Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Sunday, October 17, 2010

BENGKEL KEMAHIRAN DOBI, SINTOK KEDAH

Inshaallah saya akan berada di Sintok, Kedah pada 29 - 31 Okt 2010 sebagai tenaga pengajar bagi Bengkel Kemahiran Dobi anjuran Uniutama Management Sdn Bhd. Kursus yang diadakan pada kali ini agak berbeza dari 2 kursus sebelumnya. Jika 2 kursus sebelumnya kita adakan kursus pada hari biasa (cuti semesta UUM) jadi nak buat praktikal agak susah kerana kurang pelanggan. Tetapi pada kali ini saya telah meminta pihak Uniutama Managemant mengadakan kursus ini pada minggu yang sama dengan graduation day UUM.
.
Kelebihan menghadiri bengkel kemahiran dobi pada kali ini peserta akan mengambil bahagian didalam semua proses bagi dobi runcit dan dobi komersial. Latihan praktikal bagi dobi runcit dan dobi komersial. Dan untuk pertama kalinya saya kali ini akan dibantu oleh seorang sahabat yang mempunyai kemahiran dan pengalaman didalam dobi komersial. Kira bagi mereka yang menghadiri kursus pada kali ini akan mendapat tunjuk ajar didalam kedua-dua jenis cabang perniagaan dobi ini.
.
Mungkin ramai yang akan berkata...mahalnya kursus di Sintok ni. Sebenarnya apa yang diberikan semasa hari kursus, tidak kira di Sintok tetapi disemua kursus anjuran LMM, kami memberikan lebih daripada apa yang dibayar. Saya akan pastikan setiap ringgt ang dibayar kepada kami setiap kali mengadakan kursus berbaloi kepada semua peserta kursus. Dan Alhamdullilah selepas hampir 3 tahun menjalankan kursus ini kami masih lagi mendapat feedback yang memuaskan daripada peserta...alhamdullilah.
.
Kepada yang berminat untuk menghadiri kursus yang diajurkan sila hubungi Uniutama Management Sdn Bhd dan bercakap dengan En Ehsan ditalian 017-5407707.
Inshaallah kami (saya dan rakan pengajar) akan cuba memberikan yang terbaik...
.