Thursday, January 22, 2009

SEMBANG DOBI-MODAL PERMULAAN




Soalan pertama yang akan ditanya oleh semua ialah…berapa modal nak mulakan business dobi nie??. Bukan niat untuk mematikan semangat berniaga pada semua. Bagi saya dunia perniagaan ini semakin sengit dan pelanggan pula semakin bijak. They are willing to pay the price if the service is good, the place is nice and have that friendly environment. Dah tak boleh nak buka kedai dobi yang macam dulu-dulu lagi. Letak mesin 2 3 biji lepas tu letak 1 kaunter. Things have change extremely nowdays.

Sebenarnya modal bagi memulakan perniagaan ini bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan kepada pelanggan. Dan perniagaan dobi ini sendiri terbahagi kepada 2 cabang iaitu Dobi Runcit atau Dobi Komersial. Disini perbincangan berkenaan dengan modal permulaan adalah lebih kepada dobi runcit. So tarik nafas dalam-dalam…

Bagi dobi runcit cabang perniagaan terbahagi kepada 3 iaitu;
I) Dobi Biasa
II) Dobi Aqua
III) Dobi Cucian Kering @ Dry Cleaning

Dan berikut adalah anggaran kos projek bagi setiap cabang perniagaan;

Anggaran kos projek bagi perniagaan Dobi Biasa;
*Mesin dan Peralatan
RM50,000
Pengubahsuaian/Renovation
RM30,000
**Modal Pusingan
RM15,000
Jumlah Anggaran
RM95,000


*Anggaran bagi 2 washer, 2 dryer dan 2 set of iron.
**Modal pusingan bagi tempoh 3 bulan sekiranya tiada jualan (bayaran bagi sewa kedai, api/air, upah pekerja dan belian barangan habisguna)

Anggaran kos projek bagi Dobi Aqua;
*Mesin dan peralatan
RM95,900
Pengubahsuaian/Renovation
RM30,000
**Modal Pusingan
RM20,000
Jumlah Anggaran
RM145,900


*Anggaran bagi 1 washer, 1 aqua machine, 1 spotting table, 2 dryer and 2 set of iron.
**Modal pusingan bagi tempoh 3 bulan sekiranya tiada jualan (bayaran bagi sewa kedai, api/air, upah pekerja dan belian barangan habisguna)

Anggaran kos projek bagi Dobi Cucian Kering;
*Mesin dan Peralatan
RM160,000
Pengubahsuaian/Renovation
RM40,000
**Modal Pusingan
RM20,000
Jumlah Anggaran
RM220,000


*Anggaran bagi 2 washer, 2 dryer, 1 dry cleaning, 1 spotting and 2 set of iron.
**Modal pusingan bagi tempoh 3 bulan sekiranya tiada jualan (bayaran bagi sewa kedai, api/air, upah pekerja dan belian barangan habisguna)

(Rasanya ada yang dah berhenti bernafas sekejap nih..). Apapun ingat ini cuma anggaran. Mungkin ada diantara bakal usahawan boleh mendapat harga-harga tersebut pada kadar yang murah. Walau apapun lakukan kajian terlebih dahulu terutamanya bagi mesin dan peralatan sebelum membuat sebarang pembelian. Pastikan mesin dan peralatan yang ingin dibeli adalah untuk kegunaan industri. Ini kerana kita nak buat business jadi mesin untuk kegunaan industry direka mengikut keperluan industry dimana mesin akan digunakan bagi tempoh yang lama bagi satu hari. Juga pastikan ‘after sales service’ sekiranya mesin rosak berapa lama jangkamasa yang diambil untuk dibaiki dan sebagainya.

Seperti yang saya nyatakan tadi perniagaan dobi merupakan perniagaan yang berdaya saing dan pelanggan pulak semakin bijak. Kalau nak berniaga buat betul-betul not half past 6 work.

cheers

3 comments:

LailaMukhtar said...

Banyak reaksi yg saya dpt the moment i email the project kos kalau nak start business dobi nie. YA ALLAH CIK LAILA APASAL MAHAL SANGAT NI??. Well maca yg saya dah cakap terlebih dahulu semua itu adalah anggaran. Skg ni terdapat banyak syarikat yg menjual mesin dan peralatan dobi. Ambil jumlah mesin yg diperlukan sebagai panduan, carik supplier dan compare harga. Jgn terburu-buru nak putus asa. Lagi 2 renovation tu pun anggaran mungkin boleh dapat murah kalau pandai ckp dgn contractor. Dan jgn lupa pasal modal pusingan. Cash mesti ada as a back in any business.

Ok

Cheers

UmmiSofea said...

Salam, anggaran dalam tempoh berapa tahun, kita boleh dapat balik modal pelaburan?

Laila Shukri Mukhtar said...

Salam Ummi,

ROI ni bergantung kepada cara marketing juga. Paling lama setahun 8 bulan, tapi ada juga yang setahun...semua bergantung pada cara pemasaran.

Post a Comment