Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Tuesday, January 27, 2009

SEMBANG DOBI-PENGASAS RANGKAIAN DR CLEAN CONCEPT SHOP




Berikut adalah serba sedikit mengenail EN Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas rangkaian ‘Dr Clean Concept Shop’

ZULKIFFLI MOHD RADZI
Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan pengkhususan di dalam bidang Kewangan (MBA Finance dari University of Hull, United Kingdom) dan mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam bidang pasaran kewangan. Disamping bertugas di beberapa institusi-institusi kewangan beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan di di syarikat-syarikat awam dan antarabangsa serta badan berkanun.

Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan pada tahun 1995 melalui pembukaan pusat dobi dan cucian kering di Kuala Lumpur selepas mendapat latihan secara formal dari International Fabricare Institute yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Penglibatan beliau di dalam bidang perniagaan merangkumi semua aspek-aspek perniagaan dobi dari cucian basah, cucian kering termasuk peruncitan dan komersil hingga ke bidang khidmat nasihat. Beliau telah di lantik sebagai mentor bagi Program PROSPER yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB) dan pakar–runding dan penceramah bagi kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) serta IPPT Johor. Hasil dari usahasama dengan PUNB, beliau telah mengasaskan rangkaian dobi dan cucian kering yang dinamakan Dr Clean yang berjumlah 38 pusat dobi dan cucian kering di seluruh Semenanjung Malaysia. Usaha-usaha tersebut telah dapat meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang dobi dan cucian kering yang dimonopoli oleh kaum Cina di Malaysia.

Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang dobi & cucian kering, peruncitan dan komersil, termasuk pemasaran serta aspek-aspek pengurusan perniagaan dapat dimanafaatkan dan menyumbang kearah melahirkan usahawan-usahawan baru dalam bidang dobi dan cucian kering khususnya dan peruncitan dan komersil amnya.

Kami sedang merangka satu kursus khas yang akan dikendalikan oleh En Zulkiffli. Beliau akan memberi penerangan secara lebih mendalam berkaitan dobi runcit dan dobi komersial. Seringkali dinyatakan kepada peserta kursus bahawa industri ini mempunyai cabang yang besar dan disini kami ingin membuka minda bakal usahawan didalam mengharungi erti perniagaan sebenar industri dobi tanah air.


cheers