Sebelum menceburi dunia perniagaan dobi, beberapa perkara perlu diambil kira oleh bakal usahawan. Antara faktor-faktor yg perlu dilihat adalah;
PENUBUHAN SYARIKAT.
Bakal usahawan perlu mendapatkan maklumat secukupnya sebelum menubuhkan sesebuah syarikat. Seringkali diberitahu mengapa ramai yang memilih untuk menubuhkan syarikat enterprise adalah kerana ianya mudah, tidak perlu menghantar akaun syarikat kepada ssm dan sebagainya. Dapatkan maklumat yang secukupnya daripada agensi-agensi yang dilantik sebagai wakil ssm, dan buat keputusan yang terbaik bergantung kepada keupayaan sendiri.
PEMILIHAN JENIS PERNIAGAAN SAMAADA FRANCAIS ATAUPUN SENDIRI.
Bagi yang ingin menceburi perniagaan francais, banyak perkara yang perlu ditimbangkan bergantung kepada keupayaan. Bagi perniagaan francais beberapa faktor perlu di ambil kira seperti yuran bayaran yang dikenakan (yuran francais, yuran pengiklanan, yuran pentadbiran, yuran latihan, royalty bulanan dan lain-lain caj). Dapatkan maklumat secukupnya dan buat keputusan bergantung kepada keupayaan diri.
SEBELUM MEMBELI PERNIAGAAN DOBI YANG TELAH BEROPERASI.
Mengapa hendak menjual perniagaan dobi yang sediaada? Nak balik kampung, tiada siapa yang hendak menjaga, berpindah ke negeri lain (alasan yang selalu diberikan dan jangan terkejut 2 3 bulan berikutnya masih berada di KL). Sebelum membeli sesuai perniagaan dobi buat kaji selidik mengapa pengusaha hendak menjual perniagaan tersebut. Cuba hantar pakaian ke kedai berkenaan dan lihat sekiranya terdapat kekurangan dari segi khidmat pelanggan (seperti yang telah saya terangkan terlebih daulu, khidmat pelanggan memainkan peranan yang penting didalam setiap organisasi) dan cuba bertanya kepada jiran sebelah tentang perjalanan perniagaan dikawasan tersebut. Setelah berpuas hati, buat kaji selidik bagi mesin dan peralatan yang sedia ada seperti keadaan sesebuah mesin tersebut dan jangkamasa penggunaan mesin. Disamping itu juga bakal usahawan berhak untuk memeriksa rekod jualan dan rekod untung rugi perniagaan sebelum membuat pembelian, ini untuk melihat perjalanan perniagaan tersebut. Buat kajian sebaik mungkin dan buat keputusan atas keupayaan diri.
PEMILIHAN KONSEP PERNIAGAAN.
Seringkali ditanya oleh bakal usahawan berkenaan konsep yang ingin dijalankan. Seringkali juga saya nyatakan kepada mereka fikirkan akan logiknya. Sebagai contoh kepada yang ingin membuka perniagaan yang berkonsepkan ‘Café Laundry’dan ‘self service laundry’. Di negara barat terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan ‘café laundry’ dan ‘self service laundry’. Disini saya memaklumkan kepada bakal usahawan, di negara barat sebab mengapa pelanggan menghantar pakaian ke kedai dobi adalah kerana;
1) setiap unit rumah dikawasan bandar contohnya kondominium , mereka tidak disediakan tempat menyidai pakaian,
2) gaya hidup dinegara barat amat berbeza dengan gaya hidup kita di Malaysia.
Walauapapun konsep yang ingin dibuat pastikan ianya sesuai dengan keadaan kita di Malaysia. Tidak semua konsep yang dijalankan diluar negara dapat dijalankan di Malaysia atas beberapa faktor. Saya pernah diminta oleh beberapa syarikat yang ingin memasarkan konsep perniagaan mereka kepada peserta kursus saya, memikirkan yang ianya hanya memihak kepada saya (dari segi komisyen) tetapi tidak kepada peserta saya, jadi saya menolak.
PEMILIHAN TAPAK DAN LOKASI.
Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah 20’ x 60’, kepadatan penduduk tidak kurang dari 10,000 orang, 50% daripadanya adalah bumiputera dan berpendapatan sederhana dan tinggi.
SUSUN ATUR PREMIS PERNIAGAAN.
