Laman blog ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Laila Mukhtar Management. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pakej dobi yang ditawarkan sila email ke info@lailamukhtarmanagement.com

Thursday, January 22, 2009

PERKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN DOBI

Sebelum menceburi dunia perniagaan dobi, beberapa perkara perlu diambil kira oleh bakal usahawan. Antara faktor-faktor yg perlu dilihat adalah;

PENUBUHAN SYARIKAT.
Bakal usahawan perlu mendapatkan maklumat secukupnya sebelum menubuhkan sesebuah syarikat. Seringkali diberitahu mengapa ramai yang memilih untuk menubuhkan syarikat enterprise adalah kerana ianya mudah, tidak perlu menghantar akaun syarikat kepada ssm dan sebagainya. Dapatkan maklumat yang secukupnya daripada agensi-agensi yang dilantik sebagai wakil ssm, dan buat keputusan yang terbaik bergantung kepada keupayaan sendiri.

PEMILIHAN JENIS PERNIAGAAN SAMAADA FRANCAIS ATAUPUN SENDIRI.
Bagi yang ingin menceburi perniagaan francais, banyak perkara yang perlu ditimbangkan bergantung kepada keupayaan. Bagi perniagaan francais beberapa faktor perlu di ambil kira seperti yuran bayaran yang dikenakan (yuran francais, yuran pengiklanan, yuran pentadbiran, yuran latihan, royalty bulanan dan lain-lain caj). Dapatkan maklumat secukupnya dan buat keputusan bergantung kepada keupayaan diri.

SEBELUM MEMBELI PERNIAGAAN DOBI YANG TELAH BEROPERASI.
Mengapa hendak menjual perniagaan dobi yang sediaada? Nak balik kampung, tiada siapa yang hendak menjaga, berpindah ke negeri lain (alasan yang selalu diberikan dan jangan terkejut 2 3 bulan berikutnya masih berada di KL). Sebelum membeli sesuai perniagaan dobi buat kaji selidik mengapa pengusaha hendak menjual perniagaan tersebut. Cuba hantar pakaian ke kedai berkenaan dan lihat sekiranya terdapat kekurangan dari segi khidmat pelanggan (seperti yang telah saya terangkan terlebih daulu, khidmat pelanggan memainkan peranan yang penting didalam setiap organisasi) dan cuba bertanya kepada jiran sebelah tentang perjalanan perniagaan dikawasan tersebut. Setelah berpuas hati, buat kaji selidik bagi mesin dan peralatan yang sedia ada seperti keadaan sesebuah mesin tersebut dan jangkamasa penggunaan mesin. Disamping itu juga bakal usahawan berhak untuk memeriksa rekod jualan dan rekod untung rugi perniagaan sebelum membuat pembelian, ini untuk melihat perjalanan perniagaan tersebut. Buat kajian sebaik mungkin dan buat keputusan atas keupayaan diri.

PEMILIHAN KONSEP PERNIAGAAN.
Seringkali ditanya oleh bakal usahawan berkenaan konsep yang ingin dijalankan. Seringkali juga saya nyatakan kepada mereka fikirkan akan logiknya. Sebagai contoh kepada yang ingin membuka perniagaan yang berkonsepkan ‘Café Laundry’dan ‘self service laundry’. Di negara barat terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan ‘café laundry’ dan ‘self service laundry’. Disini saya memaklumkan kepada bakal usahawan, di negara barat sebab mengapa pelanggan menghantar pakaian ke kedai dobi adalah kerana;

1) setiap unit rumah dikawasan bandar contohnya kondominium , mereka tidak disediakan tempat menyidai pakaian,

2) gaya hidup dinegara barat amat berbeza dengan gaya hidup kita di Malaysia.

Walauapapun konsep yang ingin dibuat pastikan ianya sesuai dengan keadaan kita di Malaysia. Tidak semua konsep yang dijalankan diluar negara dapat dijalankan di Malaysia atas beberapa faktor. Saya pernah diminta oleh beberapa syarikat yang ingin memasarkan konsep perniagaan mereka kepada peserta kursus saya, memikirkan yang ianya hanya memihak kepada saya (dari segi komisyen) tetapi tidak kepada peserta saya, jadi saya menolak.

