Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Wednesday, June 24, 2009

MEMILIH MESIN DAN PERALATAN DOBI








Rata-rata soalan yang selalu saya dapat baik dari segi email atau pun call ramai yang bertanya berapa modal yang diperlukan untuk membuka sebuah kedai dobi. Terus terang saya katakan sekarang ni susah untuk saya anggarkan kerana terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej pada harga yang murah. Dan bagi saya bakal usahawan perlu banyak membuat kajian dan buat keputusan yang terbaik. Selalu saya katakan untuk membeli mesin dan peralatan dobi kita tidak boleh hanya berpandukan pada harga sahaja. Dan penggunaan mesin bagi kegunaan rumah amatlah tidak digalakkan. Berikut adalah beberapa jenis/jenama mesin dan peralatan dobi yang menjadi pilih saya.
Pilihan ini bukan hanya dilihat dari segi harga tetapi dari segi ketahanan mesin dan ‘after sales service’ yang diberikan. Ramai juga yang kata, mulakan dengan mesin rumah, bila business dah ok baru beli mesin baru. Soalan saya semula..kenapa nak buat 2 kerja?. Takut takde business? Berniaga ni kalau harapkan orang datang kedai tanpa buat marketing memang macam tu but kalau kita yakin dan rajin marketing inshaallah the business will be there for us. Saya bagi contoh. Bawah rumah saya ada 1 kedai dobi baru bukak (rasa dalam bulan 12 tahun lepas). 2 bulan lepas mereka sudah ambil lagi 1 unit kedai sebab kedai yang ada sebelumnya tak mampu nak tamping business yang ada. Jadi mengapa bayar lebih??....hahahah.

Bagi yang ingin memulakan perniagaan ini, Set bagi DOBI BIASA.

PILIHAN PERTAMA
Mesin basuh; Topload Washer 7kg, Frontload Washer 13kg, Mesin Pengering; Stack Dryer 7kg + 7kg, Tumbler Dryer 13kg dan Penggosok; 2 set iron 5 litre setiap satu.

ATAU

PILIHAN KE-2
Mesin basuh; Topload Washer 7kg, Frontload Washer Extractor 10kg, Mesin Pengering; Stack Dryer 7kg + 7kg, Tumbler Dryer 13kg dan Penggosok; 2 set iron 5 litre setiap satu.

Mengapa saya kata 2 kapasiti yang berbeza bagi setiap mesin?. Perlu diingatkan bahawa business dobi ini kita memberi service kepada pelanggan. Kalau kata salah 1 mesin rosak, at least ada lagi 1 yang boleh jalan sementara menunggu orang datang betulkan mesin. Pelanggan ni ada yang ok ada yang tidak. Kekadang kita kata baju siap 3 hari, dorang akan datang dalam masa 3 hari, kalau mesin rosak ada yang boleh terima kalau kata mesin rosak. Kalau yang tak boleh??. Sebab tu seelok-eloknya kena ada 2 mesin bagi setiapnya.

Pilihan ke-2 saya masukkan mesin wet-cleaning sebagai gantian bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli mesin dry cleaning.


Bagi
CUCIAN KERING

1 mesin Dry Cleaning- 2 tangki dan 1 ‘Spotting Table’.

Kegunaan spotting table ini adalah bagi proses ‘pre-wash’ sebelum kita melakukan proses basuhan dry-cleaning ataupun aqua (wet-cleaning).

Disini saya cadangkan kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan ini untuk menghadiri kursus yang ditawarkan. Disini penerangan lebih lanjut akan diberikan seperti pengenalan kepada mesin dan peralatan, cara penjagaan, bacaan label basuhan dan sebagainya. Disamping itu kami juga akan berkongsi tip-tip sebagai panduan bakal usahawan.

Untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat selanjutnya berkenaan mesin yang dijual sila email terus ke
lailamukhtar.management@hotmail.com atau boleh hubungi talian 019-6190075. Disamping itu saya juga ada memberi khidmat service bagi mesin dan peralatan dobi. Jadi kalau ada mesin yang rosak ke apa ke jangan segan2 call, saya akan hantar orang p repair.