Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Friday, June 5, 2009

BUKAN SENANG NAK MENJADI SENANG

Baru-baru ni saya ke sebuah kedai dobi. Tuan punya kedai minta saya datang. Saya tanya la kenapa? Apa masaalah? Dia minta datang dulu nanti dia cerita. I told her straight I don’t do things for free. If she realy interested for my service, shes got to pay me (kena paham la duit minyak semua). 2 hari lepas tu baru dia call, minta tolong i. so I pergi kedai dia di Kuala Selangor. Sampai kat kedai dia, dia pun mula ceritakan masaalah dia. Dah 3 tahun buka kedai dobi business makin lama makin suram. Duit collection cukup-cukup bayar sewa. Kena tambah duit sendiri sikit sebab nak bayar gaji pekerja (pekerja ada 4 orang). Saya tanya la berapa sales sebulan? Apa promosi yang dia dah buat? Siapa client dia?. Dan dia kata kalau boleh nak jual je business ni tapi sayang dan kalau jual tak tau nak berniaga apa lagi.

Dari apa yang saya tengok, kedai dia complete dan ada banyak mesin. Ada 2 washer extractor 14 kg, 3 dryer (1 stack dryer and 2 tumble dryer) dan ada 3 penggosok, ada dry cleaning machine lagi. Dari segi customer pula hanya mengharapkan walk-in customer. Dan the last promotion yang dia buat masa buat pembukaan.

Kadang-kadang ramai yang ingat buat business ni senang. Buka kedai and tunggu pelanggan datang. Its not like that. Kena la cari business. Lagi 1 saya selalu cakap as an entrepreneur you must be creative. Tak boleh la lurus ikut buku sangat. Kalau nak ikut buku make sure buka zaman 21st century bukan zaman tok kadok punya buku.

Lagi 1 siapa yang pernah hadiri kursus saya mesti tau…akaun…akaun…akaun. Tak kira la co’ tu enterprise ke, sdn bhd ke. Kalau dah berniaga tu akaun penting. Tak payah nak congak-congak nak tau berapa sales sebulan. Business turun ke naik ke. Kalau ada proper akaun senang nak track record, semua kat hujung jari je. Kalau nak buat pinjaman bank senang, bila bank minta semua dokumen dah ada. Lagi satu kena ingat masa kita kerja dulu lain, sekarang bila dah ada company sendiri kena la jaga. Kebajikan pekerja.

Terus-terang saya bagitau, saya sendiri dah buat banyak silap dengan business nie. Takde proper akaun dan sebagainya sebab masa mula buat business ingat senang sebabnya saya seorang bekerja dan syarikat saya enterprise. Sekarang bila cadang nak buat business secara serius banyak benda yang kena saya betulkan dan ada yang kena bayar yang bukan sikit nilainya. Sebab tu semasa kursus banyak benda yang akan saya terangkan so semua yang hadir alert dengan keadaan yang berbeza bila kita berniaga sendiri dan bila kita bekerja dengan orang. Business sendiri ni bagus tapi untuk tahun pertama kita kena kerja kuat.

Tu je lah nak citer….wasallam.