Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Thursday, July 16, 2009

CARA EKSPRESS NIAGA DOBI

Saya tertarik dengan 1 artikal yang ditulis oleh saudara Haniff (juga merupkan salah seorang consultant bagi industry ini) didalam 1 forum berkenaan dengan pengambilalihan perniagaan dobi sediaada. More or less seperti apa yang selalu saya berikan kepada peserta kursus dobi saya. Dan ada juga peserta kursus dobi saya telah mengalami kes-kes seperti ini. Kepada mereka diluarsana yang berminat untuk mengambilalih perniagaan yang sediaada lakukan kajiselidik sebelum mengambilalih. Jadikan artikal dibawah ini sebagai panduan.

Beli DOBI - Cara Ekspress Niaga Dobi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

2 bulan lepas saya berjumpa dengan kompetitor dobi yang ingin menjual kedai dobinya. Agak terkejut juga bila kompetitor buat tawaran beli kedai dobinya yang selang satu kedai dari kedai dobi saya. Cuma bezanya sahabat saya tu berbangsa Cina dan sudah 3 tahun niaga dikedai tu.

Alasannya, tiada orang yang nak menguruskannya (Kedai diuruskan oleh sahabat saya dan makciknya) sebab makciknya kurang sihat. Tawarannya RM45,000.00 . Iaitu termasuk semua rak baju,almari, 2 dryer Model Elektrolux -30paun, 4 washer Model Toshiba 13kg, 1 steam iron model ITALY-tangki besar yang boleh tampung 2 steam iron sekali gus dan sewa kedainya sekali. Tapi melihat kepada kedai, saya lebih berminat dengan Dryer dan Steam ironnya sahaja. Anda tau berapa harga yang di tawarkan? RM30,000.00. Dipendekkan cerite, saya cakap saya pikir dulu.


Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum beli Dobi, walaupun ia cara ekspress untuk anda memulakan perniagaan dobi ni. Anda perlu kaji selidik beberapa perkara untuk memastikan kenapa perniagaan itu nak dijual.

1. Anda perlu ingat, setiap mesin atau peralatan mempunyai susut nilai tertentu.Contohnya 15% setahun,Ia sebenarnya akan menentukan harga logik jualan. Keadaan dan kualiti mesin juga amat penting untuk menentukan harga mesin - dah tentu ‘on running condition’.

2. Jumlah jualan yang dibuat. Anda boleh periksa dari rekod jualan, penggunaan air - bil air, bil elektrik, resit gas, resit belian sabun. Dari maklumat ini anda boleh buat anggaran jumlah basuhan yang dibuat dalam sehari, seminggu atau sebulan. Seterusnya berapa sales sebulan dan anggaran net profit yang diperolehi.

3. Pastikan baju,toto yang ade dikedai tu, milik pelanggan dan bukan milik tokey kedai yang sengaja diletak atur untuk buat-buat banyak baju.

4. Cubalah guna servis kedai tu, bagus ke tidak, busuk ke wangi, cepat ke lambat, hilang baju ke tidak.

5. Customers base berapa ramai. Cuba buat purata pelanggan sehari dari maklumat buku resit yang diberi.

6. Cuba buat anggaran kos tambahan yang anda perlu anda laburkan jika keadaan kedai tu perlu anda cantikkan atau tukar konsep. Contohnya nak kena beli mesin baru ke, atau tambah iron ke atau nak kena cat kedai atau buat kaunter baru ke….

7. BELI MESIN DAN PERNIAGAAN SAHAJA, BUKANNYA SYARIKAT. JADI TUKARLAH NAMA KEDAI. Bukan apa, takut nanti kedai tu ade berhutang dengan along,bank dan tuntutan dari pelanggan yang hilang baju.

Sebenarnya bukan mudah untuk beli kedai Dobi, kena selidik dulu, kite taknak nanti yang dibeli bukannya emas tapi kaca pada harga emas.