Susun atur memainkan peranan penting bagi sebuah premis perniagaan. Susun atur yang baik akan memudahkan aliran kerja dan dapat menjimatkan masa disamping premis akan menjadi lebih teratur dan bersistematik.
PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN
Pada masakini terdapat pelbagai jenama bagi mesin dan peralatan bagi perniagaan dobi dan cucian kering dengan pelbagai harga. Bakal usahawan dinasihat untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian. Disini ingin saya maklumkan kepada bakal usahawan bahawa harga bagi mesin dan peralatan perniagaan bukanlah murah, ini kerana ianya direka khas untuk kegunaan industri. Saya sering ditanya pelbagai pihak sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan mesin basuh seperti yang digunakan dirumah tetapi mempunyai kapasiti yang besar (harga lebih murah berbanding mesin basuh untuk perniagaan dobi). Disini saya ingin memaklumkan kepada bakal usahawan bahawa mesin basuh seperti itu di reka hanya untuk kegunaan rumah dimana basuhan hanya dilakukan sehari sekali, seminggu 1 atau 2 kali. Manakala bagi perniagaan dobi, mesin basuh akan mula ber operasi seawal 8 pagi sehingga selewat 8 malam. Bagi yang ingin menawarkan perkhidmatan yang lengkap dengan cucian kering ataupun cucian akua, dapatkan pengentahuan yang lengkap akan perbezaan diantara cucian kering dan cucian akua, tidak hanya mengenai keburukkan dan kebaikkan bagi kedua-dua cucian dari segi basuhan tetapi juga dari segi kos operasi dan fabrik. Juga pastikan mesin dan peralatan yang diberikan bukan yang direka sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan (bakal usahawan), ini kerana saya pernah ditawarkan untuk menjadi wakil jualan bagi beberapa buah syarikat yang meminta saya memasarkan produk rekaan mereka sendiri tetapi saya tolak.
*Kebelakangan ini saya sering menjadi tempat rujukkan bagi usahawan yang baru menceburi perniagaan dobi yang menawarkan perkhidmatan cucian kering. Selepas menceritakan masaalah yang di hadapi dan membuat saya sendiri keliru.
1) Soalan : Basuhan yang dibuat ‘dry cleaning’ ke ‘aqua wash’?
Jawapan: Dry Cleaning (….ok)
2) S : Guna mesin dry clean?
J : Yea…mesin dry cleaning 2in1(…okkk)
3) S : Basuh pakai solvent atau air dan chemical?
J : Air (…okkkkkk)
Ternyata apa yang cuba disampaikan dari mula adalah cucian akua (aqua wash/wetcleaning)
Disini saya ingin menasihatkan bakal usahawan, perniagaan dobi adalah satu perniagaan yang berdaya saing. Sila dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan peralatan sebelum memulakan perniagaan dobi. Dapatkan kebaikkan dan keburukkan dalam segala aspek tidak hanya pada kos mesin tersebut tetapi juga kos operasi.
SIMPANKIRA DAN PENGURUSAN AM
Selalu saya tekankan kepada para peserta yang menghadiri kursus yang saya anjurkan, simpankira dan pentadbiran am memainkan peranan yang penting bagi setiap organisasi. Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi, dengan adanya system perakaunan dan rekod-rekod yang betul kita boleh ‘keep track’ rekod jualan dan dengan adanya rekod-rekod yang tertentu kita dapat memastikan tiada penipuan dilakukan oleh pekerja. Perlu diingatkan bahawa perniagaan ini adalah perniagaan pembayaran secara tunai.
PEMASARAN
Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Pemasaran ialah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna, dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang bankrup kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah. Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas, dan tugas peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keperluan pengguna dengan sebaik mungkin. Justeru itu kosep pemasaran ialah “perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna” supaya boleh mendapat keuntungan
PENETAPAN HARGA
Stratergy penetapan harga terbahagi kepada;
1-Stragegi Melebihi Harga Pasaran.
*Lazimnya sasaran lebih kepada kelas atasan, mengikut jenama atau pun bagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan.
2-Strategi Mengikut Harga Pasaran.
*Bersaing berdasarkan kualiti, perkhidmatan ‘complimentary’ dan keadaan premis perniagaan.
3-Strategi Harga Bawah Pasaran @ ‘Loss Leader’
*Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan,membuatkan perkhidmatan pesaing sebagai perkhidmatan mahal.