PEMILIHAN TAPAK DAN LOKASI.
Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah 20’ x 60’, kepadatan penduduk tidak kurang dari 10,000 orang, 50% daripadanya adalah bumiputera dan berpendapatan sederhana dan tinggi.

SUSUN ATUR PREMIS PERNIAGAAN.
Susun atur memainkan peranan penting bagi sebuah premis perniagaan. Susun atur yang baik akan memudahkan aliran kerja dan dapat menjimatkan masa disamping premis akan menjadi lebih teratur dan bersistematik.

PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN
Pada masakini terdapat pelbagai jenama bagi mesin dan peralatan bagi perniagaan dobi dan cucian kering dengan pelbagai harga. Bakal usahawan dinasihat untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian. Disini ingin saya maklumkan kepada bakal usahawan bahawa harga bagi mesin dan peralatan perniagaan bukanlah murah, ini kerana ianya direka khas untuk kegunaan industri. Saya sering ditanya pelbagai pihak sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan mesin basuh seperti yang digunakan dirumah tetapi mempunyai kapasiti yang besar (harga lebih murah berbanding mesin basuh untuk perniagaan dobi). Disini saya ingin memaklumkan kepada bakal usahawan bahawa mesin basuh seperti itu di reka hanya untuk kegunaan rumah dimana basuhan hanya dilakukan sehari sekali, seminggu 1 atau 2 kali. Manakala bagi perniagaan dobi, mesin basuh akan mula ber operasi seawal 8 pagi sehingga selewat 8 malam. Bagi yang ingin menawarkan perkhidmatan yang lengkap dengan cucian kering ataupun cucian akua, dapatkan pengentahuan yang lengkap akan perbezaan diantara cucian kering dan cucian akua, tidak hanya mengenai keburukkan dan kebaikkan bagi kedua-dua cucian dari segi basuhan tetapi juga dari segi kos operasi dan fabrik. Juga pastikan mesin dan peralatan yang diberikan bukan yang direka sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan (bakal usahawan), ini kerana saya pernah ditawarkan untuk menjadi wakil jualan bagi beberapa buah syarikat yang meminta saya memasarkan produk rekaan mereka sendiri tetapi saya tolak.

*Kebelakangan ini saya sering menjadi tempat rujukkan bagi usahawan yang baru menceburi perniagaan dobi yang menawarkan perkhidmatan cucian kering. Selepas menceritakan masaalah yang di hadapi dan membuat saya sendiri keliru.

1) Soalan : Basuhan yang dibuat ‘dry cleaning’ ke ‘aqua wash’?
Jawapan: Dry Cleaning (….ok)

2) S : Guna mesin dry clean?
J : Yea…mesin dry cleaning 2in1(…okkk)

3) S : Basuh pakai solvent atau air dan chemical?
J : Air (…okkkkkk)

Ternyata apa yang cuba disampaikan dari mula adalah cucian akua (aqua wash/wetcleaning)

Disini saya ingin menasihatkan bakal usahawan, perniagaan dobi adalah satu perniagaan yang berdaya saing. Sila dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan peralatan sebelum memulakan perniagaan dobi. Dapatkan kebaikkan dan keburukkan dalam segala aspek tidak hanya pada kos mesin tersebut tetapi juga kos operasi.

SIMPANKIRA DAN PENGURUSAN AM

Selalu saya tekankan kepada para peserta yang menghadiri kursus yang saya anjurkan, simpankira dan pentadbiran am memainkan peranan yang penting bagi setiap organisasi. Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi, dengan adanya system perakaunan dan rekod-rekod yang betul kita boleh ‘keep track’ rekod jualan dan dengan adanya rekod-rekod yang tertentu kita dapat memastikan tiada penipuan dilakukan oleh pekerja. Perlu diingatkan bahawa perniagaan ini adalah perniagaan pembayaran secara tunai.

PEMASARAN
Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Pemasaran ialah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna, dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang bankrup kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah. Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas, dan tugas peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keperluan pengguna dengan sebaik mungkin. Justeru itu kosep pemasaran ialah “perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna” supaya boleh mendapat keuntungan

PENETAPAN HARGA
Stratergy penetapan harga terbahagi kepada;

1-Stragegi Melebihi Harga Pasaran.
*Lazimnya sasaran lebih kepada kelas atasan, mengikut jenama atau pun bagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan.

