Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, July 1, 2009

PENGUMUMAN BAGI PESERTA KURSUS YANG TELAH MEMBUKA KEDAI DOBI

Disini saya ingin meminta kerjasama peserta yang pernah mengikuti kursus anjuran LMM dan telah membuka perniagaan ini untuk menghantar gambar permis perniagaan anda beRserta nama dan alamat kedai, no telefon kedai, jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan nama penuh pengusaha.

Apa yang akan berlaku ialah saya akan membuka 1 l blog bagi peserta yang telah membuka perniagaan ini. Dan sekiranya terdapat panggilan yang bertanya dimana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dobi di negeri/kawasan mereka. Saya akan minta mereka merujuk kepada blog tersebut. Saya juga akan menggunakan cara saya yang tersendiri untuk memasarkan perkhidmatan anda disektor koperat mahupun swasta. Emailkan gambar anda ke lailamukhtar.management@hotmail.com

Contoh gambar yang diperlukan, sila rujuk laman web tertera;
http://sembangdobi.blogspot.com/2009/05/kedai-dobi-ola-nz-laundry.html

Inshaallah saya juga berhasrat untuk menjadikan LMM sebagai platform bagi pengusaha kedai dobi berkenalan sesama kita dan bagi membincangkan masaalah-masaalah yang dihadapi sesama usahawan dengan menganjurkan perjumpaan bagi mereka yang berminat. Nantikan tarikhnya.