4-Penetapan Harga Secara Psikologi seperti Bata
TENDER
Kebelakangan ini ramai pihak ymenhghubungi saya bagi mendapatkan senarai harga bagi merebut tender-tender yang dikeluarkan bagi pihak kerajaan mahupun swasta. Dan ada segelintir daripadanya ingin merebut tender tanpa apa-apa persiapan seperti mempunyai premis perniagaan. Dan sering kali juga saya menasihatkan peserta yang menghadiri kursus anjuran saya, BUKA PERNIAGAAN, JALANKAN PERNIAGAAN DAN SELEPAS BERPUAS HATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN BARULAH REBUT TENDER-TENDER YANG DITAWARKAN. JUGA DAPATKAN PENGETAHUAN YANG SECUKUPNYA TERUTAMANYA CARA MEMBUAT KERTAS KERJA SEBELUM MELETAKKAN SEBARANG HARGA BAGI MEREBUT TENDER. FAHAMI PERJALANAN PERNIAGAAN INI DENGAN BETUL.
WAKIL KHIDMAT PELANGGAN
Kebanyakkan pengusaha dilihat kurang memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Perlu diingatkan bahawa kakitangan yang di tempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan mencerminkan imej sesebuah organisas. Antara ciri-ciri wakil khidmat pelanggan ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan pelanggan. Walaupun hanya perniagaan dobi tetapi ingat IMEJ ADALAH SEGALANYA.
PENGETAHUAN DAN LATIHAN AMALI (PRACTICAL TRAINING)
Pengetahuan merupakan aspek penting bagi setiap bakal usahawan dan juga usahawan sediada. Bagi mereka yang baru ingin menceburi dunia perniagaan ini saya galakkan menghadiri kursus yang dianjurkan. Kursus yang dianjurkan akan memberi pendedahan yang secukupnya tidak hanya dari segi teori tetapi yang lebih mengutamakan latihan amali (ketahui cara-cara proses basuhan, proses pengeringan dan proses penghabisan/gosok yang betul kerana setiap apa yang dilakukan merupakan kos kepada pengusaha sbg cth: setiap gosokkan hanya 3 minit dan kosnya ialah RM0.60 dan setiap penambahan adalah RM0.20 seminit). Tidak hanya mementingkan perjalanan operasi perniagaan tetapi juga mengambil kira aspek pemasaran, simpan kira dan pentadbiran am.Dan tidak hanya menitik beratkan 1 jenis basuhan (cucian kering ataupun cucian akua) tetapi memberi pendedahan berkenaan kepada kedua-dua jenis basuhan agar bakal usahawan dapat menentukan sendiri jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan (perlu diberi perhatian kerana margin untuk kedua-dua jenis basuhan ini adalah tinggi berbanding basuhan biasa). Secara peribadinya saya ingin nyatakan disini bahawa modal dan minat sahaja tidak mencukupi bagi menceburi dunia perniagaan. Latihan dari segi fizikal juga perlu untuk bakal usahawan didalam persiapan sebelum melakukan pelaburan yang besar. LAKUKAN PELABURAN YANG KECIL (MENGHADIRI KURSUS) SEBELUM MELAKUKAN PELABURAN YANG BESAR (PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN).
Setiap maklumat kaji selidik adalah ehsan daripada En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas 'Dr Clean Concept Shop' sepanjang penglibatan beliau didalam dunia perniagaan ini selama hampir 20 tahun.
Disini saya menggalakkan bakal ushawan agar menghadiri kursus yg dianjurkan bagi mendapat pendedahan yg secukupnya. Kepada yg berminat boleh hubungi terus ditalian 0196190075

32 comments:
hai laila,
sy dtg terus dr web mfa forum :)
nk tanya ttg pemasaran,adakah dengan hanya hantar pemplet promosi kedai kita ke rumah2 dan letak banner besar2 depan kedai kita?sy kurang arif dengan marketing ni..
dan nak tanya pandangan,
possible x kalau kedai tu diuruskan oleh 1 org sahaja dari A to Z.kalau nak hire staf takut pulak tak dpt bayar gaji.
dan disebabkan perkara2 ni lah,tiba2 timbul idea dari pelabur(family sy) supaya beli perniagaan dobi,sbb mereka dah already ada customer,means for sure ada income n cuma tough kan marketing utk dpt income lebih,dan kedai ni dah ada staf yg mahir..
fyi,sy dah buat preparation yg agak banyak nak buka kedai dobi.tp,pelabur tak yakin pula nak start new... :(
-FaezahHamzah
Hi Faezah,
Basically I can see that you are more concern that you are afraid there will be no sales kalau buka sendiri. Bagi saya kalau lokasi you strategic and marketing plan you bagus, shouldnt have any problem kalau buka sendiri.
