Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Saturday, May 23, 2009

DR CLEAN TAWAU, SABAH

Dr Clean Tawau terletak di Hotspring Road bakal dibuka sepenuhnya pada bulan Jun 2009. Saya ke sana untuk melihat persiapan akhir sebelum pelancaran. Walaupun belum dibuka sepenuhnya Dr Clean ini telah mendapat kontrak hotel bagi cucian linen. Gambar di bawah adalah mesin asas yang terdapat di Dr Clean Tawau. Selama beberapa hari disana banyak perkara yang dilakukan diantaranya melatih pekerja terutamanya bagi proses akhir iaitu gosok. Saya turun kesana bersama pengasas rangkaian Dr Clean Concept Shop dimana beliau membuat programming bagi mesin cucian kering (dry cleaning). Saya akan turun kesana sekali lagi pada bulan Jun untuk melihat persiapan terkini sebelum pelancarannya. Banyak perkara yang perlu dibetulkan sebagai contoh kekurang mesin terutamannya bagi pengosok, dan sebagainya.

*Sorry tarikh pada gambar salah, tak reti nak setting le...