Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Thursday, January 7, 2010

Pikir-pikirkan lah

Malam semalam saya dapat 1 call. This 1 lady baru buka kedai dobi di kawasan KL (tak ingat kat mana).Dia buka dobi tetapi masih juga bekerja so dia ambil ada seorang pekerja untuk bantu dia di kedai. Kedai tutup 1 january sebab new and sampai laaaa ni pekerja dia tak datang dah. Dia minta bantuan saya. Bila saya suggestkan datang kursus dia kata mahal (ok la paham). Then she told me pelanggan datang komplen pasal seluar kilat. So I said kesan iron mark la tu. Tak tau. Pastu ada 2 3 pelanggan komple kata baju hilang and tertukar. Dia tak tau macam mana boleh jadi macam tu. Saya pulak nak explain thru the phone bukan senang. Saya nak explain memang senang sebab saya paham, tapi yang mendengar tu tak tengok so susah la nak paham.

And ni la yang saya nak cakap dengan bakal usahawan atau usahawan baru…JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN PEKERJA. Pekerja ni lain. Seelok-eloknya usahawan sendiri kena tau selok belok perjalanan perniagaan ini. Pekerja bila dah terer mula la tunjuk perangai. Minta naik gaji la. Kalau tak naikkan gaji nak berhenti. Kalau pkerja berhenti means what? Business tak boleh jalan ke? In service line tak boleh macam tu. Pelanggan pedulik hape kalau pekerja takde. Yang mereka tau baju mereka siap. Dan kita sebagai pengusaha pula?. This is all about our image la.

Kita bila berniaga. Kita laburkan sejumlah wang. Nak carik pelanggan memang senang. But nak maintain ape yang ada tu yang kureeeng senang. Sekali imej dah tercalar…susah la orang nak datang lagi. Kalau tak datang tak pe tapi kalau bercerita dengan orang lain macam mana?..

Pikir-pikirkan lah