Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, July 1, 2009

GET READY TO GET BUSY GUYS!!

Bulan bz bagi pengusaha kedai dobi hampir tiba. Selalu saya beritahu kepada peserta bahawa bulan yang paling sibuk bagi kedai dobi bermula dari bulan penghujung Julai atau Ogos sehinggalah ke pertengahan bulan February. Kenapa? Sebab masa tu la bulan puasa, orang nak sambut raya, lepas tu depavali, lepas tu raya haji, lepas tu cuti sekolah (ramai orang kawin daa), lepas tu krismas, lepas tu cuti hujung tahun, lepas tu raya cina. Jadi gunakan kesempatan ini untuk membuat promosi untuk menarik pelanggan datang kekedai.

Time ini la pelanggan sibuk nak cuci langsir, cuci baju baru, cuci baju winter jacket, cuci songket, cuci karpet, cuci cadar katil, cuci sarung kusyen, cuci baju orang kawin. Silap-silap cuci travelling bag pun ada.

So make use of this period guys. Pasang banner/banting depan kedai (oh…jangan lupa minta lesen majlis perbandaran dulu tau, kang pasang petang sok pagi ilang). Ok?!!

All the best to all!!