Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Sunday, March 27, 2011

KITA YANG MENENTUKAN TURUN NAIK SYARIKAT KITA.

Saya terpanggil utk menceritakan mengenai cerita ini bila saya berjumpa dgn seorang peserta kursus saya Ahad lepas. Basicly it will be the same story dengan cerita sebelumnya. Kak Leha (frm Senawang) berjumpa utk meminta tolong pasal nak ambil loan. Bila jumpa tu kami berborak-borak la pasal business dia. She got 2 business. 1 Laundry dan 1 butik tudung. She worried about her business. Biasa la bila kita dah labur duit dan ianya tidak seperti yang dirancangkan...memang kita risau.
.
We talk about kenapa dia nak ambil loan dulu. The laundry abit ok compare kedai tudung. So income utk laundry digunakan utk menampung business tudung. I believe in 1 thing. Bila kita start 2 3 business, smp 1 tahap setiap business perlu contribute income. Actualy this problem saya tempuh semasa saya buat business restoran dengan my cousin in 2009 rasanya. Saya buat kursus dan duit kursus nak digunakan untuk support business restoran. Mula2 ok, tp kalau dh berbulan2 asyik buat benda yg sama, tampung and tampung. Tu pun selalu tak cukup. Royan la.
.
Utk business tudung bagi saya ianya jatuh bawah fesyen. I have this problem too. Saya pernah mempunyai butik dlm tahun 2004 di Ampang Park Shopping Centre. Butik ni sesuatu yang agak susah sbb kita kena selalu keep-up dengan trend. Dan selera manusia memang susah nak ikut. Kita jual baju (atau tudung la katakan) warna hitam bunga merah, nanti ada customer datang kata "i nak yang bunga pink"..boleh?. Nnt kita jual yang ada diamond banyak, mereka nak yg diamond 4 5 butir. Pening kepala nak pikir. Dan cara pemasaran yg terbaik pula kita sendiri yg kena pakai apa yg kita jual. Kira kita macam model bergerak la. I still remember masa ada butik dulu kat Ampang Park. Masa tu trend caftan tgh hangat dipasaran. So my butik jual caftan tapi lain dari yg lain. And myself sendiri pakai caftan (but ofcoz bukan yg jual kat kedai la sbb x saiz utk saya...ahakz). This 1 lady datang out of no where, masuk kedai tanya saya "where did you get this caftan". Ofcz saya promote butik saya la. Bila dia look around then dia padang saya balik "I want the one you are wearing". Bila saya ckp this is different, ni utk personal use. She just walk out. I told my staff, "Sebanyak-banyak kaftan kat kedai ni, yg kat badan ni juga la korang nak kan". At last tutup sebab stok terlalu banyak dan problem dgn partnership. The same thing happen dgn Kak Leha, partnership lari (biasa la bila tgh susahkan...semua lari...akak keciwa...akak keciwa)
.
The only advice i give her in this matter is stop being dealer sbb dealer u kena beli certain amount every month. In this case bukan ratusan tapi ribu. Ribu bukan 10 20 30 helai tudung, tp rasanya berhelai-helai. Cari alternative lain. Di KL Jln Masjid India banyak wholeseller, lagi murah dan cantik. And ayat biasa saya be creative. Sekarang memang banyak orang jual tudung. Pesaingan memang banyak so you have to be creative. Mix n Match kan tudung tu dengan kain ela. Jadikan sepasang. Bila buat macam ni kita dah jimatkan masa customer. This work on 1 of my friend sister so no harm to try. Betul tak??
.
Lepas tu borak pasal the laundry. Sales ada tapi tak berapa bagus. Saya tanya ada buat marketing tak? Tak de. Kenapa? Entah la. Mana boleh entah la. Masa datang kursus banyak yang saya bagi untuk buat marketing. Kalau kata walk-in tak ramai. Kita kena keluar cari business. Shes like lost. Memang saya faham dan saya dah cakap dengan semua peserta. Bila sale kita tak seperti yang kita harapkan dan apa yang dirancangkan tak menjadi seperti yang kita inginkan. Kepala kita stop, tak boleh berfikir. She said dia nak tambah mesin. Saya cakap buat marketing dulu lepas tu baru tambah mesin ikut keperluan. So saya bagi idea. Pergi Tesco atau kawasan yang sibuk. Carik tempat untuk buka kaunter shj dan beberapa idea yg lain. Business ni kalau customer tak boleh cari kita, kita perlu keluar cari customer. Jangan duduk and do nothing about it. Kita dah keluarkan duit sebagai modal dan ianya bukan sedikit. So kena keluar cari business utk tarik balik duit yang dh keluar tu. And marketing is the only way to get our money back. Dan service perlu jaga supaya pelanggan tak lari kerana sekarang ni kedai dobi is very where. Service line is a good business but not easy to maintain (ni berpesan utk diri saya juga). Dan walau apa cara sekali pun jangan mudah putus asa. Dugaan memang banyak dan ianya lumrah. Bukan senang utk menjadi senang. Kita perlu keluar keringat lebih skit. Tapi bukan sia-sia pun sbb at the end of the day hasil tu semua adalah milik kita.
.
Lagi 1 saya nak tegur skit pasal company account. Bak account. Setiap kali bila kita berniaga, perlu ada company account. Apa yg jadi dgn skg, Kak Leha nak ambil loan utk jumlah XX tp bank hanya boleh beri dgn jumlah XX. Alasan sbb statement tak cukup kuat. Sales semau simpan bila nak buat payment pakai cash yg tak dibank-in tu. Tk boleh. Pentingnya bank statement tu sbb nak tunjukkan active nyah company kita. Kena la buat proper. Bank ada duit nak bagi loan kat usahawan, tp kalau asas pun kita tak boleh nk sediakan utk bagi ke bank...macam mana tu. Betul tak. Sbb tubusiness ni ASAS kena jaga.
.
W'salam.

*Disini saya ingin mengambil kesempatan utk memohon maaf. Macam saya cakap service line is not easy. Termasukla consultant line. I have not call or keep in touch with my client and participant for a long long time. Dan skg bila saya call, tak jawab panggilan saya. Saya hantar sms pun tak reply. Saya tahu saya salah for not keep-in touch. Macam orang lain yang berniaga juga. Ada masa ok dan ada masa tak ok. Dan tahun lepas saya tak berapa ok. When my business tak ok, my mind pun tak ok. But now i try to keep up my work style balik. I know this is important for me. jadi saya minta maaf kepada semua.
.