Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Tuesday, July 14, 2009

FAHAMI LABEL BASUHAN ADALAH PENTING

Soalan diatas diajukan kepada saya didalam Malaysia Franchise Association;

Edz (ID=19872) - 22 Apr 2009, 1:07am
saya pengusaha dobi sudah 3 tahun...dan baru2 ini saya ada hantar baju pelanggan jenis kurang pasti mcm kain wedding..bersulam emas penuh...cara basuhan aqua cleaning tapi baju dan kain tersebut mengecut sebyk 2 inci...bagaimana tu?? dan pihak dobi tersebut tidak bertanggungjawab...bolehkah baju mengecut menggunakan aqua cleaning??


Edz (ID=19872) - 22 Apr 2009, 1:21am
adakah solvent aqua cleaning boleh terkena tangan jika cth handwash jika manik terlalu byk dan sensitif cth sari wed india dan apakah ianya dibilas air mcm detergent biasa? apakah perbezaan solvent aqua cleaning dgn detergent yg biasa digunakan..dan jika cucian biasa utk baju turun warna saya difahamkan terdepat detergent (sour) utk menghalang fabric dr turun warna...dimana boleh saya dapatkan kerna supplier saya tiada sour detergent tersebut..tq


Laila Mukhtar Management-0196190075 (ID=8062) - 14 Jul 2009, 10:24pm
Dalam erti kata lain SARI la tu. Ok pakaian/fabrik daripada India ni memang sensitive dan tidak boleh kena air langsung. Dan digalakkan membuat dry cleaning. Kalau dah jadi macam tu memang pengusaha perlu bertanggungjawab, kerana sebagai pengusaha kita perlu tahu jenis fabrik dan cara basuhan. Jika tidak pasti cara basuhan boleh tanya kepada pelanggan.


Laila Mukhtar Management-0196190075 (ID=8062) - 14 Jul 2009, 11:00pm
Disini Edz, dah confuse yea. Solvent dan aqua cleaning adalah 2 perkara yang berbeza. Solvent adalah chemical yang digunakan bagi dry cleaning. Basuhan tidak boleh dibuat secara manual kerana boleh menyebabkan kulit badan sakit dan berkemungkinan sukar bernafas kerana bau solvent tersebut terlalu kuat. Untuk aqua pula basuhan memerlukan 3 jenis bahan iaitu sabun dan softner yang khas untuk cucian aqua dan juga sejenis bahan yang dipanggil anticolor (kegunaannya adalah untuk mengelak dari warna turun). Seelok eloknya saya cadangkan bila pelanggan hantar pakaian periksa label basuhan dan ikut arah label basuhan.