget dia hanya RM12 ribu cukup ke nak buka kedai dobi. Saya tak cakap tak boleh, tapi saya tak galakkan. Pastu dia jawab kos you tinggi sebab you kat kl, I kat klang. Hmmmm…..

Yang lagi sorang ni lebih kurang la soalan dia. I jawab benda yang sama. Dia jawab…Cik Laila mana tahu, Cik Laila sendiri tak de kedai dobi. Eh…eh….Mahsuri mana kau??.. macam mana nak jawab soalan-soalan macam nie? Tolong skit.

Apa-apa pun 1 je saya nak cakap…PESAINGAN SEMAKIN BANYAK DAN PELANGGAN SEMAKIN BIJAK…RENUNG-RENUNGKAN LAH.

regards

Tuesday, February 3, 2009

SEMBANG DOBI-SEDIHNYA....

Time takde kerja kat office, tangan gatal browsing internet. Terkejut bila terbaca ada yg cakap benda yg tak betul terutamanya pasal DR CLEAN (indirect way). Ada yang tulis tak faham kenapa modal kedai dobi sampai RM90 ribu (biasa) dan RM250 ribu (dobi cucian kering). Sedangkan dorang boleh buka hanya dengan RM20 ribu ke tak sampai RM100 ribu ini dah termasuk renovation, mesin dan peralatan. Tapi tengok la dengan apa yang you all dapat dengan harga tersebut.

Salah seorang peserta saya yang baru lepas. Buat set-up sendiri tanpa menggunakan apa-apa jenama. Bila saya tanya berapa cost dah pakai. Dia jawab hampir RM150 ribu. Itu tak termasuk modal pusingan bagi 3 bulan (sebab saya ada menyentuh pasal modal pusingan). Bagi saya penting ada modal yang cukup sebelum memulakan sebarang perniagaan.

Macam saya, masa saya buat business restaurant buat anggaran sendiri renovation dalam RM50 ribu, beli pinggan mangkuk, sudu, periuk belanga semua tu dalam RM10 ribu, kerusi meja itu ini RM30 ribu, pastu extra RM10 kalau nak pakai kelak. Konon dalam RM100 ribu dah cukup. Dan masa tu betul-betul tak terpikir pasal modal pusingan. Tapi bila dah start renovation, yang dianggarkan RM50 ribu tu jadi dekat RM80 ribu. Utensil je dekat RM15 ribu. Beli kerusi meja pun sikit sikit terpaksa budget. Nak buat fylers/advertisement pun tak cukup duit. Pastu pening nak bayar sewa tiap bulan (bukan murah sebulan RM7 ribu). Tapi terpaksa buka juga sebab dah belanja banyak sangat. Itu baru pasal duit belum lagi pasal pekerja. Pekerja kadang-kadang tak datang kena turun padang. Pasar Chow Kit and Tesco Mutiara Damansara memang tempat yang perlu pergi setiap 2 hari. Tak cukup pekerja kena turun ambil order, hantar makanan, jadi cahsier at the same time dan macam-macam la. Pengalaman tak de. Buka restaurant sebab orang cakap kat KL business makanan paling senang sebab orang suka lepak. 6 bulan business dah jalan. Semputnya tuhan saja yang tahu. Breakdown tak payah cakap la. Sekejap-sekejap menangis sebab tak de tempat nak tuju dan tak de tempat nak mengadu.

Last-last tak tahan saya tarik diri. Kerja balik dengan my bos En Zul. Dengan my boss, saya cakap saya nak buat kursus dobi, tapi saya nak buat latihan praktikal (teori boleh citer bila break makan or hari sabtu yang setengah hari tu) sebab tak nak orang lain jadi macam saya. Ingat senang. Tengok memang senang, tapi bila dah kena buat sendiri baru tau senang atau tidak. My boss advise kalau nak buat boleh, tapi buat betul-betul, guide peserta secukupnya. Bukan setakat praktikal je bagi tau yang sebetulnya bila nak buka dobi (8 tahun dibawah Dr Clean, inshaallah saya akan cuba). Sampai sekarang walaupun saya sorang yang buat kursus ni tapi dia still tanya berapa ramai peserta, nota semua dah siap ke? Makan minum peserta macam mana? (hes a very details person).

Sebab tu bila orang tanya berapa modal kalau nak buat dobi? saya cakap je RM90 ribu ke RM250 ribu semua macam terkejut. But bila saya explain breakdown baru nampak apa yang saya cuba sampaikan. Bagi saya perniagaan dobi 1 perniagaan yang berdaya saing, persaingan semakin banyak dan pelanggan semakin bijak. Dan kita kalau berniaga bukan untuk setahun dua, kalau boleh selamanya (kalau kata tuhan nak bagi saya 1 guni duit kertas RM1000…rasanya kali nie saya nak buat business dobi dulu pastu baru pikir pasal business lain). Penting untuk ada modal secukupnya apabila nak mula perniagaan ni.

Dah explain pasal modal, orang tanya pulak kenapa mesin yang saya jual mahal dari harga mesin lain. 1 je contoh saya bagitau. Sama macam kalau kita beli baju contohnya British India (sebab saya pernah ada butik menjual baju-baju daripada india). Cost untuk baju sebenarnya tak lah berapa mahal tapi kita membayar kepada jenama. Sama juga kalau orang nak buka Dr Clean Concept Shop. Kita membayar kepada jenama Dr Clean (tapi bila saya compare balik modal yang telah digunakan oleh peserta saya yang betul-betul serious dengan dobi ni, lebih kurang macam nak set-up Dr Clean).

Sama juga pasal fee kursus saya. Kenapa Cik Laila charge sampai RM600, tempat lain RM250 je.

1) Saya tak bawa melawat kedai dobi, tapi kursus saya akan dibuat dikedai dobi.

2) Saya tidak hanya teori tetapi saya lebih kepada praktikal

3) Kursus yang dijalankan mengunakan sistem Dr Clean Concept Shop (jangan risau peserta takkan ikat contract dgn Dr Clean kalau mengikuti kursus ini, melainkan ingin membuka kedai dobi dibawah jenama Dr Clean)

4) Nota yang saya bagi bukan main-main. 4 peserta saya tahun lepas dah ambil kursus kat tempat lain bila tengok nota yang saya beri dan folder yang saya kasi mereka cakap lengkap (bukan nak bangga diri, saya ambil duit orang, saya tak nak orang umpat saya cakap kursus tah apa-apa…so far alhamdullillah).

5) Saya tak bercerita hanya pasal operasi tetapi saya merangkumi semua. Pentadbiran am dan juga perakaunan.

Tu je ah nak citer….