Sunday, January 25, 2009

JADUAL KURSUS PENGURUSAN KEDAI DOBI (LATIHAN AMALI) 2009

Lokasi: cawangan Dr Clean, Tmn Melawati, Kuala Lumpur
29-31/Jan, 26-28/Feb, 23-25/Apr, 25-27/Jun, 10-12 Jul,7-9 Ogos, 29-31/Oct, 19-21/Nov dan 10-12/Dec

Yuran:
RM600.00 (tanpa pengindapan)
(bagi yang ingin pengidapan, hotel yang terdekat adalah Melawati Inn dan no talifon akan diberikan. Peserta diminta berhubung terus dengan pihak hotel)

Tarikh/Lokasi: Mengikut Zon
DIBATALKAN

Yuran:
-N/A-

Jangkamasa/Jadual;
Kursus akan dijalankan selama 2 ½ hari. Kursus akan dijalankan Dr Clean Taman Melawati, Kuala Lumpur

Hari Pertama
Peserta akan dibawa melawat di bahagian operasi, saya akan memberi penerangan mengenai susunatur kedai, penerangan mengenai mesin dan peralatan dan cara penjagaan, penerangan mengenai bahan habisguna.

Selepas itu saya akan memulakan dengan khidmat kaunter/khidmat pelanggan, Disini peserta akan diberi penerangan dan tunjukajar berkenaan proses-proses yg perlu dilakukan selepas menerima pakaian dr pelanggan. Antara proses-proses yg diterangkan ialah proses pemeriksaan berperingkat, proses pengasingan, proses ‘tagging/label’, proses basuhan, proses pengeringan dan proses penghabisan (gosok)

Hari ke-2
Hands-On. Peserta akan melakukan semua proses yg telah diterangkan pada hari pertama. Sekiranya terdapat pelanggan datang ke kedai, peserta akan diminta untuk melakukan semua proses bermula dr khidmat kaunter/khidmat pelanggan.

Hari ke-3
Lebih kepada perbincangan mengenai pemilihan lokasi, pentadbiran am (sebelum/selepas memulakan perniagaan), pemilihan konsept/system yg boleh diguna pakai, asas perakaunan, pemasaran/promosi. Perbincangan mengenai masaalah yg sering dihadapi oleh pengusaha kedai dobi.

Dihari kursus peserta akan diberi nota lengkap yg boleh digunakan sebagai panduan, CD yg mengandungi contoh kertas kerja rancangan perniagaan (dibawah skim PROSPER), gambarajah susunatur kedai, contoh resit yg boleh diguna pakai, asas-asas perakaunan, contoh profil syarikat yg boleh diguna pakai, contoh flyers,beberapa senarai harga bg dobi komersial dan juga sijil penyertaan.

Kursus yg dijalankan akan mengikut sistem yg telah dirangka oleh ‘Dr Clean Concept Shop’. ‘Dr Clean Concept Shop’ telah merangka 1 sistem/standard didalam usaha meminimumkan kos operasi bg usahawan. Sistem ini telah diguna pakai tidak hanya oleh cawangan Dr Clean seluruh Malaysia, tetapi juga oleh pengusaha kedai dobi yg mengikuti kursus ini.

*Kepada yg berminat digalakkan mendaftar awal kerana tempat terhad kepada 12 peserta shj bagi 1 sessi.
**Kepada yg ingin sertai kursus ini sila pilih tarikh kursus berdasarkan kekosongan
***Kepada yang telah mendaftar pastikan nama anda terdapat didalam senarai peserta yang telah mendaftar,
****Walaupun kursus yang dijalankan mengikut sistem dan piawaian Dr Clean Concept Shop, peserta tidak terikat dengan Dr Clean Concept Shop.



regards,

16 comments:

sakura dina said...

cik laila bila lagi kursus dobi akan di adakan di jb...saya termiss tarikh ni..kalau boleh email kan detail sekiranya ada diadakan di jb atau kl...berminat sangat..email add saya dinaxsakura@yahoo.com..terima kasih banyak

yatie said...

cik laila kenapa mahal sangat kursus ni

Anonymous said...

mhl laaa

LailaMukhtar said...

Memang mahal tapi nak buat macam mana. Kalau tempat lain saya tau dia charge dalam RM250-Rm300 tapi itu untuk toeri sahaja. kalau nak belajar apa yang saya bagi untuk RM600 ni kat tempat lain. you all kena bayar dalam RM2800 - RM3200. its all abt marketing. tapi saya tak nak la cahrge orang RM250 pastu balik kena sumpah....BUKAN ITU YANG KITA NAK, KITA NAK PRAKTIKAL??...saya dah dapat comment dari peserta saya yang terpaksa ambil kursus ni dgn saya lagi bila dia pergi tempat lain bayar RM200 dengar ceramah bagi makan dan balik. i pun bagi makan juga...

Wangi74 said...

Salam Cik Laila,Saya berminat dengan Kursus ini.Mungkin untuk July sebab 27 Jun ada appointment dengan Specialist.
Macammana nak contact you?.Thanks-Manis

LailaMukhtar said...

Salam Manis,

Kursus bagi bulan Julai akan diadakan sebanyak 2 sessi iaitu pada 10-12 Julai 2009 (2 1/2hari, Jumaat - Ahad) dan pada 23 - 25 (2 1/2hari, Khamis - Sabtu). Sekiranya berminat boleh hantar email ke lailamukhtar.management@hotmail.com untuk boang penyertaan atau hubungi saya di talian 019-6190075

Anonymous said...

Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan dobi.
1. Bila kursus akan diadakan?
2. Bagaimana untuk mendaftar mengikuti kursus tersebut?
Saya boleh dihubungi di rizaldc730@yahoo.com atau 0194770695.

Terima kasih.

Rizal

Anonymous said...

YOU AJAR NORMAL WASH+IRON SHj KE? DRY CLEAN X AJAR KE?.

laila mukhtar management said...

Saya ajar semua wet wash, wet clean (aqua wash la ni), dry clean, mengosokm, nak bercakap dengan pelanggan, nak set-up co', nak handle pekerja, admin, account dan marketing

Anonymous said...

hi cik laila, i would like to know in details more about the courses and the fees. i would like to join your courses in january.
you can contact me at
saralya_cbb@yahoo.com

Anonymous said...

Hai Cik Laila, i would like to join your training session in January/Feb 2010. Is there any available slot? Please do contact me at shaqeela@yahoo.com. Can i have your phone no?

Anonymous said...

Salam Cik Laila,

Saya berminat nak sertai kursus dalam masa terdekat ni. Ada slot dalam Januari atau Februari? Await for your favourable reply at ainulfariza@yahoo.com
Thank you.

YOS BIN KUCHEH said...

salam, saya berminat nak menyertai kursus pada 29-31 ogos 2010. tolong bagi saya phone no atau call saya di talian 0176344227 untuk mendaftar. yusri

Anonymous said...

salam.. saya sangat berminat nk sertai kursus ni.. bleh x bg sy jadual untuk oct 2010. kalau boleh emailkan sy kt halfeasy@ymail.com atau kol 0133901376

Anonymous said...

salam...cik laila. Minat nk join course nie utk bln 4-6 2011. mcm mn yer? email sy salle_ojan@yahoo.com

Anonymous said...

salam cik...sy sgt bercita2 utk membuka kedai dobi. blh tak cik emailkan detail2 kursus utk thn 2011 ke aznidawatiahmad@yahoo.com. tq.

Post a Comment