Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, November 11, 2009

SOALAN YANG SERING DITANYA...ANGGUK2 GELENG2

‘kalau ada RM15K @ RM30K boleh buka dobi tak?. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Memang tidak disangkal terdapat segelintir syarikat yang menawarkan pakej yang mampu dimiliki oleh bakal usahawan yang berminat. 1st thing nak ingatkan jangan terlalu taksub dengan pakej yang ditawarkan. Memang betul murah. Pakejnya murah. Tetapi apabila sudah beroperasi? Ini adalah perkara yang paling penting yang sering bakal usahawan yang terlalu ghairah untuk memiliki perniagaan sendiri….MODAL PUSINGAN @ WORKING CAPITAL.

Dan kebanyakkan juga hanya melihat dari segi mesin dan peralatan. Bagaimana dengan pemasaran? Apa jenis advertising yang nak kena buat? Waktu bila sesuai untuk buat advertising ni? Semua tu perlu diambil kira.

Nak buka dobi ni memang senang. Cari kedai, beli mesin dah boleh buka kedai. Tetapi nak maintain perniagaan tu yang penting. Dalam tempoh 3 4 bulan pertama memang perit, kalau tak plan betul-betul.

Walaupun dalam kursus saya, saya selalu tekankan dalam semua perkara. Tetapi ada juga yang tidak mempaktikkan apa yang diberitahu. Ada peserta yang call saya kata ada orang nak jual kedai dobi pada harga RM35K. Bila saya suruh buat research dalam semua aspek yang telah diberitahu dia jawab ‘tak boleh Cik Laila sebab dah ada ramai orang yang nak kedai tu. Saya pun memang ada budget banyak tu je. Nak beli yang lain tak mampu seab mahal’. Saya cakap apa?. Orang kalau nak jual business ni macam-macam dia akan cakap ‘kalau you tak nak saya ada 10 buyers yang tunggu’ pada hal sorang pun tak heran kot. Adalah 2 3 kali saya call, bagitau kedai tu ada masaalah sebenarnya. Saya nak cakap banyak tak guna sebab dah beli, yang boleh saya advise cuba perbetulkan masaalahnya. Itu saja. Kalau sesiapa yang rajin google business untuk dijual atau baca majalan business for sale, perniagaan dobi kecil-kecil ini lah yang selalu ada masaalah.

Business ni memang bagus, tetapi tahun pertama selalunya kureeeeeeeng bagus sebab kita kena kerja kuat. Saya yang dah nmasuk tahun ke-2 ni pun tak habis-habis buat marketing.

Kita bekerja siang, malam, pagi, petang bertahun-tahun. Siap kena marah dengan boss nak kumpul RM20K tu. Tapi kalau nak hilang. Besok bangun pagi pun duit tu boleh hilang.

Sebab tu saya selalu advise datang kursus. I give you guys all the bullets in this business. And when to use it and how to use it…terpulang kepada bakal usahawan.

One more thing business ni persediaan bukan hanya dari segi modal, pengetahuan tetapi juga dari segi emosi. Ok part yang ni saya memang terer…hahahah. Biasa la pompuan. Kang terpeleot skit…2 3 hari tak buka email….kuwangkuwangkuwang…


Oklah bye