Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, July 1, 2009

STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) BAGI PERNIAGAAN DOBI

Standard Operation Procedure (SOP) adalah panduan penting bagi setiap organisasi bagi memastikan kelancaran perjalanan sebuah syarikat atau perniagaan. Tidak terkecuali dengan perniagaan dobi. Mempunyai sistem yang berkesan akan dapat mengurangkan perbelanjaan dari segi kos operasi mahupun tenaga kerja. Disini Laila Mukhtar Management telah mengeluarkan 1 standard operasi yang boleh digunapakai oleh bakal usahawan sebagai panduan. SOP ini akan diberikan kepada peserta yang menghadiri kursus anjuran pihak kami.

Ada yang bertanya jumlah pekerja yang diperlukan bagi sebuah kedai dobi. Dan dari pengalaman saya selama 8 tahun sebagai ketua operasi disalah sebuah kedai dobi di Kuala Lumpur, dengan purata RM30,000 jualan bagi sebulan, saya hanya mempunyai 2 orang pekerja am dan seorang supervisor.

Dan ada juga peserta yang mengatakan tanpa sistem yang diberikan semasa hari kursus, segala hasil jualan berkemungkinan akan digunakan untuk membayar gantirugi kepada pelanggan.
Banyak perkara akan dibincangkan semasa hari kursus. Kepada yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan ini, digalakkan menghadiri kursus yang ditawarkan.