Pertama sekali apa yg u kena buat ialah tentukan jenis perkhidmatan yg ingin ditawarkan kpd pelanggan. Bila dh tentukan jenis perkhidmatan yg ingin ditawarkan buat flyer yg lengkap dgn menyatakan jenis perkhidmatan yg ditawarkan, kalau boleh letak senarai harga, alamat dan no telefon kedai dan juga map ke kedai (banyak fyler jarang letak map).
Bila u dh pilih lokasi n start saja renovation buat 2 banner. 1 letak dipersimpangan jalan utama masuk ke kedai (mesti dapatkan lesen dr majlis perbandaran) dan 1 lagi gantung depan kedai. Untuk fylers, distribut flyers dlm lingkungan 10 kilometer seminggu sebelum pembukaan kedai. Pada hari pembukaan buat soft launch (panggil kawan2, sedara mara dan kedai sebelah2 tu utk memeriahkan). Another way kalau nak save budget letak belon (I tak tau org panggil apa, but skg ni banyak terdpt kalau org bru buka kedai) dan kalau boleh pasang music (sekadar utk mengecohkan keadaan coz org sure nk tgk apa yg berlaku). Dan sebagai usahawan, u have to be creative. Buat promosi. Adakan calendar promosi bg tempoh setahun. Ini bertujuan utk memberitahu pelanggan yg kedai you dh dibuka dikawasan tersebut disamping menarik lebih ramai pelanggan.
Sebenarnya banyak yg akan saya bincangkan semasa kursus so i galakkan u hadiri kursus. I akan sentuh dlm semua aspek. Tidak hanya tertumpu pada operasi tetapi juga pentadbiran am, perakaunan dan pemasaran.
Bg pekerja pula u perlukan sekurang-kurangnya 2 pekerja. 1 pekerja am dan 1 supervisor (supervisor ni seboleh-bolehnya saudara terdekat…u kena ingat this is a cash business)
Dan kalau u nk take-over laundry business lain. Perkara-perkara ini perlu diambil kira;
1) Kenapa org yg nak jual business dia?
Selalu alasan yg akan diberikan ‘saya nak balik kg terpaksa jual’ ‘nak pindah ke Sabah or Sarawak’ atau ‘tak de org nak handle’. Kalau u baca 1 majalah ni ‘Business for Sale’ dalam sebanyak2 business yg org nak jual terdapat 2 3 kedai dobi je yg up for sales. Jarang ye u dapat kedai dobi untuk dijual. So buat research betul2 kenapa dia nak jual. Antara perkara-pperkara yg u kena kaji;
Khidmat Kaunter/Khidmat Pelanggan
i) Berlakon sebagai pelanggan n hantar baju kat kedai tu. Tgk pekerja dia ok ke tak. Ini kerana banyak usahawan kurang memberi penekanan bagi khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Macam yg selalu saya cakap pelanggan semakin bijak. They are willing to pay if you give them a good service. Kadang2 ada cerita disebaliknya yg kita tak tau.
ii) Tanya kedai-kedai sebelah macam mana business kat situ ok ke tidak?
iii) Sebelum membeli sesebuah perniagaan u mempunyai hak untuk periksa akaun syarikat. Kalau co’ dia sdn bhd ask for audited account.
iv) Tgk juga mesin dan peralatan yg dah sedia ada kat kedai tu berapa lama dh digunakan dan masih in good condition tak.
Ok.
Cheers,
hai laila.
nak tanya, kalo buka syarikat enterprise, time daftar tu kena ada alamat tempat perniagaan ke?
if xde (kite bg alamat rumah) & kte nak business dr rumah je boleh ke?
