Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, November 11, 2009

AGAIN??!

‘Kenapa kursus ni mahal sangat Cik Laila…’ (mana si Mahsuri ni? Dia yang suka jawab soalan ni untuk saya).

Boleh kalau nak saya buat macam syarikat lain. Charge orang RM300-RM400. Lepas tu bercerita je pasal dobi ni. Lepas tu kalau peserta nak buat praktikal saya charge RM2500-RM3000. But its against my principle. Tapi kalau syarikat lain buat and nak saya bercakap…saya ok je. But untuk Laila Mukhtar Management sendiri, saya hanya buat kursus yang saya rasakan penting dan perlu sahaja. Macam kursus praktikal 2 ½ hari dan yang terbaru kursus penulisan kertas kerja dan pengiraan harga tender.

Sebab bercerita pasal dobi ni saya cover ½ hari sahaja iaitu masa hari terakhir kursus. Tu pun tak sampai 2 jam pun. Semua saya sapu bersih bermula dari macam mana nak tubuh syarikat, nak pilih lokasi macam mana, nak bagi perkhidmatan macam mana, nak beli mesin macam mana, macam mana nak kembangkan lagi perniagaan, sampai akaun dan pentadbiran am. Semua saya cover.

And think about this…

1) Semasa kursus saya tekankan aspek pemasaran. How to do it and where to get it. Saya bagi ideas dan beberapa contoh flyers.

Saya management co’. saya buat akaun syarikat pelanggan dan pentadbiran. Ok

2) Dalam bentuk cd, saya beri asas perakaunan untuk kegunaan peserta. Akaun ni penting sebab dari situ kita perlu lihat dari mana datangnya duit dan kemana perginya duit syarikat. Perbelanjaan yang tidak perlu boleh diambil tindakkan segera (cut cost). Ada yang kata ‘Cik Laila saya akaun tak terer’. Saya tak suruh jadi akauntan pun. Ini Cuma untuk rekod kita. Dan sekiranya nak buat pinjaman bank. Akaun dah ada. Saya caj pelanggan saya (yg bukan business dobi) RM300 (my charges kira murah berbanding harga pasaran) sebulan, hanya untuk up-date account. But untuk peserta kursus saya bagi free.

3) Dalam bentuk cd, saya beri contoh corporate profile (kena up-date detail bakal usahawan sahaja nanti. Just to give you some ideas). Corp profile ni kita gunakan bila nak approach sector koperat. Takkan kita nak bagi sekeping surat je, mesti mereka nak tau syarikat kita macam mana. Even nak minta loan bank pun dia minta corp profile. Saya caj pelanggan saya (yg bukan business dobi) RM500 untuk art-work dan 5 salinan percuma (my charges kira murah berbanding harga pasaran). Dan salinan yang berikutnya RM100 untuk satu salinan. But untuk peserta kursus saya bagi free.

4) Dalam bentuk cd, saya beri contoh kertas kerja rancangan perniagaan dobi. Yang ni terus terang saya katakana saya tak jual dan saya tak bagi free pada semua orang kecuali peserta kursus saya. Ada peserta yang dapat kertas kerja ni termasuk dan kawan saya hairan macam mana saya boleh bagi free sebab dah lengkap. Anak buah saya dan seorang kawan (yang saya kenal sahaja) buat assignment mengenai kertas kerja pensyarah sampai tanya ‘betul ke nak buka dobi ni’. Kertas kerja ni penting sebab kalau ni appoint orang lain untuk buat loan (ni terjadi pada saya sendiri semasa saya buat business retauran). Consultant charge saya berapa?? Kalau loan approve (gerenti approve) loan RM50K. Saya dapat RM30K dan mereka ambil RM20K…tak ke gila namanya. Jadi saya bagi kepada peseta untuk guna sebaik mungkin. Tak payah nak bayar orang la. Buat sendiri lagi senang.

5) Saya beri manual operasi untuk kegunaan bakal usahawan kelak.

6) Sijil penyertaan

Itu ceritanya….

Untuk kertas kerja yang complete tu, sebenarnya bukan saya yang buat…hahahah…tu adalah hasil kerja bos saya Encik Zulkiffli Mohd radzi. Dia lah yang bertungkus lumus buat working paper tu. Tugas saya hanya la…’bos safe dalam pen drive i’ dan saya yang dapat nama!...tak bagus…tak bagus. Bos saya ni best, bagi dia akaun dia akan ajar betul-betul sampai faham. Saya??? Tak boleh…tak boleh nanti beruban rambut saya bile buat akaun yang details sangat ni….ok bye.