Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Tuesday, January 18, 2011

Selesai sudah kursus sehari yang dianjurkan. Ini merupakan tahun pertama saya menganjurkan kursus sehari. Risau la juga sebab takut tak sempat nak ajarkan semua. But alhamdullillah its still cover everything. Cuma peserta penat sebab this time around peserta mengambil bahagian. Saya hanya cakap sekali shj. Saya kata sesi praktikal make sure buat semua benda, tak payah tunggu saya suruh sebab saya dah terangkan perjalanan operasi macam mana. Mula start mengosok, dengar loceng bunyik terus letak iron dan layan pelanggan tanpa saya arahkan. Sambung gosok balik, bila mesin washer stop, terus keluarkan baju dari washer, masukkan ke dryer dan sambung gosok tanpa arahan. Bila akhir saya tanya senang ke business dobi ni?..."boleh pengsan macam ni kalau takde pekerja cik laila". Like i said kursus saya tak pernah senang sebab apa yang akan dibuat semasa kursus adalah perkara sebenar yang akan dibuat bila buka kedai nanti....:-D