Boleh pakai alamat rumah sbg alamat surat menyurat. no problemo
SALAM LAILA, SAYA NAK TANYA TENTANG CHARGES YANG NAK DIKENAKAN, BAGAIMANA YE.., CONTOH CHARGES UNTUK TOTO SAIZ QUEEN BERAPA RM?.TERIMA KASIH...ZAKIRA LATIFAH..
boleh email kat saya.. saya interested utk bisnes ini.. seri.nazira@gmail.com
welly..
salam.. cuma nak tanya kursus tu di buat kat mn? sebab sy ni berminat nak buka kedai dobi tapi basik lgsg x de... n nak tanya modal yg d perlukan semuanya berapa kos nye?
salam.
saya nak tanya laila tetang senarai harga bagi pakaian tentera. jika laila ade sebarang maklumat boleh email kepada sy da_crazeeer0406@yahoo.com.
tq.wsalam
Alemek, Akak baru perasan pasal comment2 kat sini. Inshaallah saya cuba balas walaupun dah lame :D. Anyway kalau sesapa nak bertanya soalan tolong email ke lailamukhtar@lailamukhtarmanagement.com
Sekian.
saya seorg surirumah dan suami kakitangan k'jaan, kami bercadang nak buka kedai dobi dan berkongsi bersama abang ipar dan isterinya. modal permulaan rm 50,000, berapakah nilai anggaran pulangan pendapatan jika kami ambil seorang pekerja. dan satu lagi di kawasan manakah yang paling sesuai. majoriti ramai cina dan india,kurang melayu atau kurang cina ramai melayu, adakah orang cina akan pergi ke kedai dobi melayu atau dengan kedai dobi bangsa mereka. terima kasih dari saya nor. (norzilawati5@gmail.com)
Salam,
Saya akan reply melalui email yea.
Laila
slm... sy marlia dan berminat nk mulakan perniagaan dobi. berapakah modal yang diperlukan dan dimanakah sy boleh join kursus memandangkan sy kini di perlis. berapa yuran yang dikenakan? harap dpt bls ke email sy ya... tima kseh laila...
Salam Marlia,
Boleh berikan saya email tak utk saya emailkan butiran lanjut.
Laila Mukhtar
Assalamualaikum Cik Laila,
Sy firdaus, bercadang untuk memulakan perniagaan dobi. Tapi saya zero pengetahuan dalam bidang ni. Bagaimana untuk saya mulakan ye? apakah persiapan yang perlu ada untuk saya mulakan perniagaan dobi ini. Pendapat dan advice dari cik laila amat saya hargai
-Firdaus AMD-
by the way, my email address is firdaus_md@hotmail.com
-Firdaus AMD-
Hi... Interested in dobi buss, blh advice kat I or email?rosalinda_rahim@yahoo.com.my
Thanks
salam
boleh emailkan butiran mengenai kursus dan fee..?
mzshida@yahoo.com
thanks
salam,
Boleh dapat tahu berapakah jumlah overhead expenses sesebuah dobi dalam sebulan? Dan kebiasaanya berapa lamakah untuk cover overhead expenses ini?
Salam,
Sy Ena dr Melaka,bercadang untuk memulakan perniagaan dobi. Tapi saya tiada pengetahuan dalam bidang ni. Bagaimana untuk saya mulakan ye? apakah persiapan yang perlu ada untuk saya mulakan perniagaan dobi ini. Bolehkah Cik laila membantu saya.
Sekian, terima kasih
Ena_suhaimirul@yahoo.com
Salam sy akma dari terengganu..saya ada juga minat nk buka kedai dobi.saya tgk kawan2 semuanye berjaya dlm pelbagai bisnes.tp sy tak tahu nk mula dari mana nk tuju kepada siapa untuk meluluskan bisnes saya, nak dapatkan segala peralatan seperti mesin basuh pengering pakaian dll dan saya tak tahu nk pakai pembersih apa,serta saya tak tahu nk dapatkan modal serta tempat.bila saya tanya soalan mcm mane nk buka dobi kebanyakan diorang gelakkan saya meyebabkan saya putus asa n rendah diri.tp saya terlalu inginkan perniagaab sendiri..saya harap sis tolong saya dari semua aspek. Ini no tel saya 013 9253569 fb saya zaitul akma
hai akak saya berminat dengan perniagaan dobi ni tapi xde basic..boleh tak akak bantu sya macamana nak mulakan perniagaan ni..TQ
smilealwayz43@gmail.com
Assalamualaikum sis, my name is Rayqal Mikhail. I've been considering to start my own laundry services. Although saya mmg minat buat laundry kat rumah sendiri, but i know for a fact setakat minat shj mmg tak mencukupi untuk menjalankan bisnes yg ada ramai saingan ni. so, i guess the best thing is to learn from experts. Could you be so kind to e-mail me some details regarding your course, eg: training location, duration & class frequency, course fees and any other hidden payments? I would definitely apply to register. Alhamdulillah saya baru berjaya mendpt modal yg agak sufficient utk memulakan bisnes ini, tetapi nak tau jugak mcmana nak buat costing and equipment sourcing etc.. dry cleaning jgn ckp la, mmg clueless! you could e-mail me at: bumimaya@live.com. Syarikat mmg dah lama ada, cuma looking to diversify my ventures, see mana kena dgn diri saya. Thanks so much sis..