2-Strategi Mengikut Harga Pasaran.
*Bersaing berdasarkan kualiti, perkhidmatan ‘complimentary’ dan keadaan premis perniagaan.

3-Strategi Harga Bawah Pasaran @ ‘Loss Leader’
*Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan,membuatkan perkhidmatan pesaing sebagai perkhidmatan mahal.

4-Penetapan Harga Secara Psikologi seperti Bata

TENDER
Kebelakangan ini ramai pihak ymenhghubungi saya bagi mendapatkan senarai harga bagi merebut tender-tender yang dikeluarkan bagi pihak kerajaan mahupun swasta. Dan ada segelintir daripadanya ingin merebut tender tanpa apa-apa persiapan seperti mempunyai premis perniagaan. Dan sering kali juga saya menasihatkan peserta yang menghadiri kursus anjuran saya, BUKA PERNIAGAAN, JALANKAN PERNIAGAAN DAN SELEPAS BERPUAS HATI DENGAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN BARULAH REBUT TENDER-TENDER YANG DITAWARKAN. JUGA DAPATKAN PENGETAHUAN YANG SECUKUPNYA TERUTAMANYA CARA MEMBUAT KERTAS KERJA SEBELUM MELETAKKAN SEBARANG HARGA BAGI MEREBUT TENDER. FAHAMI PERJALANAN PERNIAGAAN INI DENGAN BETUL.

WAKIL KHIDMAT PELANGGAN
Kebanyakkan pengusaha dilihat kurang memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Perlu diingatkan bahawa kakitangan yang di tempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan mencerminkan imej sesebuah organisas. Antara ciri-ciri wakil khidmat pelanggan ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan pelanggan. Walaupun hanya perniagaan dobi tetapi ingat IMEJ ADALAH SEGALANYA.

PENGETAHUAN DAN LATIHAN AMALI (PRACTICAL TRAINING)
Pengetahuan merupakan aspek penting bagi setiap bakal usahawan dan juga usahawan sediada. Bagi mereka yang baru ingin menceburi dunia perniagaan ini saya galakkan menghadiri kursus yang dianjurkan. Kursus yang dianjurkan akan memberi pendedahan yang secukupnya tidak hanya dari segi teori tetapi yang lebih mengutamakan latihan amali (ketahui cara-cara proses basuhan, proses pengeringan dan proses penghabisan/gosok yang betul kerana setiap apa yang dilakukan merupakan kos kepada pengusaha sbg cth: setiap gosokkan hanya 3 minit dan kosnya ialah RM0.60 dan setiap penambahan adalah RM0.20 seminit). Tidak hanya mementingkan perjalanan operasi perniagaan tetapi juga mengambil kira aspek pemasaran, simpan kira dan pentadbiran am.Dan tidak hanya menitik beratkan 1 jenis basuhan (cucian kering ataupun cucian akua) tetapi memberi pendedahan berkenaan kepada kedua-dua jenis basuhan agar bakal usahawan dapat menentukan sendiri jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan (perlu diberi perhatian kerana margin untuk kedua-dua jenis basuhan ini adalah tinggi berbanding basuhan biasa). Secara peribadinya saya ingin nyatakan disini bahawa modal dan minat sahaja tidak mencukupi bagi menceburi dunia perniagaan. Latihan dari segi fizikal juga perlu untuk bakal usahawan didalam persiapan sebelum melakukan pelaburan yang besar. LAKUKAN PELABURAN YANG KECIL (MENGHADIRI KURSUS) SEBELUM MELAKUKAN PELABURAN YANG BESAR (PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN).

Setiap maklumat kaji selidik adalah ehsan daripada En Zulkiffli Mohd Radzi, pengasas 'Dr Clean Concept Shop' sepanjang penglibatan beliau didalam dunia perniagaan ini selama hampir 20 tahun.

Disini saya menggalakkan bakal ushawan agar menghadiri kursus yg dianjurkan bagi mendapat pendedahan yg secukupnya. Kepada yg berminat boleh hubungi terus ditalian 0196190075