Hampir 2 tahun menjadi consultant bagi industri ini. Rata-rata yang menelefon saya adalah mereka;
1) yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan ini,
2) mereka yang ingin mengumpul maklumat dan ingin tahu mengenai dunia perniagaan ini (saya faham kerana ingin menceburi dunia perniagaan ini, sejumlah modal diperlukan dan mendapat maklumat yang secukupnya adalah penting).
Tidak kurang juga yang bermasaalah seperti;
1) Mesin dah beli tapi tak begitu arif tentang pengendalian
2) Jualan tak bagus,
3) Kecewa sebab beli mesinyang salah,
4) Bila berdepan dengan pelanggan,
5) Baju hilang, luntur & baju rosak
6) Tenaga pekerja
7) Urusan dengan bank (pinjaman dan pembukaan akaun)
Kini Laila Mukhtar Management sedang mengumpul maklumat bagi mereka yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan dobi ini. Kami didalam perancangan menjelajah negeri (peringkat zon: Melaka, Kuantan, Ipoh dan Kuala Lumpur) didalam memberi penerangan kepada mereka yang berminat.
Perbincangan 1 hari ini akan menyentuh topik mengenai halatuju industri dobi, perkara asas yang perlu diketahui seperti pemilihan lokasi yang sesuai, pemilihan konsep yang boleh diguna pakai, pemilihan mesin dan peralatan yang sesuai, operasi harian, asas pemasaran, asas perakaunan dan pentadbiran am dan juga perbincangan am yang berkaitan.
Kursus akan diadakan selama 1 hari (hari sabtu) dan bayaran yang dikenakan adalah RM100.
Kepada yang berminat boleh beri nama penuh dan contact no di blog ini atau email kepada lailamukhtar.management@gmail.com atau sms nama penuh (cth SSSD nama penuh) ke 019-6190075. Kami ingin melihat sambutan yang diterima. Sekiranya ok, kami akan memaklumkan tarikh dan barulah bayaran boleh dibuat. InsyaAllah kami merancang untuk menjalankan kursus ini selepas hari raya.
So kawan-kawan war-warkan SEMBANG SANTAI SEMBANG DOBI!
WE WORK HARD & PLAY HARD TO HELP YOU!!