salam...saya baru bercadang untuk memulakan perniagaan dobi..dan saya memerlukan sedikit nasihat seblum memulkan...kerana saya tidak2 mengetahui apa 2 tentang perkidmatan dobi...ada apa2 nasihat yg saya boleh dapatkan...
Thankz.
saya ingin memulakan perniagaan dobi nie...tapi tak tahu bagaimana nak mulakan.bolehkah pihak disana membantu saya? dan disekitar melaka dimana saya boleh mendapatkan kursus dobi nie ye?
salam
saya ingin memulakan perniagaan dobi tapi saya tidak tahu cara memulakannya.Di sekitar melaka dimanakah saya boleh mendapatkan kursus berkenaan dobi ini?
azreenayuayu@yahoo.com.my
As salam...sya ad sebuah kedai dobi di nilai sedang mencari sesiapa berminat dlm bidang dobi utk mngambil alih bussiness dobi sya...sya akn memberi tunjuk ajar sehingga pandai...ad tender hostel...pelanggan sedia ad...sudah beroperasi selama 5thun...harga 35k neg kepada serius buyer...berminat call 0126761156
Salam.
saya berminat untuk menjalankan perniagaan dobi tapi saya tidak tahu cara memulakannya.Saya memerlukan tunjuk ajar & nasihat tentang pernigaan dobi ini.Di mana saya boleh mendapatkan kursus dobi di sekitar Perak atau Selangor?
Terima kasih
(anim1986@yahoo.co.uk)
Salam Sejahtera.
Kami telah menamatkan perniagaan dobi di Bangi dan memiliki set peralatan dobi yang lengkap untuk dijual segera seperti senarai dibawah. Semua kelengkapan dalam keadaan baik, baru semasa dibeli dan digunakan kurang dari 1 tahun. Harga pakej lebih rendah boleh dirunding jika serious buyer ingin membeli semua kelengkapan sekali gus.
- 2 unit Front Loader Air Wash Washing Machine offer both wet & dry cleaning (13 Kg)
- 1 unit Front Loader Dryer (14 Kg)
- 1 unit Top Loader Automatic Washing Machine Panasonic AquaBeat NA-F80G6 (7 Kg)
- 1 unit Semi-Auto Washing Machine Haier (6.8 Kg)
- Complete set Water Tank 500G c/w 1HP Auto Pump, Piping Inlet, Outlet, Water Drain and Piping/ Ducting for Dryer
- 1 set Steam Iron and Generator
- 1 unit Tall Rack
- 2 unit Table for Cloth Folding
- 1 unit Boltless Rack (600x1200x1800)
- 1 unit Pigeon Hole Shelves (3x3)
- 2 unit Roller Drying Rack (Indoor/ Outdoor)
- 1 unit Front Counter
- 1 unit TSM 25 Kg Digital Scale Stamping
- 3 unit Ikea Wall Mounted Hanger
- 8 unit Laundry Basket
- 3 unit Working Chair
- Inventory Item (Plastic, Hanger, Clip, Detergent, etc.)
– 3 unit Tong Gas
Sila hubungi Yan 013-3997164 segera.
Terima kasih.
salam...sy minat nk buka kedai dobi...blh email sya laila...d_ieyana@yahoo.com
salam laila,
boleh saya dapatkan email address laila?
tq
Salam Yuyi,
lailamukhtar@lailamukhtarmanagement.com
Salam Cik Laila,
Saya Siti dari Cheras dan berminat nak membuka perniagaan ini, tetapi hanya beroperasi dirumah sahaja.
Saya nak bertanya :-
boleh kah ianya beroperasi di rumah ;
perlukah saya mohon lesen untun perniagaan ini walaupun ianya beroperasi dirumah ;
minta kerjasama dari cik Laila untuk nyata senarai harga untuk 1kg pakaian yang didobi.
Terima kasih.
dari saya : siti
email : sitihawiah@ymail.com
Post a Comment