Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Thursday, November 19, 2009

CAM MANA NAK BASUH COMFORTER

Dah banyak yang email tanya nak basuh comforter ni macam mana. Termasuk la 2 3 peserta saya (peserta saya tuh).

Comforter ni kalau nak basuh, digalakkan basuh seelok-eloknya sebelum tutup kedai. Bila dah habis basuh, sidai dulu kat mobile rack untuk semalaman. Besok bila buka kedai, jemur dulu kat matahari. Bila dah nak kering-kering sikit baru masukkan dalam dryer. Panaskan untuk tempoh 5 ke 10min.

Comforter ni tebal. Kita tak boleh terus masuk dryer sebab nanti proses pengeringan dia lama dan kita sebagai pengusaha akan rugi dari segi penggunaan gas.

Lagi satu bila dryer tu dah stop (bunyi ke'te'k) terus bawak keluar dari dryer sebab dryer ni walaupun dia berenti, bahang panas tu masih terdapat dalam dryer n kalau kita tak keluarkan takut dia boleh mengecutkan fabrik dalam comforter tu.

Bila dah keluarkan dari dryer biarkan dulu hingga sejuk baru lipat dan bungkus. Kalau lipat time suam-suam kuku tu nanti dia boleh tumbuh kuku (hehehe...) no la. Kalau keluar dryer terus lipat n bungkus masa panas nanti plastik tu berwap dan comforter tu jadi lembab.

ok bye2