Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Sunday, April 26, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI SESSI 04/2009







Peserta yang mengikuti kursus Pengurusan Kedai Dobi siri 04/2009; Ridzuan Husin (KL), Halilah Mohd Shaili (Kajang), Wan Zaleha Wan Badaruddin (Kajang), Mashytah Roslan (Kajang), Farhan Fayummi Abdullah (Ipoh) Wan Sharifah Wan Ab Rahman (Selayang) dan Aini (Puchong).

Pada hari pertama kursus lebih kepada teori dimana penerangan diberikan mengenai susun atur kedai, pengenalan dan cara penjagaan pada mesin dan peralatan dan bahan habis guna. Selepas makan tengah hari peserta akan diserahkan ke tenaga pengajar. Di sini peserta diberi penerangan lanjut bermula dengan khidmat kaunter (cara berhadapan dengan pelanggan, melayani kerenah pelanggan dan menyelesaikan masaalah ketika berhadapan dengan pelanggan) Kemudia peserta akan dibawah ke bahagia oeprasi dimana penerangan mengenai proses pengasingan, label dan tagging akan diberi. Peserta juga akan diberi penerangan mengani proses basuhan dan proses penghabisan (gosok pada hari pertama)

Pada hari ke-2 semua peserta diwajibkan mengambil bahagian bagi kesemua proses yang telah ditunjukkan pada hari pertama. Disini sekiranya terdapat pelanggan dating ke kedai peserta akan dipanggil seorang demi sorang untuk melakukan proses tersebut bermula dari khidmat kaunter sehingga la ke proses gosok/pembungkusan

Hari ke-tiga ianya lebih kepada perbincangan dari segi pemilihan lokasi yang berseuaian, pemilihkan konsep yang boleh diguna pakai di Malaysia, pemilihan mesin dan peralatan yang sesuai, jenis perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan, kepada siapa perkhidmatan ini boleh ditawarkan dan lain-lain perbincangan yang boleh membantu bakal usahawan.

Tu je lah nak citer...BYE